° Memory 026 °

4.1K 326 6
                                    

“ Kenapa manusia masih boleh mencintai sedangkan dia tahu realiti cinta itu? Hakikatnya, cinta itu dadah

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Kenapa manusia masih boleh mencintai sedangkan dia tahu realiti cinta itu? Hakikatnya, cinta itu dadah. Khayal dan membahayakan.

Setibanya di UK, Jungkook terus dimasukkan ke dalam hospital yang ternama di sana. Jin, Jimin dan Taehyung pula singgah di penthouse yang mereka akan tinggal sepanjang tempoh rawatan Jungkook.

"Haih... Penatnya." Keluh Taehyung lalu merebahkan badannya di atas sofa.

"Namjoon mesej aku tadi." Kata Jin.

"So?" Tanya Jimin.

"Hyuna menangis dan meraung sebelum pengsan dekat airport." Jelas Jin.

"Haihh. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Cuma mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua." Kata Taehyung malas.

"Aku harap Jungkook cepat sembuh." Ucap Jimin.

"Yeah.. Me too." Ujar Jin.

• • •

4 bulan kemudian...

"Cik Hyuna.." Hyuna mengangkat kepalanya apabila mendengar ketukan di pintu pejabatnya.

"Yes?"

"Meeting akan bermula dalam masa 10 minit lagi." Kata Hani, setiausahanya.

"Owh sorry. Terleka pula saya." Hyuna tersenyum sambil mengemas fail untuk dibawa ketika mesyuarat nanti.

"Ahh... Tak apa." Kata Hani sambil tersenyum manis ke arah Hyuna. Dia sangat menyenangi sikap Hyuna yang merendah diri.

"Mari." Ajak Hyuna lalu menarik tangan Hani. Hani sudah dianggap seperti kawan baiknya sendiri.

Setiba sahaja di bilik mesyuarat, dia melepaskan tangan Hani. Namun langkahnya terhenti apabila dia melihat satu wajah yang sangat dikenalinya.

Mereka berdua berlawan mata untuk seketika. Pekerja - pekerja yang turut menyertai mesyuarat itu dapat merasai suasana yang tegang.

"Hyuna..." Kata lelaki itu perlahan.

"Park Chanyeol.." Ujar Hyuna.

"Hidup lagi kau ya?" Tanya Hyuna sinis diselangi tawa kecil.

"Hyuna. A-- a-- aku.." Chanyeol cuba untuk berkata tetapi seakan tersekat.

"Cukup. Kita teruskan mesyuarat kita." Kata Hyuna tegas sambil mengangkat tangannya.

Selama satu jam mesyuarat itu berlangsung, Chanyeol sentiasa mengerling ke arah Hyuna. Selepas habis sahaja mesyuarat itu, Chanyeol pantas mendapatkan Hyuna.

[C] Mémory. jjk Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora