"Don't worry lil kiddo. I prepare you a buffet okay! Just get your ass here really soon! You hear me?"pesan Tarmizi kerana tidak sabar ingin berjumpa dengan Raisha.

"Yeah okay! Deal dude! I'll be there. So, I wanna get my shower. Talk to you soon, okay!"kata Raisha yang mendengar pergerakan Zandra seakan-akan sudah mahu bangun.

"Okay! See you soon lil kiddo! Bye!"kata Tarmizi.

"Bye Mizi!"ucap Raisha dalam senyuman. Dia mematikan panggilan tersebut. Dia menuju ke arah katil dan memandang Zandra lama. Dia ingin mengejutkan Zandra namun dia berfikir bahawa dia patut bersiap dahulu supaya nanti tidaklah kelam-kabut.

Raisha bergerak ke arah bilik air setelah mencapai tualanya dan mandi. Air pada pagi itu sungguh sejuk tetapi dia tidak kisah. Selepas siap memakai baju, dia mengejut Zandra dengan menggoncangkan bahu gadis itu. Zandra menggeliat sedikit sebelum mengesat dan membuka matanya. Zandra melihat Raisha yang sudah lengkap berbaju lain daripada semalam lantas duduk. Masih ada kantuk di hujung matanya. Dia dapat merasakan rambutnya diramas Raisha.

"Hei bangunlah. Nanti opah mesti datang panggil kita solat subuh sama-sama. Aku dah siap, sekarang kau pergi mandi pula. Dah pergi!"arah Raisha.

"Sekarang pukul berapa?"soal Zandra.

"Sekarang...umm...sekarang pukul 6:08 minit. Kau pergi siap eh!"kata Raisha lagi bersuara lembut. Orang bangun pagi ni kena cakap lembut-lembut, orang bangun petang je yang kita maki hamun.

Zandra tanpa menjawab, bangun menuju ke bilik air. Tiba-tiba Zandra menjerit membuat Raisha dengan segera berlari ke hadapan pintu bilik air. Dia mengetuk dan cuba membuka beberapa kali sambil memanggil nama Zandra. Hai, dah berapa kali dia kena jerit nama Zandra ni? Semalam masa termenung, masa mandi pun kena?

"Zan! Zan! Kenapa? Buka pintu ni! Kenapa Zan?"pekik Raisha beberapa kali.

"Takde apa! Air sejuk gila! Lupa pula duduk kampung! Okay! I'm safe!"jerit Zandra supaya Raisha dengar tanpa rasa bersalah.

Raisha di luar mengeluh tidak puas hati. Dia memutarkan bola matanya ke atas. Pasal tu je?

"Pasal tu je? Kau buat aku layak jadi pengganti Usain Bolt tau! Tahniahlah air sejuk!"sindir Raisha bengang.

Zandra di dalam bilik air ketawa kecil masih menggigil sedikit kerana kesejukan. Secara tidak sengaja, dia dapat membalas segala kejahatan Raisha sebelum ini kepadanya.

Tiba-tiba ada ketukan pada pintu bilik. Raisha pasti bahawa itu ialah opahnya Zarina.

"Isha kenapa ada menjerit tadi?"soal Zarina dari luar bilik.

Raisha menepuk dahinya beberapa kali. Dia tersenyum kecil, kasihan opahnya.

"Takde apa opah! Minta maaf! Zandra ni ha! Dia menjerit terkejut sebab air sejuk. Tak cuba dululah tu sebelum simbah! Sorry ya opah!"kata Raisha.

Raisha tertawa kecil apabila mendengar suara opahnya yang sedang ketawa.

"Oh ye ke! Takpelah kalau macam tu!"kata Zarina.

Raisha duduk di birai katil dan tertawa kecil. Dia berbisik di dalam hati 'Yup! That is my Zinc!'.

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

Ketika bersarapan, Raisha makan dengan cepat membuatkan yang lain hairan. Zandra pula tertanya-tanya mengapa Raisha memakai pakaian yang baginya terlalu seksi. Bukannya dia tidak pernah lihat Raisha berpakaian yang terbuka cuma kali ini aura Raisha itu sendiri berbeza.

LOST✔On viuen les histories. Descobreix ara