PROLOG

9.1K 159 1
                                    

Andai kehilangan itu adalah suatu ujian dari-Nya,aku redha.Dan andai pula kehilangan ini digantikan dengan lembaran yang baru,aku percaya itu suratan.

Diari terus ditutup setelah bait ayat terakhir Airina tulis.Setiap satu memori,tidak mengira pahit atau manis pasti akan terbayang saat helaian diarinya itu dibuka.Dan tika itulah dia tidak akan lupa untuk menyematnya ke dalam nukilan dari hujung mata ball pennya.

"Rina,dah siap ke belum?Pengantin lelaki dah sampai tu."

Terjegul wajah Puan Zurina dari balik pintu.Saat matanya tertancap pada anak gadisnya yang sungguh menawan dalam persalinan gaun putih.Dengan wajah yang tercalit sedikit sentuhan warna.Begitu indah sekali.Dadanya tiba-tiba sebak.Tak menyangka anak gadis tunggalnya itu sudah dewasa.Sudah bersedia mempunyai keluarganya sendiri.Sebagai ibu kepada anaknya,terharu dan sebak benar-benar menyerbu jiwa.Dalam sisi lain pula dia senang.Senang melepaskan anak gadisnya kepada lelaki yang sangat baik.

"Cantik sangat anak mama.Tak sangka anak mama dah nak jadi isteri orang."

Airina memandang mamanya dengan rasa hiba.Sekejap saja lagi dia tidak lagi menjadi tanggungjawab papa dan mama.Dan sekejap lagi dirinya tidak sama lagi seperti dirinya yang dulu.Dia sudah ada keluarga sendiri,sudah ada tanggungjawab,sudah jarang boleh meluangkan masa bersama mama dan papa.Airina terasa sebak.

"Mama,Rina janji akan lawat mama selalu walau sesibuk mana pun nanti.Sebab Rina tak mampu tahan sehari pun tanpa tengok muka mama,muka papa.Dan Rina nak ucap terima kasih pada mama dan papa sebab dah besarkan anak yang degil macam Rina ni.I love you mama."

Airina mendapatkan mamanya.Tubuh mamanya dipeluk erat.Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi mamanya.Berat sungguh hatinya mahu berhenti memeluk.Dia takut rindukan mama bila jauh nanti.

"Airina sayang,janji pada mama awak akan balik selalu ke sini nanti.Mama tunggu.Dan nanti,jadi isteri yang baik ya sayang?Mama sayang Airina."

Airina tersenyum mendengar ucapan mamanya.Matanya tertancap pula pada Papa yang sudah tercegat di muka pintu.Kening papa dinaik turunkan.

"Lama betul drama anak beranak ni.Lagi lama dari drama telenovela mama yang pukul 3 petang tu.Dah lah,Puas dah orang dekat bawah tu tunggu.Pergilah turun cepat."

Mereka meletuskan tawa.Mama sempat menjeling sebelum mengiringi Airina ke ruang tamu.Papa menepuk bahu.Satu ciuman dihadiahkan pada ubun-ubun sebelum dia berlalu dan mengambil tempat di samping imam.

Semua mata tertancap pada pengantin perempuan.Masing-masing memuji betapa cantiknya Airina pada hari ini.Perlahan-lahan Airina turun tangga.Risau terpijak kainnya yang labuh dan terjatuh.Buat malu pula nanti.Sampai saja di tengah-tengah orang.Mata Airina tertancap pada lelaki berbaju melayu putih yang sudah sedia duduk di hadapan imam.Dadanya berdegup hebat.

Tak disangka oleh Airina,lelaki itu menoleh ke arahnya.Satu senyuman manis dari dia dilemparkan kepada Airina.Sekali lagi,dada Airina bagai mahu meletup.Kacak sungguh lelaki itu hari ni.Lambat-lambat dia membalas senyum.

Terdetik di benaknya.Lelaki yang akan menunaikan lafaz akad nikah di atas nama Aryan Airina sebentar lagi dan berjanji untuk menjaganya serta bertanggungjawab ke atasnya untuk seumur hidup adalah lelaki itu.

Ya,lelaki paling istimewa itu.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now