° Memory 016 °

3.7K 335 14
                                    

“ Tolong berambus dari fikiran aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tolong berambus dari fikiran aku. Kau buat aku penat. Fizikal dan mental aku tidak bertenaga lagi.

Hyuna terbangun apabila dia terdengar bunyi bayi menangis. Segera dia membuka matanya. Dilihat puan Park sedang cuba untuk menenangkan seorang bayi yang sedang menangis.

"Ibu... Tu anak Hyuna ke?" Tanya Hyuna.

"Ya... Hyuna nak dukung dia tak?" Tanya puan Park berserta senyuman.

Hyuna menghulurkan tangan dan mengambil anaknya. Bila dilihat sahaja wajah polos tersebut, hatinya serta merta menjadi pilu.

Jungkook, anak kita...

Wajahnya persis seperti wajah kau..

Matanya...

Hidungnya...

"Hyuna dah fikir nak letak nama apa?" Tanya puan Park sambil menongkat dagu memandang anak Hyuna.

Hyuna berfikir sejenak. "Kim Jungna?"

"Kim Jungna?" Ulang puan Park.

"Nae.. Kim Jungna. Gabungan nama Hyuna dan Jungkook." Jelas Hyuna.

"Hyuna tak nak letak nama Jeon Jungna?"

Hyuna terdiam. Perlu ke dia meletakkan nama keluarga anaknya sebagai Jeon? Hyuna kemudiannya menggelengkan kepala.

"Kim Jungna is better." Hyuna tersenyum manis apabila Jungna ketawa secara tiba - tiba.

"Jungna-ah~~" Hyuna mengagah anaknya lagi.

Jungkook, aku ada pengganti kau...

Aku akan cuba sedaya upaya untuk melupakan kau..

Aku akan singkirkan kau dari bertapak di dalam hati aku..

Tapi...

Boleh ke aku melupakan kau?

• • •

"Chan... Jungna dah tidur belum?" Tanya Hyuna.

"Dah. Tadi ibu dah tidurkan. Kau rehat je. Jungna biar ibu atau aku yang jagakan." Kata Chanyeol.

"Chan.. Terima kasih sebab jaga aku selama ni. Jadi kawan baik aku. Dengar luahan hati aku. Terima kasih sangat - sangat." Luah Hyuna.

Chanyeol tersenyum lalu memegang tangan Hyuna. "Hal kecillah weh. Thanks juga sebab sudi jadi kawan baik aku."

Hyuna senyum tipis. "Aku nak tidur dulu."

[C] Mémory. jjk Where stories live. Discover now