° Memory 012 °

3.8K 334 22
                                    

“ Kalau kau merasakan cinta itu hanya kebahagiaan semata - mata, kau masih belum matang

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Kalau kau merasakan cinta itu hanya kebahagiaan semata - mata, kau masih belum matang. Cinta juga terselit air mata. Cuma kau masih mentah untuk mengalaminya.

Jungkook menunduk memandang tanah. Hatinya dipagut pilu. Sekarang dia sudah tidak boleh memeluk Hyuna sewenang - wenangnya.

"Maafkan aku. Aku hanya buat semua ni atas dasar perikemanusiaan. Kalau perempuan lain kena cabul, aku pun akan tolong juga. Jangan ingat aku cintakan kau. Aku dah lama lupakan kau." Luah Jungkook. Hatinya juga sakit. Penipuan yang dibuat membuatkan wanita kesayangannya menderita.

Air mata Hyuna mengalir perlahan. Semuanya terlalu perit untuk dia hadapi.

"Tinggalkan aku." Kata Hyuna perlahan. Matanya dipejam. Dia cuba untuk menerima kenyataan ini.

"Maafkan aku." Ucap Jungkook sekali lagi.

"Jangan minta maaf lagi! Aku dah muak dengar perkataan maaf!" Kata Hyuna lalu dia memandang muka Jungkook dengan tajam.

"Kau dah ambil segalanya dari aku! Sekarang ni kau buang aku macam tu je! Lelaki memang tak guna!" Marah Hyuna. Hatinya perit.

"Maafkan aku." Hanya itu sahaja yang mampu Jungkook ucapkan.

Pangg!

BTS terpana apabila Hyuna menampar Jungkook dengan kuat.

"Pergi mati dengan maaf kau!" Hyuna menjeling Jungkook lalu beredar dari situ.

"Tunggu!" Jungkook menahan Hyuna.

"Apa?!" Jerkah Hyuna.

Jungkook terus membuka jaket yang sedang dipakainya dan diberikan kepada Hyuna. "Baju kau koyak dekat bahagian dada."

Dengan muka yang merah, Hyuna mengambil jaket itu. Nak tak nak, dia perlu menerima pemberian Jungkook kerana koyakan di bajunya agak besar.

Jungkook, saat itu baru aku tahu perasaan mak aku...

Perasaan bila kita mencintai orang yang salah...

Memang sakit...

• • •

"Bluerkk..." Hyuna memegang sinki itu sekuatnya. Dia terasa lemah. Sejak kebelakangan ni, Hyuna kerap muntah pada waktu pagi.

[C] Mémory. jjk حيث تعيش القصص. اكتشف الآن