Aku masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Aku tak jalan terus. Aku tak dapat nak bertenang. Aku nervous nak jumpa dia atau excited ni? Aduh bingung. Takpe. Aku pergi je serbu rumah dia dulu. Kalau dia takde kat rumah, aku pergi beli phone lah. Lepas tu, hmmm... Aku berserah. Hahaha.

Aku memandu keluar daripada kotak parkir dan memecut laju ke hadapan. Tak sabar nak jumpa buah hati ni. HAHAHA. Lebih kurang setengah jam kemudian, aku tiba di hadapan rumah Ika. Macam takde orang je. Mungkin diorang pergi kelas. Nak contact, screen phone pula blank je. Nampaknya aku terpaksa pergi Plan B. Get a new phone then aku contact dia. Tulah suka sangat tangguh, kan dah melepas.

Saat aku nak reverse, aku nampak pintu rumah Ika terbuka. Ika ke tu? OMG. DAMN! Tu Tina. Kenapa dia pula yang keluar? Aku menurunkan cermin kereta.

"Kau??? Apa kau buat sini???" tengking Tina. Mukanya macam biasa lah. Muka garang nak mampus. Seram juga aku tengok.

"Ika ada?" soal aku tenang. Malas nak bersoal jawab dengan Tina. Aku cuma nak tahu satu tu je. Kekasih hati aku manaaa????

"Why?"

Aishh.. Sibuk je. Takpelah. Lain kali je aku datang. Malas nak layan perempuan ni. Tanpa membuka mulut, aku menaikkan kembali cermin kereta. Aku nampak muka Tina macam nak mengamuk. Aku biarkan je. Aku memandu pergi dari rumah Ika dengan perasaan yang hiba. Lain yang dicari, lain pula yang keluar. Singa. Hahaha...

Aku memutuskan untuk pergi ke pusat beli-belah. Saat aku lalu di hadapan sebuah bustop, aku nampak wajah yang aku rindu-rindu. Itu Ika! Aku cepat-cepat memberhentikan kereta aku di hadapan dia. Dia nampak terkejut. Aku keluar dari kereta lalu berjalan mendapatkan Ika. Kini aku berdiri di hadapannya. Aku terdiam.

"Zee? You buat apa sini?" Ika kehairanan.

Aku nak cakap tapi mulut aku macam dah kena gam. Nervous sangat ni. Ika melihat kiri kanan, kami menjadi tumpuan setiap insan yang berada di situ. Ika berdiri lalu masuk ke dalam kereta aku. Aku tergamam. Tak payah aku nak ajak, dia dah masuk sendiri. Aku pun turut masuk lalu meninggalkan tempat itu. Kami diam sahaja. Awkward moment sangat.

"So...?" soal Ika, memecahkan kesunyian antara kami.

"Hmmm..."

"Why you didn't text me?"

Tudiaa.. Direct to the point. Nak jawab apa? Jujur jelah kan? Baru je aku nak cakap, Ika menyampuk lagi.

"I saw you online last night. Tapi langsung tak text I kan?"

"Are you expecting a text from me last night?"

"No!" jeling Ika. Ego juga dia ni.

Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat Ika. Wajah yang aku rindu-rindu kini ada di sebelah aku. Bahagianya.

"Btw, you nak bawa I pergi mana ni?"

OHYA! Aku lupa nak explain. Di sepanjang perjalanan, aku menceritakan semuanya kepada Ika. Dia mendengar dengan tenang. Kadang-kadang dia mengangguk. Aku pun tak tahu apa benda dalam kepala dia. Takpelah, yang penting aku dah jujur.

"So, sekarang I nak ajak you dating. Is it ok?" Fuhhh.. Please la say yes!

Ika tak menjawab. Diam tanda setuju lettew. Yahoo!

* * * *

Dah nak tengah malam rupanya. Cepatnya masa berlalu. Aku tak puas lagi nak spend time dengan Ika. Tapi aku kesian kat Ika. Dia ada kelas esok pagi. Apa-apapun, aku kena hantar dia pulang awal sikit.

Dalam perjalanan pulang tu, aku sengaja drive slow. Jalan raya pun tak busy sangat. Ika nampak penat, dia diam je. Kadang-kadang aku curi pandang kat dia. Kenapa mudah sangat aku tertarik kat Ika ni? Apa yang dia ada? She looks okay. Maybe her personality yang buat aku tertarik. When you fall in love with someone's personality, she will always look beautiful in your eyes. I guess that's the power of love. Membutakan but I don't mind if that person is Ika. Aku sanggup buta. Chewah! Hahaha..

Tiba-tiba, Ika merangkul lengan aku. Dia baringkan kepalanya di bahu aku. Aku terus jadi tak keruan. Dia dah kenapa? Aku dah lah tak biasa kena sentuh-sentuh ni.

"Sejuklah." Ika berbisik lemah.

"Nak I off aircond ke?"

"Takpe. Macam ni OK dah."

So, aku pun biarkan Ika baring kat bahu aku. Aku dapat rasa nafas dia di leher aku. Tak lama kemudian, dia dekatkan lagi kepalanya ke leher aku. Semakin kuat aku dengar pernafasannya. Dia ni ok ke tak?

Aku mengalihkan muka ke arahnya dan aku nampak Ika sedang merenung aku. Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus mencium bibir Ika. Kejap je sebab aku nak focus driving ok! Tak boleh lama-lama. Ika terkejut dengan tindakan aku. Aku redha je kalau kena tampar tapi jangan sampai terbabas dah lah. Huhu.. Ika tidak berkata apa-apa. Dia kembali ke posisi asal. Diam.

Tak lama kemudian, kami pun sampai di area perumahan Ika. Ika mengarahkan aku untuk berhenti di tepi jalan, tidak jauh daripada rumahnya. Sejurus aku menaikkan hand brake, Ika terus menarik muka aku lalu mencium ku rakus. Aku membalas setiap ciumannya. Aku hisap bibirnya bertubi-tubi. Tangannya liar menarik rambut aku. Suasana agak tegang saat itu. Aku tak tahu apa yang dah merasuk Ika, tapi aku suka sangat. Aku cium lehernya dan Ika terus mengerang manja. Aku cium perlahan-lahan turun sampai ke dadanya. 

"Zee...."

"Yea?"

"Don't stop."

Aku angguk sambil bibirku tidak lepas dari kulit mulus Ika. Aku rasa macam nak makan je dia malam ni tetapi aku tersedar yang kami sekarang di dalam kereta. Anytime orang lalu kat sini. Aku berhenti lalu melihat muka Ika. Ika juga terus membalas renungan aku.

"I'm sorry, Ika. It's not safe here." aku tersengih. Ika pun turut tersengih.

"It's okay. I faham." Ika tersipu-sipu malu.

Aku menurunkan handbrake lalu meluncur laju ke rumah Ika. Aku berhenti di depan pagar rumahnya. Lampu rumah mereka masih terpasang. Orang rumah belum tidur lagi.

"Thank you, Zee."

"No. Thank you sebab sudi keluar dengan I."

"Good night."

* * * *

Happy nya aku malam ni. Sampai je rumah, aku terus mandi lalu melabuhkan badan atas katil. Aku dah beli phone baru. Aku buka WhatsApp. Ehh! Ada text daripada Ika.

> Dah sampai rumah, bagitau k.

Wahh! Dah lama orang tak cakap macam tu kat aku. Rasa seperti dihargai pula. Aku reply text Ika.

> I'm home. Dah siap mandi semua and now I'm ready to sleep.

Tak sampai seminit, Ika dah reply.

> Cepatnya sampai rumah. Janganlah drive laju sangat.

> No lah. Rumah I tak jauh pun dari tempat you. You taknak tidur lagi?

> Tunggu nak terlena ni.

Hmmm... Nak reply apa lagi? Ohya! Aku nak tahu....

> So Ika, what are we now?

BengkokWhere stories live. Discover now