° Memory 013 °

3.8K 344 37
                                    

“ Cari orang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cari orang lain. Aku tak yakin aku mampu bahagiakan kau. Selama aku di sisi kau, hanya air mata kau yang tumpah. Cari orang yang mampu ukir senyuman di bibir manis kau.

Hyuna datang lambat lagi pada pagi itu. Semalam detention selama tiga jam sahaja sudah cukup membuatkan kepalanya pening.

"Lambat lagi, Kim Hyuna?" Cikgu Kwon mengangkat keningnya. Hyuna tunduk.

"Saya tak tahulah nak buat apa dengan awak! Apa masalah awak sebenarnya? Dulu awak tak macam ni tau!" Bebel cikgu Kwon.

"Maafkan saya cikgu." Ucap Hyuna.

"Saya malas nak layan awak. Awak dah berani memberontak sekarang. Again! Detention after school." Cikgu Kwon beredar setelah selesai mengambil kedatangan pelajarnya.

Hyuna diam membisu. Kakinya mengorak langkah menuju ke tempat duduknya sendiri. Tapi tak sampai apabila morning sicknessnya menyerang kembali. Dengan mulut yang ditekup, Hyuna bergegas lari menuju ke tandas.

Jungkook dan BTS terpinga - pinga dengan perbuatan Hyuna. Lantas Jungkook mengambil keputusan untuk mengekori Hyuna. BTS juga mengikuti langkah Jungkook.

Jungkook berhenti di hadapan tandas wanita. Tak akanlah dia mahu masuk ke dalam tandas pelajar perempuan. Nanti diingat budak gatal pula.

"Kenapa dengan Hyuna?" Tanya Jimin.

"Tak tahu." Jungkook mengangkat bahunya. Mata mereka semua terinjau - injau mahu melihat kelibat Hyuna, tetapi hampa.

Akhirnya mereka mengalah. Mereka hanya menunggu di situ. Tidak lama kemudian, telinga mereka menangkap bunyi seperti orang yang mahu muntah diiringi esakan kecil.

Masing - masing diam kerana mahu memastikan bahawa pemilik suara itu ialah Hyuna.

"Sayang, janganlah macam ni. Mak penatlah. Anak mak baikkan? Tak nak tengok mak sedihkan?" Sayup - sayup kedengaran suara Hyuna berbicara.

Jungkook tergamam. Emak? Anak? Apa semua ni? Manik jernih mengalir turun di pipinya apabila dia sedar tentang maksud Hyuna.

Takdir seperti mahu mengikat kita untuk terus bersama..

Dan tidak pernah terpisah..

Tapi ianya mengikat kita dalam keadaan yang paling menyakitkan..

Hyuna yang baru keluar dari tandas tersebut terpana melihat BTS.

"Apa korang buat dekat sini?" Suara Hyuna masih dingin apabila berbicara dengan mereka bertujuh.

"Hyuna, kau mengandung?" Tanya Jungkook.

"Anak aku?" Sambung Jungkook lagi.

Hyuna memejam matanya. Dia tahu lambat laun pasti rahsia ini akan terbongkar. Hyuna menggigit bibirnya.

[C] Mémory. jjk Where stories live. Discover now