° Memory 011 °

4K 337 8
                                    

" Kau tak penat terus memberi harapan palsu? Kau tak penat menuturkan kata tipu? Kerana sesungguhnya Jeon Jungkook, aku muak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau tak penat terus memberi harapan palsu? Kau tak penat menuturkan kata tipu? Kerana sesungguhnya Jeon Jungkook, aku muak. "

Hyuna berjalan perlahan - lahan atau yang lebih tepat, mengheret tubuhnya yang tidak bermaya. Dia sudah penat menangis. Terlalu penat.

Sesampai sahaja di hadapan rumahnya, Hyuna berhenti seketika. Banyak kenangan bersama Jungkook di dalam rumah itu.

Hyuna masuk ke dalam rumahnya lalu terus menuju ke bilik air. Shower dibuka. Dia hanya berdiri di bawah pancuran air itu. Perlahan - lahan dia jatuh terduduk dan menangis lagi.

Hatinya terlalu sakit. Dia baru tahu betapa bahayanya cinta itu. Dia serik. Cinta pertamanya itu menyebabkan dia menyerahkan segala - galanya.

Dan cinta pertama akan jadi yang terakhir.

Tiada yang kedua.

Adakah ini hanyalah mimpi?

Kalau ya..

Aku harap aku akan segera bangun..

Kerana mimpi ngeri ini sungguh menyakitkan..

Tapi malangnya..

Kita tidak boleh dikejutkan dari mimpi ngeri ini..

Kerana ini bukan mimpi..

Ini adalah sebuah realiti yang pahit.

• • •

Hyuna membuka matanya. Terkebil - kebil seketika. Jam di dinding dipandang. Dia segera bangun dan bersiap menuju ke sekolah.

Dia tidak boleh lemah. Dia harus tunjukkan kepada Jungkook bahawa dia boleh hidup tanpa lelaki itu. Dan itu juga sama seperti Jungkook. Berharap Hyuna boleh hidup tanpa dirinya.

Sejak semalam, tiada segarit senyuman pun yang terlukis di muka Hyuna. Hatinya bagai sudah keras.

Hyuna melangkah masuk ke dalam kelas dengan yakinnya. Jungkook di hadapan mata tidak dipedulikan.

BTS memerhatikan Jungkook dan Hyuna dengan risau. Mereka sudah mengetahui sebab sebenar Jungkook membuang Hyuna dalam hidupnya.

Itupun selepas Jungkook tidak henti - henti menangis di hadapan pintu rumah mereka. Hinggakan hyungnya terpaksa menenangkan Jungkook.

"Hyung, aku risau dengan diorang." Kata Namjoon.

"Namjoon, cinta memerlukan pengorbanan. Dan itulah pengorbanan diorang. Demi kebahagiaan Hyuna, Jungkook perlu meninggalkan Hyuna." Kata Jin.

[C] Mémory. jjk Where stories live. Discover now