"You don't like surprise, Zee?" sesekali Theresa menjeling ke arah aku. Mungkin dia nampak perubahan pada diri aku selepas membaca text daripada Tirah tadi.

"It depends. Tengok la what kind of surprise. Haha.."

"You don't look okay."

"I'm okay."

Theresa tidak membalas. Entah kenapa aku rasa Theresa sangat memahami aku. Mungkin sebab dia dah matang dan berpengalaman. Suasana dalam kereta menjadi sepi kembali. Aku dah naik bosan destinasi tak sampai-sampai lagi. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Theresa ni straight or bengkok? Kalau tengok sekali pandang, she looks straight and normal. Since dah kenal dia lama sikit, aku dapat sense dia dalam 'gaydar' aku. Dia bengkok ke? Should I ask? Hmmm...

"Hey Theresa.. Can I ask you something?"

"It depends. Kalau I boleh jawab, I jawab." Theresa tertawa kecil. Cis! Curi dialog aku. Hahaha.

Aku terperangkap antara nak tanya atau tak. Kalau tanya, aku takut dia kecil hati pulak sebab tanya soalan yang sensitif. Tapi, aku tengok gaya hidup dia ni, mesti dia seorang yang open minded. Maybe I should have just ask kan?

"Hmmm... Are you.. Hmm.." aku gagap. Takut pulak nak tanya.

"Tanya jelah, Zee. I'm cool with anything."

"Are you gay?"

Krik.. Krik.. Krik.. Theresa tidak menjawab. Dia memandu masuk ke satu simpang kemudian berhenti di depan sebuah bangunan. Dia matikan enjin lalu keluar dari kereta.

"Gay Bar????"

"Jangan nak buat terkejut pulak. Jom.." Theresa menarik tangan aku. Kami menghampiri pintu masuk bangunan itu tapi berhenti beberapa langkah kemudian, "You bukan underage kan?" soal Theresa lagi.

"I'm 22."

"Phew.. Nasib baik. I lupa nak tanya. Hahaha.. OK, let's go."

Seorang pengawal berdiri di depan pintu masuk. Badannya besar, ada tatu di lengan. Seram juga aku tengok tapi aku cuba 'act cool'. Taknak la nampak jakun sangat kan.. Hahaha.

"Oh heyy, Theresa. It's been awhile. Looking so pretty, babe."

"Hi Carl. Thanks. Hehe. I was so busy with works. How are you?"

WOW! Diorang dah macam kenal lama. Okay, aku dah bingung. What's going on here? Selepas mereka selesai berborak, Theresa bawa aku masuk ke dalam. Aku terkejut juga sebab suasana dalam bar tu tak macam dalam movie. Kat sini nampak lebih classy, orang-orangnya juga nampak kemas dan sopan. Sama seperti Theresa. Mungkin ini gay bar untuk golongan atasan. Woah! I'm so lucky! HAHAHA. Okay, macam jakun dah. Cool!

"Let's have a seat first then we'll talk about your question just now."

Seorang pelayan datang mendapatkan kami kemudian membawa ke satu tempat. Outdoor table. Ada taman mini di belakang bangunan ni. Walaupun malam, keindahan taman itu masih boleh kelihatan daripada cahaya lampu malap di sekeliling kawasannya. Aku dah rasa macam kat luar negara. Tak tahu pulak tempat macam ni wujud.

Selepas duduk di tempat masing-masing dan membuat pesanan, pelayan tadi pergi meninggalkan kami. Ada beberapa orang lagi di luar, sama seperti kami. Duduk, makan dan berborak.

"So... You nak tahu ke?"

Aku cepat-cepat mengangguk. Perasaan ingin tahu aku membuak-buak waktu itu. Aku nak tahu! Theresa ketawa melihat gelagatku. Aku dah tak peduli.

"But you have to promise me satu benda."

"OK! Anything!"

"Lepas I bagitau you, please don't treat me differently. Apa-apapun jawapan I, I'm still the same Theresa. OK?"

Kenapa dia cakap macam tu? Dia ada cancer ke? Hmm risau pulak. Aku hanya mengangguk.

"Promise me!"

"Yes! I promise."

Theresa merenungku manja. Dia nampak tenang tapi renungannya tu buat hati aku tak tenang.

"Zee..." Theresa menarik tanganku kemudian diusapnya perlahan. Aku hanya tersenyum tawar. "To be honest, yes. I am gay."

Aku terdiam seketika. Entah kenapa aku rasa happy dengar jawapan Theresa. Tapi aku masih tak faham kenapa dia cakap jangan layan dia berbeza lepas bagitau semua ni.

"But... I'm not who you think I am," sambung Theresa lagi. Aku dah berdebar-debar menunggu Theresa bagitahu semuanya. Aku tak tahu nak respond apa.

"What do you mean, Theresa?"

"I'm a transwoman."

BengkokWhere stories live. Discover now