"Where are you going?" soal Theresa selepas nampak aku memakai tali pinggang keledar.

"I'm going to this address. Ada hal sikit kat sana." Aku menghulurkan kertas kecil kepada Theresa. Dia ambil kertas itu dari tangan aku lalu membaca nota yang tercatit di atasnya.

"Hmmm... This is student area right? So, you kejar U-student now?" Theresa ketawa kecil.

"Ishh.. Jangan banyak tanya. Shut up and drive." jawab aku dengan nada bergurau. Aku dan Theresa memang dah macam kawan baik. Yelah, kan geng LGBT. Senang nak 'in'. HAHAHA. Tapi kalau kat tempat kerja, we keep it professional, kadang-kadang jelah. Haha..

Di dalam perjalanan, aku dan Theresa berborak sakan. Aku ceritakan semua kisah tentang aku dan Ika, Ika dan kawan-kawannya, Fiona dan Shane. Theresa teruja mendengar setiap cerita aku. Macam-macam jugalah dia tanya aku. Ada satu soalan ni aku taktau nak jawab apa. Dia tanya kalau-kalau aku dah buka hati untuk menerima orang lain. Aku tak tahu. Dalam hati aku masih ada Tirah tapi.... No matter how long I keep her in my heart, dia takkan kembali lagi. She's gone forever.

Kami tiba di sebuah perumahan dua tingkat. Depan rumah tu ada sebatang pokok mangga yang lebat buahnya. Theresa memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar. Aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar kemudian membuka aplikasi WhatsApp. Aku memberitahu Leen bahawa aku sudah berada di hadapan rumah sewa mereka.

"Tung-gu ehhh..." tak sempat aku nak habiskan ayat, Theresa dah keluar dari kereta. Baru je aku nak suruh dia stay dalam kereta. Dah keluar jadi model. Hmmm... Aku cepat-cepat keluar dari kereta, memanggil Theresa  perlahan.

"You wait inside. I kejap je ni."

"I want to see too. Wekk.."

Geram pulak aku. Adoihh.. Sabar jelah. Aku tak kesah sebenarnya tapi Theresa ni draws too many unnecessary attention. Dah lah kereta mewah, dressing pula ala-ala supermodel Kendall Jenner. Jiran kiri kanan pun ternganga tengok Theresa. Kawasan perumahan ni memang ramai student universiti menyewa. Family pun ada juga.

Aku nampak Ika muncul dari dalam rumah di hadapan kami. Matanya tak berkelip melihat Theresa yang berdiri di sebelah aku saat itu. Bila dia berdiri betul-betul di hadapan aku, barulah dia mengalihkan padangannya ke arahku. Dia tak cakap apa-apa. Dia menghulur kasar sebuah beg kertas yang berisi kotak telefon bimbit. Aku terkejut sebab beg kertas tu terkena dada aku. Aku tak tahu dia sengaja atau tak nampak tapi apa yang aku pasti, muka dia macam ada benda tak puas hati.

"Mana phone I?" soalnya kasar. Aku memberikan kembali telefon bimbitnya yang dah seminggu dengan aku. Tiba-tiba macam sedih pulak nak berpisah. Kami dah bonding kot.. Hmm.. Take care, phone.

"You dah save your number dalam phone I?" soalku kepada Ika.

"Tak perlulah kot. Kan dah settle semua." jawab Ika ringkas tapi menyakitkan hati. Hari tu cakap lain, sekarang cakap lain. Apa ni???

"Tapi-"

"Dah dah, tak perlu cakap apa lagi. I dah tepati janji I. You dah dapat phone you. So, we are settled. Nice to meet you, Zee. And goodbye." Ika melemparkan satu senyuman yang sangat tak ikhlas. Menusuk terus ke dalam ginjal aku. OMG! What's wrong with this girl? 

Aku terdiam seribu bahasa. Ika kembali masuk ke dalam rumah tanpa memberi aku peluang untuk bercakap. Dia dah kenapa?

"She reminds me of Tirah. And this face you're making right now is the same face you make that night yang I nak ajak you pergi gay bar tu." ujar Theresa.

"Apa salah aku????" aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Time kami kat Krabi hari tu, Ika sendiri cakap taknak lost contact dengan aku. Tapi tadi dia cakap lain. Mana satu dia nak sebenarnya?

"Dahlah. Get in the car. I'll tell you why."

* * * *

Theresa memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Bukan restoran untuk LGBT people tau, restoran biasa je. Haha. Kami masuk ke dalam lalu mencari tempat duduk yang jauh daripada orang ramai. Theresa kata nak privasi sikit. Dia memang selalu macam tu. Dia tak suka tempat crowded. Same goes to me.

Kami duduk berhadapan. Aku belek-belek handphone baharuku. Aku sangkakan Ika akan ganti dengan phone yang sama dengan aku punya dulu tapi dia ganti dengan phone lain yang lebih mahal. Aku tak minta pun. At least, ganti dengan yang sama harga pun dah cukup. Fuhh! Nasib baik aku save contact dalam simcard. Semua contact masih ada termasuk Tirah. Oh no!! Aku dah tak dapat baca old conversation kami. TIDAKKKKKKKK! Sakitnya tuh di sini.

"Are you okay, Zee?" Theresa hairan melihat gelagat aku. Memang tak boleh nak cover dah. Aku kecewa sangat. My only conversation yang sentiasa hidup bersama aku kini dah tak ada. Adakah ini petanda aku harus move on?

"I'm okay. Sorry..." balas aku lemah.

"Are you still thinking about that girl?"

"Maybe.. I don't know. Hari tu cakap lain." Aku mengeluh panjang. Aku pula yang tak dapat menerima kenyataan.

"You dah cari nama dia dalam your phone contacts?"

Ohya. Lupa pula. Nasib baik aku ada boss yang bijak. Aku scroll contact list aku perlahan-lahan, fokus mencari nama Ika. Namun kecewa bila sampai di akhir senarai. Tak ada nama Ika. So, dia memang serius taknak jumpa aku dah lepas ni. Tapi kenapa dia bagi aku harapan? Aku mengeluh lagi.

"No? Hmm.. I thought she already saved there. If she did, means that she really wants you. I'm very familiar with this kind of girl. Unfortunately, she's not that kind of girl. It's okay, Zee. You know where she live right? So, if you want to keep trying, pursue her." Theresa mengenyitkan mata. Nakal! HAHAHA.

* * * *

Aku pulang dengan perasaan yang hiba. Tidur dengan air mata lah aku malam ni. Huhuhu. Sedihnya. Aku terus masuk ke dalam bilik selepas mengunci pintu dan memasang lampu. Aku dah penat hadap dunia ni, aku nak rehatkan minda. Aku baring atas katil, cuba menenangkan perasaan dan memujuk hati sendiri. Aku masih tak puas hati. Aku keluarkan phone aku dan kali ni aku buka contact list dalam WhatsApp. Ada gambar senang sikit aku tengok.

Scroll demi scroll, aku hampir ke penghujung senarai. Hati dah berdebar-debar. Please lah ada! Dan saat itulah satu nama terpampang depan mata aku. Aku terbeliak. Patutlah aku tak nampak, tadi aku fokus sangat cari nama Ika. Dia save contact dia guna full name!

OMG OMG OMG! What should I do? Aku tekan nama dia, keluar ruang untuk menaip teks.

Dia online! 

BengkokWhere stories live. Discover now