"Mama sayang anak-anak mama lebih daripada apa-apa pun" Kata Puan Diana.

"Kami pun sayang mama" Kata Qaleesha dan Sara.

Sara meletakkan sebekas nasi goreng manakala Qaleesha meletakkan dua teko teh panas di atas meja makan di ruangan makan.

"Sara,pergilah panggil suami kamu untuk makan sarapan pagi bersama" Puan Diana mengarah Sara untuk pergi memanggil Harraz.

"Malaslah ma nak pergi panggil dia" Jawab Sara dengan selamba dan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Mana boleh malas itu suami kamu pergi panggil sekarang juga" Puan Diana menampar perlahan bahu Sara.

"Okey Sara pergi panggil dia turun sekarang juga" Kata Sara lalu bangun daripada kerusinya.Dia mengatur langkah untuk menaiki tangga menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat atas.

"Awak,mama ajak makan sarapan pagi bersama" Kata Sara pada Harraz yang baru selesai mandi gayanya kerana Harraz hanya mengenakan jubah mandi di badannya dan rambutny masih basah.

"Kau tak nampakkah aku baru lepas mandi atau kau buta orangnya" Soal Harraz dingin dan dia berjalan ke arah katil untuk mengambil bajunya.

"Nampak dan saya hanya cakap sahaja janganlah sensitif sangat kalau jadi orang" Kata Sara sambil menyilangkan tangannya.

"Whatever" Kata Harraz menjeling ke arah Sara.

'Mata tu kalau tak jeling memang tak sah kan' Bisik hati Sara.

"Lepas bersiap awak turunlah ke bawah untuk sarapan pagi bersama" Kata Sara sambil menarik pintu dan berjalan menuruni tangga untuk pergi ke ruangan makan.

"Mana Harraz ?" Soal Puan Diana apabila terlihat sosok badan Sara yang berjalan memasuki ruangan makan namun Harraz tiada bersamanya.

"Harraz masih berada di atas kerana dia baru siap mandi nanti dia turunlah" Kata Sara yang mengambil tempat duduk di sebelah Qaleesha.

"Kamu panggil Harraz dengan menggunakan nama bukannya panggil dia dengan panggilan abang" Puan Diana menggelengkan kepalanya melihat anak gadis bongsunya.

"Nantilah Sara panggil dia abang" Kata Sara sambil tersengih.

'Panggil awak pun dia masih marah-marah aku ni nak panggil dia abang pula nanti dia fikir aku pula yang terhegeh-hegeh nak panggil dia abang' Gumam hati Sara.

"Sara,jaga diri baik-baik kalau sampai sana jangan pernah lupakan solat dengar kata suami kamu kerana dia adalah imam kamu" Kata Puan Diana sambil mengusap kepala anak gadisnya iaitu Sara.

"Thank you ma" Kata Sara lalu memeluk erat Puan Diana.Kemudian dia bersalaman dengan Tuan Abdul Aziz.

"Mama,Sara pergi dulu" Kelihatan Harraz sudah selesai memunggah bagasi ke dalam but kereta.

"Harraz,jaga Sara baik-baik dia ni manja orangnya" Kata Puan Diana pada Harraz.

"Mana ada manja" Kata Sara sambil memuncungkan bibirnya apabila dia dilabelkan anak manja oleh Puan Diana.

"Okey ma" Harra bersalaman dengan Puan Diana dan Tuan Abdul Aziz.

Sara melambai tangan ke arah Puan Diana dan keluarganya sebelum kereta milik Harraz hilang daripada perkarangan rumah Sara.

"Awak tak bosan duduk senyap sahaja dalam kereta ?" Soal Sara pada Harraz kerana suasana dalam kereta sunyi sepi tanpa bunyi radio.

"Kenapa aku harus berasa bosan pula ?" Soal Harraz semula kepada Sara membuatkan Sara mencebik.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now