"Just let everything out, kak." Qis terus memelukku erat sambil mengusap rambutku lembut. Aku rasa tenang sedikit tetapi air mataku masih deras membasahi pipi.

"Aku ta-tak ku-kuat, Qis." dalam esakan, aku cuba berkata-kata.

"Hushh hushh..." Qis hanya mendengar tangisan aku. Dia seperti sangat memahami kesakitan yang aku rasa sekarang. Kesakitan yang teramat sangat. Aku lebih rela sakit fizikal daripada rasa kesakitan yang aku tak tahu dari mana puncanya. Yang aku tahu, seluruh badan aku tak bermaya.

"Kenapa ni?"

Satu suara garau menegur kami. Ayah dah balik. Dia berdiri di muka pintu. Di tangannya memegang satu kotak empat segi sebesar tapak tangan. Mukanya penuh dengan tanda tanya.

"Ayah..." aku melihat ayahku. Dia datang mendapatkan kami beradik. Ayah duduk di sebelah aku selepas meletakkan kotak tadi di atas meja. Aku memeluk ayah erat-erat. Dia nampak terkejut. Ini kali pertama dia melihat aku rapuh begini.

"What's wrong, dear?" soal ayah. Suara garau ayah sedikit sebanyak memberikan aku ketenangan. Ayah mengesat air mata aku menggunakan jari jemarinya.

Tak tahu kenapa aku rasa nak cerita semuanya pada ayah. SEMUANYA. Aku dah taknak berselindung di sebalik almari lagi. It's time to come out of the closet. Muka ayah dan Qis berubah-ubah. Sekejap terkejut, kemudian berkerut dan kadang-kadang tersenyum. Aku dah ceritakan semuanya. I'm gay and my girlfriend is dead. Kalau aku dibuang keluarga, aku redha. Aku faham. Aku terima semua akibatnya.

"I always wanted a son." jawab ayah ringkas setelah aku selesai bercerita. Aku terkejut dengan respon ayah. Simple as that. Qis juga nampak tenang. Diorang dah lama tahu ke???

"Ayah ok je?"

"Yes. Ayah dah boleh agak. I may be old school but I'm not that old." ayah tersenyum sinis. Melihat ayah aku macam tu, aku rasa lega sangat. "Tapi, ayah kecewa sikit lah."

"Kecewa kenapa?" aku kaget.

"Kau tak penah kenalkan ayah dengan girlfrien kau. Hmmm." ayah memuncungkan mulutnya.

Aku ketawa. Geli hati aku tengok gelagat ayah aku ni. Aku tak sangka dia dapat menerima aku seadanya. Kalau aku cerita awal, mungkin ayah sempat jumpa Tirah. Hmmm...

"Ayah gurau je ok. Jangan sedih." ayah berdiri dan berjalan mendapatkan kotak tadi kemudian kembali duduk di sebelah aku. Dia buka kotak tu perlahan-lahan. "I know how much you like cheesecake Wak Kasim so I bought you one. Welcome home, son." Ayah tersenyum lebar menampakkan giginya yang tersusun rapi. Walaupun dah berusia, ayah masih nampak kacak macam Johnny Depp. Hahaha!

"Son?" aku tersengih dengar perkataan 'son' yang keluar daripada mulut ayah. Dia silap ke atau memang sengaja? Haha..

"Silap ke? I thought you want to be the 'guy'..."

The guy? Am I? Aku terdiam. Kata-kata ayah tadi membuat aku berfikir. Who am I? Aku teringat Shane. Dia transman dan dia nampak happy dengan perubahan pada diri dia. Kalau dalam relationship aku dan Tirah, I play the role as the guy. I always thought that I'm a guy but I'm not so confident with my physical appearance. I wonder.........

* * * *

Suasana malam ni sejuk sangat. Hujan baru je berhenti. Aku duduk bersantai di depan rumah. Aku rasa tenang sedikit selepas meluahkan semuanya pada keluarga aku. Kini aku dah tak perlu sembunyikan apa-apa. Keluarga aku menerima aku seadanya. Aku rasa bersyukur sangat ada keluarga macam ni. I think I will be okay.... Tirah, mungkin ini hikmahnya kau pergi tinggalkan aku.

BEEP BEEP

Aku terima text WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali. Aku buka. Profile picture dia public, aku zoom in. Macam kenal.

> Hi Zee. How are you? Where are you now?

> Hi. I'm fine. Sekarang I ada kat kampung with my family. Siapa ni ye?

> It's me. Fiona. Sorry aku tak sempat nak melawat kau. Peak season sekarang, ramai tourist sampai rasa tak cukup tangan. Btw, Kesha dah cerita semua. Be strong okay. If you need anything, let me know.

> Thank you, Fiona. Kemain kauuuu... HAHAHAHAHA! Apa cerita kau dengan Shane ni?

> HAHAHAHAH! Shut up! Long story short, I think I will marry him. LOL.

> OMFG! Is it even possible???? HAHAHAHAH.

> Masih dalam perbincangan lah! Haha.. We need to meet and catch up. Tak nak bercuti kat Krabi ke? Aku sponsor semuanya. :p

Bercuti? Yes. I need vacation. I need to go somewhere I'm not familiar with. Mungkin dengan cara tu aku boleh tenangkan jiwa. Fiona ni macam tahu je bila nak muncul.

Krabi, here I come!

BengkokWhere stories live. Discover now