Rupanya Ariana dah brainwash aunty dua orang ni. Dia bagitahu aunty ni yang aku ialah partner dia. Aku tak berani nak bagitahu hal yang sebenar kat makcik dua orang ni. Bagus aku diamkan je buat masa sekarang. Sampai je tingkat 15, pintu lift terbuka. Aku dan Theresa mempercepatkan langkah ke apartmen Ariana. Bila dah jumpa pintunya, Theresa cepat-cepat mengeluarkan kunci tadi. Kemudian memasukkan ke dalam lubang kunci.

Berdebar-debar rasanya jantung aku. Yelah, ini kali pertama aku pecah masuk rumah orang. Aku risau juga kalau nampak benda-benda yang tak sepatutnya aku tahu. Contohnya, gambar-gambar curi aku yang dilekatkan penuh di dinding. I don't know. Maybe kan.. HAHAHA.

"Wey, lambatnya. Dapat buka ke tak?" soalku pada Theresa bila nampak dia macam tengah struggle untuk buka pintu apartmen Ariana.

"Ishh.. Apasal tak boleh ni?" Theresa masih mencuba memulas tombol pintu walaupun dah berkali dia cuba.

"You yakin ke kunci ni boleh masuk semua apartmen?"

"Yes, I'm sure."

Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya Theresa menyerah. Pintu masih terkunci rapi.

"So, how?" Aku mengeluh panjang. Dua-dua dah mati akal. Huhu.

"I think she's hiding something in there. According to the maintenance guy here, kalau nak tukar tombol pintu kena inform diorang and diorang akan tolong tukarkan. Ariana tukar without informing them. Hmm..." Theresa membelek-belek tombol pintu apartmen Ariana. Tombol pintunya nampak berbeza daripada pintu apartmen kiri kanannya. Mungkin sebab ni master key tak dapat guna.

"Alaa... Sia-sia jelah usaha kita hari ni." Aku cuma mampu menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku tengok Theresa berjalan ke pintu apartmen sebelah kemudian mencuba master key itu. Dengan sekali cuba je, pintu berjaya dibuka.

"See... Ariana dah tukar tombol pintu dia."

Kami berdua hanya mampu berlegar-legar di luar apartmen Ariana. Dah buntu nak buat apa kat sini. Aku tengok jam, dah nak dekat pukul 1. Theresa sibuk dengan telefon bimbitnya. Mungkin sedang berbincang dengan orang dalamnya. 

Aku capai phone aku dalam poket seluar kemudian membuka WhatsApp. Ada text daripada Ika. Dia ada kelas hari ini, so tak dapat join kami jadi spy. 

> Dah dapat masuk?

Aku pun ceritakan kisah tadi pada Ika. Panjang juga aku buat karangan. Kecewa punya pasal. Haha. Sedang sibuk aku menaip, tiba-tiba aku dengar orang batuk. Aku mengangkat kepala, melihat wajah manusia yang sedang berdiri di hadapanku.

"ARIANA?!" terkejut beruk aku dibuatnya. Macam mana dia boleh ada kat depan aku? Mana Theresa? Aku tercari-cari Theresa yang berdiri tak jauh dari aku tadi. Dia dah lesap.

"Cari apa?" Ariana berpaling, melihat kawasan yang aku sedang tengok.

"Oh, nothing. Haha.." Aku cuba tenangkan diri.

"What are you doing here, Zee?" soal Ariana lagi. Matanya yang bulat tu memerhati setiap gerak geriku. Mampuslah. Aku nak jawab apa? Nak jawab tengah bersiar-siar memang tak logik la kan? Tiba-tiba aku rasa panas. Peluh deras membasahi dahiku.

"Hmmm... Err..." Aku gagap. Tak tahu nak jawab apa.

"Are you here to see me? You look nervous." Ariana menghampiri aku. Dia mengeluarkan sesuatu dari handbagnya. Pistol ke? Huhuhu.. Tidakk. Matilah aku.

Aku terundur sedikit bila tangan Ariana keluar dari handbag. Yalah, kalau dia acuh pistol, mungkin aku sempat mengelak. 

"Zee? Relax." Ariana menyapu peluh di dahiku dengan sapu tangannya. Wanginya sapu tangan Ariana. Ahhh.. Tiba-tiba aku rasa tenang.

BengkokWhere stories live. Discover now