Bab 19

6.3K 153 31
                                    

Aku berdiri di depan Tirah. Dia nampak cantik mengenakan busana tradisi Melayu berwarna putih yang nampak sedikit moden. Aku terpesona dengan kejelitaan gadis kecil molek itu. I wish I'm the one who are marrying her right now.

"Zee..." suara lembut Fiona yang memanggil namaku membuat aku terjaga daripada lamunan. Melihat Tirah di depan mata saat ini buat aku jadi tidak keruan. Sebentar lagi dia akan bergelar isteri orang.

Aku berpaling ke arah Fiona yang sudah berdiri di muka pintu. Masa sudah semakin suntuk. Kami dibenarkan untuk bertemu Tirah sebelum dia diijab qabul dengan bakal suaminya Eman.

"5 minit.. Jap lagi aku keluar," balas aku ringkas. Fiona mengangguk lalu meninggalkan aku dan Tirah bersendirian di bilik.

Ini kali pertama aku bertemu dengan Tirah selepas kejadian malam itu. Tirah juga tiada mencari mahupun menghubungi aku. Hubungan kami seperti bergantung tidak bertali. Kawan-kawan aku yang lain dah cuba sedaya upaya memujuk aku untuk bertemu dengan Tirah namun ego aku lebih diutamakan. Tapi, bila Tirah dah ada depan aku sekarang, aku rasa menyesal.

"Tirah...." aku menggenggam erat tangannya. Sejuk. Tirah tidak menjawab, pandang aku pun tak. Aku faham. Bila dah terlambat, baru nak terhegeh-hegeh kan? Lumrah dunia kot. Bila kau rasa dia takkan ke mana, kau akan mula take advantage. You come and go ikut sukahati kau. Then benda macam ni jadi, dia takkan balik lagi dengan kau. Baru kau nak realize yang kau dah lakukan kerja bodoh, tak pernah nak hargai kehadiran dia dalam hidup kau. Kau menangis sekuat hati or meraung merayu minta dia kembali, tapi semuanya dah terlambat. Dia hanya mampu wish kau the best dalam hidup dengan jalan yang kau dah pilih selepas kau khianati perasaan dia yang jujur menerima kau seadanya. Aku faham but still..... Aku tak pernah bersyukur.

"I'm sorry... Aku tahu dah terlambat untuk pujuk kau but I want you to know that nothing happened between me and Theresa. Aku minta maaf sebab off phone that night. Aku minta maaf sebab tak cuba contact kau lepas malam tu. Aku minta maaf kau kena lalui semua ni sendirian. Aku minta maaf aku abaikan kau. I'm hurting as much as I hurt you. Sakit sangat kat sini..." Aku tarik tangan Tirah lalu diletakkan di atas dadaku. Saat itu juga Tirah melihat ke arah aku. Air matanya bergenang di bibir mata. Aku ingin cuba mengesat air matanya namun aku risau akan merosakkan solekan di matanya.

"What do you want me to do, Zee?" balas Tirah lemah. Air matanya mengalir perlahan jatuh ke pipi. "Tell me what do you want me to do? Lari dengan kau sekarang??" Tirah menyentap bajuku tiba-tiba.

"NO! I won't do that, Tirah. Kau ada tanggungjawab. Aku taknak kau membelakangkan family kau."

"Then why are you here?"

Aku terdiam. Aku langsung tak terfikir kenapa aku perlu hadir ke hari perkahwinan kekasih aku sendiri. Kawan-kawan aku tak paksa aku pergi pun. Aku rela hati nak ikut. Aku tak tahu kenapa aku nak menyaksikan kekasih aku menjadi isteri orang di depan mata aku sendiri. Aku tak tahu semua tu tapi yang aku tahu, aku ingin bertemu Tirah untuk kali terakhir. 

"I just want to see you, Tirah. For the last time..."

"That's all??? After everything we went through together, all you can say that you just want to see me on my wedding day for the last time?" suara Tirah semakin keras.

"Yes..." aku mengangguk sahaja. Hati aku berbelah bahagi. Aku nak bawa lari Tirah tapi dalam masa yang sama, aku taknak dia menderhaka kepada ibu bapanya. Aku harap kau faham, Tirah. Aku sayangkan kau dan aku nak yang baik-baik saja untuk kau. 

"Get out, Zee. NOW!!!" Tirah menolakku kasar hingga aku jatuh terduduk di atas lantai. Pintu bilik tiba-tiba terbuka lalu kawan-kawan aku yang lain masuk ke dalam sejurus mendengar Tirah teriak.

"What happened?"

"It's okay guys. Jomlah keluar." Aku bangun lalu menolak kawan-kawanku keluar. Sebelum menutup pintu, aku merenung Tirah buat kali terakhir. I will regret this for the rest of my life...

Aku mengekori yang lain dari belakang. Aku tak ada mood nak bergaul. Mereka yang lain juga memahami aku. Saat tiba di tangga yang akan membawa kami ke ruang tamu, aku berhenti.

"Guys, aku nak pergi toilet kejap. Korang pergi dulu okay."

"Nak kami teman ke?" soal Fiona.

"Takpe. Pandailah aku cari toilet diorang ni. Haha.."

"Be strong ok, Zee." sampuk Shane pula.

Selepas melihat kawan-kawanku menuruni anak tangga, aku merayau mencari tandas. Rumah Tirah besar sangat. Maklumlah orang kaya. Aku melalui satu bilik yang pintunya tidak tertutup rapat. Aku dengar suara berbisik-bisik. Aku tak tahu kenapa naluri aku kuat menyuruh aku untuk mengintai ke dalam. Aku nampak ada dua kelibat sedang berpelukan.

"Sanggup you buat I macam ni, Eman."

"I'm sorry baby. Our family yang nak macam ni. I terpaksa." sambil cakap, Eman mencium pipi gadis yang didampinginya itu.

"How about us?" Gadis itu meletakkan dua jarinya di atas bibir Eman yang sedang nakal menerokai lehernya.

"Us? Nothing will change between us ok. I boleh je jumpa you anytime you want. Walaupun I akan kahwin dengan my ex-girlfriend, tak bermakna my feelings toward you berubah. Our wedding is like on paper je, nothing change pun."

"First Shilah and now Tirah. Urghh.. I dah bosan jadi simpanan you."

"Hushh.. Sabar sayang. One fine day, we'll be together ok. Bagi I happy kan my parents first. Then I buat you 'happy' every night." Eman sambung mencium ghairah leher gadis yang lemas dalam pelukannya itu. Mereka hanyut dalam nafsu.

Aku terundur beberapa langkah ke belakang. Aku terkejut dengan apa yang aku saksikan sebentar tadi. What's going on? Eman tengah bermesraan dengan perempuan lain on his wedding day?! What should I do???? Aku jadi panik. Aku bergegas meninggalkan tempat itu kemudian terhenti di hadapan pintu bilik Tirah. Kaki aku berat untuk terus melangkah. Hati aku kuat menyuruh aku memusing tombol pintu itu. Sekali lagi aku tersepit. Bagitau Tirah apa yang aku nampak sebentar tadi dan rosakkan hari perkahwinannya atau diamkan sahaja agar semua berjalan lancar dan rosakkan hidup Tirah? Apa yang terbaik untuk Tirah???? URGHHH!!

Tangan aku mencapai tombol pintu bilik Tirah. Saat aku ingin memulas tombol pintu, seseorang menegurku, "Zee? What are you doing here?"

"Huh?? Theresa?"

"What are you trying to do???"

"Errr.. Nothing. Why are you here?" Pelik juga boleh terserempak Theresa kat sini. I know Eman is her business partner but she doesn't have to be here. I mean kat aras ni. Unless if that girl I saw just now is HERR??!!! Jantung aku umpama terhenti. Kalau betul itu Theresa...........

"Apa korang buat kat sini? Aku dengar bising kat luar." Tirah tiba-tiba berdiri di muka pintu.

"Tirah??" Theresa terkejut melihat Tirah keluar dari bilik yang aku cuba pecah masuk. "Zee, are you trying to bawa Tirah lari????"

"What?? No!"

"Apa bising-bising ni?" Satu suara lagi menyampuk. Semua berpaling ke arah suara itu. Eman dengan tuxedo putihnya memerhati kami.

Wow.. Everyone is here. Okay, this is awkward. Super awkward......

Dear God, please help me.

BengkokWhere stories live. Discover now