"YES!! I'm a girl!" jawab aku sinis. Aku tak salahkan dia juga. Dah memang penampilan aku macam ni, nak marah orang salah panggil tak boleh juga. Kenalah redha dan pasrah. Hahah.

"OPSSS!" si gempal juga terkejut. Ada dua orang gadis lagi berlari ke arah kami. Mungkin rakan mereka. OH! Ini sekumpulan gadis remaja yang sibuk ambik selfie tadi.

"Korang ok ke?" tegur gadis bergigi besi sejurus tiba. Matanya melihat aku atas bawah, kemudian melirik ke arah rakannya yang bernama Ika.

Ika berwajah runcing, berkaca mata bingkai empat segi, kulit wajahnya mulus tanpa mekap cuma ada eyeliner dan dagunya sedikit berbelah. Bagi aku dia cantik tapi bukan type aku.

"Kami ok, Tina." balas Ika.

"Takde orang nak peduli aku ke? I'm the victim here." sindir aku pula. Tapi betul la aku yang jadi mangsa keadaan kat sini. Aku dah syiok main rendam kaki kat sini, pandai pula dia cari spot nak jatuh. Aishh.. Aku masih tak puas hati.

"So-sorry! Saya betul-betul minta maaf. Minta maaf sebab tertolak awak and minta maaf sebab tampar awak. Saya tak tahu.." Ika tertunduk-tunduk lagi. Aku jadi serba salah.

"Hmmm..." aku mengeluh panjang. Tak tahu nak marah atau maafkan. Aku tak kisah kalau tak ada benda penting yang rosak tapi... Hmmmm...

"Macam mana ni, Leen?" Ika nampak cuak tengok respon aku. Dia cuba meminta pendapat daripada rakannya yang dipanggil sebagai Leen tapi Leen cuma mampu mengangkut bahu tanda putus akal. Aku pun tak tahu nak settle macam mana. Takkan aku nak minta bayar? Mungkin patut....

Aku mengeluarkan phone dari poket seluar lalu menunjukkan kepada Ika. Ika merenung phone aku yang dah tak berfungsi. Dahinya berkerut kemudian memandang ke arah muka aku. Aku cuma mampu tersenyum pekat dengan harapan dia faham.

* * * *

Aku berdiri depan pintu sebuah cafe bercirikan santai dan simple. Shane's Inn tertera di cermin pintu. Tak susah nak cari kedai diorang ni. Nama kedai memang direct to the point. Haha. Aku tak sangka bestfriend aku bersama dengan seorang transman. Aku terkejut juga sebab dulu Fiona membantah sangat tapi kini mereka nampak bahagia menjalankan business sendiri.

Aku nampak Fiona melambai-lambai dari dalam lalu aku pun masuk. Fiona terkejut melihat pakaian aku yang basah. Dia mencapai tuala kering tidak jauh dari kaunter tempat dia berdiri kemudian memberikan kepadaku. Aku dah setengah kering ni. Lama sangat bincang bawah terik matahari. Sabar jelah. Huhu...

"Kau mandi ke tadi?" soal Fiona pantas.

"Tak. Ada sorang awek ni terlanggar aku. Habis jatuh dalam air." jawabku sambil mengeluh sedikit.

"Awek? Jodoh ke?" Fiona ketawa kecil.

"Very funny, Fiona. Aku rasa dia tu pembawa malang." aku menarik muka masam. Aku rasa percutian aku terus jadi hambar selepas kejadian tadi. Macam dah takde mood.

"Mulut jaga sikit. Orang sini ke?"

"Tak kot. Macam orang kita je. Lupa pulak nak tanya."

"Hmm takpe lah. Yang penting kau tak apa-apa. Risau juga takut kau tak jumpa tempat ni."

"Lama sangat bincang tadi and the conclusion is nanti balik KL, dia ganti phone aku. Sekarang aku pakai phone dia." aku mengeluarkan phone milik Ika dari poket seluar. Aku malas nak tukar simcard so aku pakai je number dia. Dia akan contact aku guna phone kawan dia la kot. Berat juga dia nak lepaskan phone dia kat aku tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur.

"Woww.. Nice work! Haha.." Fiona ketawa lagi, dia betul-betul terhibur dengan kisah malang aku. "Ehh btw, aku dah letak beg kau kat dalam bilik. Ini kunci bilik kau. Bilik nombor 101."

Aku menyambut kunci dari tangan Fiona. Oh, kat bawah cafe, kat atas hotel. Best juga business diorang. Eh jap. Dari tadi aku tak jumpa Shane lagi. Tak elok rasanya kalau tak sapa dia before masuk bilik.

"Shane mana?"

"Dia keluar beli supply dapur. Takpe, kau rehat dulu. Nanti dia balik, aku bagitau kau dah sampai."

Aku naik ke tingkat atas kemudian tiba di ruang koridor yang agak sempit. Aku mencari bilik yang bernombor 101. Tak jauh dari tangga, okay lah. Aku menolak kunci ke dalam tombol pintu kemudian memulasnya. Macam tak kunci je. Hairan. Aku tolak pintu perlahan-lahan.

Aku nampak sesusuk tubuh yang sedang berkemban di depan cermin dinding yang terletak betul-betul menghadap pintu. Aku terkejut. Orang itu berpaling ke belakang sejurus nampak aku melalui cermin. Dia menjerit!

"AHHHHH!!!!!!!!!!"

Aku cepat-cepat tutup pintu itu semula. Aku terpinga-pinga. Si gempal dalam bilik aku?

BengkokWhere stories live. Discover now