BAB 2

10.4K 266 5
                                    

"No! No mummy! Shah dah besar mummy. Shah boleh buat keputusan Shah sendiri." Shahmien membantah keras dengan keputusan yang diambil oleh mummynya, Datin Maria.

" Tapi ini semua permintaan daddy, Shah. Ayah kamu sendiri. Apa kamu nak jadi anak derhaka? Melawan cakap orang tua kamu." Datin Maria masih lagi dalam nada memujuk. Berharap agar dengan kelembutan yang digunakan mampu untuk mencairkan hati Shahmien, anak tunggalnya.

"Shah tak nak jadi anak derhaka mummy. Tapi shah juga ada masa depan Shah sendiri. Biarkan Shah tentukan masa depan Shah. Mummy dengan daddy tak ada hak nak paksa Shah." Kali ini Shahmien pula yang berlembut dengan mummynya. Berharap mummynya tidak mendesak dirinya lagi." Tolong mummy. Please, I cant' to do that. Kalau mummy nak Shah melutut di kaki mummy, Shah akan buat mummy. Shah boleh buat sekarang juga asalkan mummy tolak permintaan daddy." Shahmien melutut dihadapan mummynya. Apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dari Datin Maria, Shahmien menundukkan wajah untuk mencium kaki Datin Maria.

Sepantas kilat juga Datin maria mencegah tindakan anaknya.Dalam esakan, Datin Maria berusaha untuk membangunkan Shahmien."Please sayang jangan macam nih. Bangun nak bangun."

Shahmien masih lagi tidak mahu bangun sehingga mummynya tidak menolak permintaan dari daddynya, Dato' Ridzhuan.

"Bangun Shah!"Esakan Datin Maria kian deras."Kalau kamu sayang kan mummy, tolong bangun nak. Bangun la." Datin Maria bagaikan merintih kepada anak sendiri kerana tidak sanggup melihat anaknya dalam keadaan bergitu.

Akhirnya, perlahan-lahan Shahmien bangun dan berdiri tegak dihadapan mummynya.Pipi Datin Maria yang bercucuran dengan air mata disentuh lembut. Datin Maria pula mengusap lembut rambut milik Shahmien.

Masinag-masing mengharapkan kesefahaman antara satu sama lain. Datin Maria ingin sekali menunaikan permintaan sang suami. Namun dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu memaksa anaknya. Sedangkan Shahmien pula hanya mengiginkan masa depan yang diimpikan namun dia juga tidak sanggup untuk menghancurkan harapan kedua ibu bapa yang disanjunginya.

'Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan ya Allah? Aku tak sanggup untuk menghancurkan harapan kedua ibu bapaku, namun aku juga tidak sanggup menggadaikan masa depan ku ya Allah. Berilah daku pertunjuk ya Rahman.' Doa Shahmien dalam hati sambil matanya tidak lari dari memandang satu-satunya wanita kesayangannya itu.
******************************
"Shah, minggu depan mummy dengan daddy akan hantar rombongan meminang anak kepada kawan baik daddy untuk kamu."terngiang-ngiang lagi akan percakapan yang diluhkan oleh mummynya pagi tadi.Sehingga kini dia buntu untuk mengambil sebarang keputusan.

Shahmien meramas-ramas rambutnya sehingga menjadi kusut masai. Penampilan yang sering menjadi kepentingan buat dirinya tidak lagi dihiraukan. Kepalanya serabut memikirkan permasaalahan itu.

Beberapa minit kemudian, Shahmien mencapai kunci motosikal berkuasa tingginya dan terus menuju ke pintu utama.

" Kamu nak kemana tu Shahmien malam-malam buta macam nih?" Kedengaran suara garau milik Dato' Ridzhuan dari arah bertentangan.

"Daddy tak tidur lagi? Shah nak keluar kejap daddy. Nak jumpa kawan. Ada benda sikit nak kena setle."Jawab Shahmien dengan lembut dan sopan.

"Lewat malam macam nih? Penting sagat ke? Tak boleh tunggu besok saja?" Terpancar kerisauan di wajah Dato' Ridzhuan. Meskipun anak lelakinya telah dewasa, namun dia tetap kawatil dengan keselamatan Shahmien.

" Tak boleh daddy. Nak kena jumpa malam ni jugak. Esok kita orang dah tak boleh jumpa dah. Kawan Shah tu dah nak kena balik Johor. Nak tak nak, kena setle malam nih jugak lah. Kalau tidak, terpaksa tunggu tiga ke empat hari lagi baru boleh jumpa".masih lagi dalam nada yang sama.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now