° Memory 001 °

9.5K 580 52
                                    

" Kim Hyuna, kau cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kim Hyuna, kau cantik. Sangat cantik. Moga aku bertemu kau lebih kerap lagi. "

"Heh.. Anak perempuan simpanan memang tak tahu malu!"

"Well, mak diakan perempuan simpanan!"

"Pehallah dia tu tak mati je?"

"Hari tu aku nampak dia bercium dengan tiga orang lelaki!"

"Perghh... Jalang siak minah tu!"

'Hiraukan. Hiraukan. Jangan dengar. Jangan dengar.' Berulang - ulang kali Hyuna bermonolog di dalam hati.

Langkahnya dilajukan. Pandangannya tertunduk ke bawah. Sesekali dia menutup telinganya. Hyuna hanya melangkah sehinggalah jalannya dihalang oleh seseorang.

"Well... Hyuna, anak harammm." Seolhyun, Yura dan Minah ketawa berdekah - dekah. Hyuna hanya memandang kebosanan.

"Kau nak apa?" Tanya Hyuna. Suaranya tenang tetapi tegas.

"Aku peliklah dengan kau ni. Kau tu anak orang kaya, tapi kenapa kau sekolah dekat sekolah orang biasa je." Kata Seolhyun sambil memintal rambutnya yang panjang berkilat itu.

"Ishh kau ni.. Dia tu kan cuma anak perempuan simpanan je. So, mesti isteri bapak dia yang sah tu tak benarkan dia ni hidup senang - lenang." Kata Yura.

"Betul tu! Kalau aku jadi isteri bapak dia, memang dah lama aku ganyang perempuan simpanan ni. Perampas suami orang!" Sokong Minah pula.

Seolhyun membuat muka kesian dan menutup mulutnya. Matanya berair. Huh. Air mata palsu, jangan pernah tertipu.

"Opss. Sorry. Tak sangka kau sehina ini Hyuna." Ujar Seolhyun.

"Korang bertiga yang perasan cantik ni dah habis bercakap ke? Aku bosan dengar cerita murahan korang ni." Kata Hyuna selamba sambil menguap.

Geng Seolhyun pula yang terasa geram melihatkan Hyuna yang tiada reaksi. Tangan Yura diangkat cuba untuk menampar pipi Hyuna, tetapi Hyuna terlebih dahulu meninggalkan mereka bertiga di situ.

Hyuna berjalan laju sehinggakan tidak tersedar orang di hadapannya.

Gedebukkk!

"Adoi..." Serentak dengan itu terdengar dua suara sedang mengerang kesakitan.

"Maaf. Maaf. Maaf." Hyuna berkali - kali meminta maaf. Lelaki di hadapannya ketawa kecil.

"Ya. Sudahlah tu minta maaf. Salah saya jugak sebab jalan tak tengok depan." Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk membantu Hyuna bangun.

Hyuna teragak - agak pada mulanya tetapi melihatkan lelaki itu bersungguh - sungguh mahu membantunya, Hyuna menyambut juga huluran tangan itu.

"Terima kasih." Ucap Hyuna.

[C] Mémory. jjk Where stories live. Discover now