Chapter 14: Terbongkar

5.4K 334 9
                                    

EDITED

Cho Rong dan Tae Hyung masing-masing turun ke bawah untuk sarapan. Mereka yang berada dibawah memandang mereka berdua dengan senyuman jahat.

"Amboi! Lamanya. Buat apa tadi lama sangat? ", perli Ji Min. "Mandi lah. Takkan memasak pulak?", balas Tae Hyung.

"Eleh kau. Seol bagitahu kau nak buat anak tak kunci pintu ya? Bahaya ni.", perlian Nam Joon membuat mereka semua ketawa. Cho Rong pula semakin panas dengan gurauan Nam Joon itu.

Tae Hyung hanya sengih dengan gurauan mereka. Dia mendekati Seol yang sedang mendukung bayi perempuannya.

"Hello my daughter, Kim Tae Rin! Miss me?" soal Tae Hyung sambil mencium pipi anaknya dengan gemas.

Melihat kemesraan Tae Hyung dengan anaknya membuatkan perasaan Cho Rong ketika itu bercampur-baur.

Benci? Sayang? Marah? Sedih? Semua ada. Tae Hyung mengambil tempat disebelah Nam Joon diikuti Cho Rong duduk di sebelah Tae Hyung.

Mereka menjamah sarapan dengan senyap. Tae Rin diletakkan di buaian sambil meminum susu. "Harini, kita ada perjumpaan dengan Park Yoon Shik.", ujar Seok Jin.

Cho Rong tersedak apabila mendengar nama ayahnya disebut. Air dicapai lalu diteguk sehingga habis.

"Perlahan-lahan lah bila makan tu.", ujar Tae Hyung. " Kalian nak jumpa ayah!? Untuk apa!?", soal Cho Rong.

"Ssshhh! Perlahan sikit suara. Nanti Tae Rin bangun.", arah Nam Joon. Tae Hyung menggenggam jari-jemari Cho Rong supaya bertenang.

"Ayah kau ada 'urusan' yang belum selesai dengan kami.", ujar Seok Jin santai. Cho Rong memandang Seok Jin pelik.

"U— Urusan apa?", soalnya lagi."Ayah kau jumpa diorang ni untuk hapuskan kita berdua dulu.", jawab Tae Hyung.

Cho Rong memandang Tae Hyung tidak percaya. Hah? Masuk akalkah? Jadi memang ayahnya mahu membunuh dirinya juga? Alasan apa?

Dengan perasaan marah yang membuak-buak, Cho Rong bangun dan kembali ke biliknya. "Seol-ah, tolong tengokkan Cho Rong.", arah Yoon Gi.

Seol Hyun hanya menuruti arahan Yoon Gi lalu pergi. Setelah Seol Hyun pergi, mereka kembali dengan 'mesyuarat' tergendala tadi.

"Jadi rancangan malam ni?", soal Jung Kook sambil menyuap bijirin ke dalam mulutnya.

"Aku dah suruh Seol panggil kawan-kawan dia kesini. Jadi, kita tukar tempat dekat gudang lama kita. Tapi, plan asal still berjalan macam biasa.", ujar Seok Jin.

"Aku harap lelaki tak guna tu dapat pengajaran yang sepatutnya!"

🔪🔪🔪🔪🔪

Tepat 8 malam.

Sekarang, mereka berada di sebuah gudang lama. Beberapa minit kemudian, kereta mewah memasuki kawasan itu. Seorang lelaki yang agak berumur keluar dari perut kereta dan beberapa lelaki berpakaian hitam berdiri disekelilingnya.

Psycho [K.T.H]✔Where stories live. Discover now