° Memory 010 °

4K 348 25
                                    

" Merayu

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

" Merayu. Melutut. Menangis. Semua itu telah aku lakukan. Yang aku minta hanya satu pandangan dari kau. Hanya satu. "

Yoongi yang terbangun kerana haus berasa pelik apabila mendengar bunyi tangisan. Segera dicari sumber suara tersebut. Ketika itu baru pukul dua pagi.

"Jungkook?"

Jungkook yang berusaha mengesat air matanya mendongak. Rambutnya kusut - masai. "Hyung..." suaranya bergetar.

"Bila kau balik?" Tanya Yoongi.

"Baru je tadi." Jawab Jungkook. Yoongi diam seketika sebelum tangannya mengusap belakang badan Jungkook.

"Kau kena tinggalkan Hyuna, kan?" Tanya Yoongi tiba - tiba.

Jungkook terperanjat. "Macam mana kau tahu hyung?"

"Sejak kebelakangan ni, kau selalu sedih. Kau siap menangis lagi. Aku kenal kau dah lama Jungkook. Kau tak akan menangis melainkan perkara itu berkaitan dengan orang yang kau sayang." Jelas Yoongi.

"Ayah Hyuna beri aku masa seminggu." Kata Jungkook.

"Untuk tinggalkan Hyuna?" Teka Yoongi lagi. Jungkook hanya mengangguk.

"And tomorrow is the last day. Sebab tu, kau menangis macam ni?" Sememangnya Yoongi pandai meneka.

"Aku tak sanggup tinggalkan dia hyung. Tapi, aku terpaksa!" Jungkook menaikkan suara.

"Jungkook, ayah Hyuna adalah orang kedua paling kaya di Korea ni. Kalau kau nak kalahkan ayah Hyuna, kau kena minta tolong dia." Nasihat Yoongi.

"Jangan sebut nama dia hyung! Aku benci dia! Dia menyebabkan kita semua sengsara. Dengan perempuan tak guna tu!" Jungkook mengepal tumbukan.

"Terserah kau. Aku hanya bagi nasihat. Ingat! Hanya dia yang boleh kalahkan ayah Hyuna!" Kata Yoongi.

"Terima kasih hyung." Ucap Jungkook.

"Sama - sama. Hyung nak tidur dulu. Bersedialah untuk hari esok. Harap kau tabah." Seusai itu, Yoongi keluar dari bilik tidur Jungkook.

Manakala Jungkook menangis dan terus menangis. Hatinya terlalu sedih. Terlalu kesal. Terlalu marah. Terlalu rawan. Seperti mahu gila dirasakannya.

Aku seperti mahu gila..

Emosi aku tak stabil..

Aku tak pernah berniat untuk meninggalkan kau..

Kalaulah aku boleh memberitahu segalanya kepada kau..

Atas alasan apa aku meninggalkan kau..

Pasti perkara itu tidak menjadi rumit..

Tapi itu semua kisah dongeng..

[C] Mémory. jjk जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें