° Memory 014 °

3.8K 334 12
                                    

“ Jungkook, kini jelas sekali kebenaran di hadapan mata aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jungkook, kini jelas sekali kebenaran di hadapan mata aku. Kau bukan euphoria yang aku impikan, malah kau adalah kesedihan yang datang dalam hidup aku.

Hyuna membuka matanya perlahan -lahan. Suasana asing menyapa pandangannya.

"Dik... Adik dah sedar?" Sayup - sayup suara itu berkata.

Terdapat seorang perempuan berumur di dalam lingkungan 50-an menyapa matanya. Hyuna terkebil - kebil.

"Saya kat mana ni?" Tanya Hyuna yang sedang kebingungan.

"Nama makcik, Park Gong Shil. Makcik jumpa kamu masa kamu hampir kena langgar dengan kereta semalam. Kamu pengsan dan kereta tu terus tinggalkan kamu. Baju kamu makcik dah tukarkan. Harap kamu tak marah." Terang puan Park.

Hyuna terus memeriksa bajunya. Memang benar. Baju sekolahnya sudah bertukar dengan baju yang lebih selesa.

"Terima kasih makcik." Hyuna terasa sebak. Empangan matanya sudah mula penuh, hanya tunggu untuk pecah sahaja.

"Sama - sama. Lagi satu, panggil makcik, ibu je." Kata puan Park.

"Ibu?" Hyuna terus menangis. Dia rindu dengan emaknya.

Puan Park terus memeluk Hyuna bagi menenangkan perasaan gadis itu.

"Shh.. Jangan menangis. Ibu tahu kamu kuat." Sejak dari mula lagi, puan Park sudah mengagak bahawa Hyuna mempunyai masalah.

"Ibu, boleh tak saya tumpang tinggal dekat sini? Saya janji saya akan bayar segalanya." Hyuna mahu lari dari kisah dukanya. Dia mahu membuka kisah baru.

Puan Park mengusap rambut Hyuna perlahan. "Tinggallah selama mana kamu nak. Ibu tak kisah. Lagipun ibu tinggal seorang dekat rumah ni."

"Terima kasih ibu. Terima kasih sangat - sangat." Hyuna memeluk puan Park lagi.

"Nama kamu apa nak?" Tanya puan Park.

"Nama saya Kim Hyuna." Jawab Hyuna

"Hyuna, kalau Hyuna tak keberatan. Boleh tak ibu tanya apa yang sebenarnya berlaku dekat Hyuna?" Soalan puan Park membuatkan Hyuna terdiam.

Puan Park berasa bersalah apabila tidak mendapat respon daripada Hyuna. "Tak apalah kalau kamu tak nak jawab soalan ibu. Ibu tak paksa. Tapi, kalau kamu dah bersedia, ibu sentiasa ada di sisi."

Hyuna tersenyum tawar. Dia terlalu penat. Dia malas mahu mengenang kembali peristiwa pahitnya. Tapi dia pasti akan menceritakan segalanya kepada ibu barunya itu. Cuma, bukan sekarang.

• • •

Hyuna tergesa - gesa bangun dari perbaringannya menuju ke tandas. Dia muntah di sinki. Perutnya terasa kosong dan sakit.

[C] Mémory. jjk Where stories live. Discover now