° Memory 020 °

4K 335 9
                                    

“ Sekarang, hidup dan mati aku hanya untuk Jungna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekarang, hidup dan mati aku hanya untuk Jungna. Bukan untuk diri aku lagi. Lagi pula, tiada apa yang perlu aku pertahankan untuk diri aku.

"Ibu, Hyuna dah balik." Jerit Hyuna sebaik sahaja tiba di rumah. Tubuhnya direbahkan di atas sofa.

"Aigoo! Pergi mandi and then tukar baju. Lepas tu kita makan sama - sama." Arah puan Park.

"Ermm... Kejap lagilah ibu. Hyuna penatlah." Rengek Hyuna.

"Aishh... Jungna-ah. Cuba tengok mak kamu ni. Pemalas! Jangan jadi macam mak kamu." Puan Park mengusik Hyuna. Hyuna dengan segera bangun dan menegakkan badannya.

"Mana ada!" Bantah Hyuna.

"Mak... Cepatlah mandi. Jungna nak makan dengan mak." kata Jungna sambil menarik - narik tangan Hyuna supaya bangun.

"Yelah.. Mak mandi sekarang. Tunggu mak ye." Hyuna dengan malasnya bangun dan menuju ke bilik tidurnya.

Suasana hening seketika. Hanya ditemani bunyi televisyen.

"Nenek.." panggil Jungna.

"Ya..."

"Bila Jungna dapat jumpa ayah?" Tanya Jungna perlahan.

Pandangan puan Park terus tertumpu ke arah Jungna.

"Kenapa Jungna tanya nenek? Kenapa tak tanya mak?" Tanya puan Park.

Jungna memandang lantai. "Jungna tak beranilah. Hari tu mak nangis senyap - senyap lepas Jungna tanya macam tu. Salah ke Jungna tanya soalan tu?" Hatinya penuh dengan tanda tanya. Dimanakah ayah kandungnya?

Puan Park terdiam mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Jungna. "Tak salah. Cuma.... Hmm.. Tak apalah. Jungna sabar ye. Nanti ayah Jungna akan cari Jungna dengan mak kamu tau!"

"Iye? Macam mana nenek tahu?" Jungna kini teruja.

"Sebab ayah Jungna dah janji dengan mak Jungna. Dia akan cari kamu berdua sampai dapat. Jungna tunggu je." Kata puan Park lalu mencuit hidung Jungna.

"Nae~~ Jungna akan tunggu ayah!" Ujar Jungna sambil tersenyum manis.

Sementara Hyuna bersandar di dinding. Dia telah mendengar perbualan di antara puan Park dan Jungna. Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi cukup membuatkan dia sebak.

Jungna sayang..

Tolong...

Jangan letakkan harapan kamu terlalu tinggi...

Mak tak nak kamu kecewa seperti mak...

Kecewa ketika ayah kamu memungkiri janjinya..

[C] Mémory. jjk Where stories live. Discover now