Bab 2

16K 562 5
                                    

Dhia Aryana berjalan memasuki hospital dimana tempatnya bekerja. Setiap yang bertentang mata dengannya pasti akan menegurnya atau bertukar senyuman. Dhia Aryana terkenal dengan sifatnya yang peramah tetapi kasar dalam perwatakan.

Keluar sahaja dari pintu lif , Dhia Aryana bersiap sedia untuk ke biliknya. Sampai di salah sebuah belok ke biliknya , salah langkahnya memijak ditambah pula dengan ada yang melanggar bahunya. Dhia Aryana terjatuh.

Terasa ada sesuatu yang sempat menangkap pinggangnya. Namun hampa kedua-dua mereka turut terjatuh. Dhia Aryana jatuh berbaring di atas badan lelaki itu. Kepalanya terhentak di atas bahu lelaki tersebut.

Dhia Aryana segera bangun. Dia menggosok kepalanya yang sakit sambil duduk. Lelaki tersebut tidak dihiraukan. Dia langsung tidak menoleh ke belakang.

Kedengaran lelaki itu bangun dengan dengusan kasarnya.

" eii!! Kau ni! Lain kali jalan pakai mata bukan tangan! " marah lelaki itu.

Dhia Aryana bangun. Baju kurungnya dibetulkan. Dia terus berpaling memandang lelaki itu. Mata mereka bertentangan. Masing-masing membulatkan mata.

" kau? "

" kau? "

Masing-masing menunding jari.

" apa?! " kata Dhia Aryana sambil mengangkat kening.

" ei! Tak dek orang lain ke yang boleh langgar aku selain kau? "

" eh!! Hello.. aku pun tak naklah langgar kau! "

" kau langgar jugakkan? Aku dah cakap jalan pakai mata! "

" aku jalan pakai kaki! Cuba kau tunjuk macam mana pakai mata? " bidas Dhia Aryana membuatkan Izz Ilham terdiam.

" dahlah! Malas cakap dengan kau! Buang masa aku je! " sambung Dhia Aryana. Kakinya diatur ke bilik kerjanya. 

Sepanjang jalan. Dhia Aryana hanya menyalahkan diri sendiri kerana asyik melanggar lelaki tersebut.

***

Izz Ilham masuk ke dalam ruangan pejabat mesyuarat untuk turut serta di dalam mesyuarat tersebut.

" okey ini dia Dr. Izz Ilham. Anak kepada Dato Sri Hisyam. Beliau akan menggantikan Dato Sri Hisyam sebagai pengarah besar hospital ini. " ucap salah seorang doktor itu.

Dhia Aryana yang turut berada di dalam mesyuarat itu terlopong. Fia terus menundukkan muka tanda malu.

" matilah aku! " ucapnya perlahan sambil menggeleng. Tanpa dia sedar perlakuannya diperhatikan oleh doktor yang memberi ucapan tadi.

" Doktor Aryan awak ada masalah? " soalnya. Setiap mata di dalam bilik itu memandang ke arahnya.

" haa.. saya okey. Saya okey. " balasnya sambil mengangguk.

Mesyuarat berjalan dengan biasa.

" seperti yang disedia maklum. Hospital kita akan menghantar dua orang doktor untuk ke kawasan pedalaman bagi membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan. "

Rata-rata doktor di dalam pejabat itu mengangguk.

" jadi 20 orang dokor akan dihantar ke 10 kawasan pedalaman di Malaysia yang mempunyai penduduk yang kurang berkemampuan dari pelbagai segi. Setiap 2 orang doktor akan pergi bersama 2 nurse lelaki dan 2 nurse perempuan sebagai pembantu. "

Semua doktor hanya senyap dan fokus dengan yang disampaikan.

" saya akan sebutkan senarai dua orang doktor sebagai kumpulan. Untuk tempat dan nama jururawat bileh rujuk di papan kenyataan yang ditampal di luar bilik pejabat ini. "

" kumpulan pertama , Doktor Yazid dan Doktor Yani. Kumpulan kedua , Doktor Adib dan Doktor Baitty. Kumpulan ketiga , Doktor Ilham dan Doktor Aryan. "

Dhia Aryana memandang Izz Ilham. Mata mereka saling bertentangan. Wajah Dhia Aryana pasrah manakala wajah Izz Ilham tersenyum bahagia.

Setelah mesyuarat tamat , semua beransur keluar.

" Dhia.. "

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now