Chapter 6: Hati

6K 443 20
                                    

[EDITED]

Cho Rong memandang ke arah Tae Hyung semula. Perlahan-lahan dia bangun agar tidak mengejutkan Tae Hyung yang sedang lena.

Setelah memastikan Tae Hyung tidak terjaga, dia mula berjalan turun ke bawah dengan kaki terencut-rencut(?).

Cho Rong menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Matanya kemudian tertancap pada 'benda' yang ada di atas meja.

" Apa ni? Macam ubat? Sakit ke? ", soal Cho Rong tertanya - tanya. Tangannya segera mencapai plastik putih itu.

Dia membaca tulisan pada plastik itu. Matanya membulat. " Dia.... mental? ", soalnya terkejut.

Tulisan pada plastik putih itu menunjukkan beberapa pil yang harus diambil. Apa yang mengejutkan lagi apabila plastik putih itu berasal dari hospital milik sahabat emaknya.

Jantungnya berdegup kencang. Tidak percaya lelaki yang nampak normal itu ternyata mempunyai masalah mental.

Tiba-tiba terasa seseorang berada di belakangnya. Tanpa rasa takut, dia segera menoleh ke belakang.

Siapa lagi kalau bukan Kim Tae Hyung? Bungkusan plastik itu terlepas daripada tangan Cho Rong. Mulutnya seakan terkunci.

" Apa yang kau buat tadi? ",  soal Tae Hyung tanpa ekspresi. Cho Rong menundukkan pandangannya daripada Tae Hyung.

" Aku tanya! Apa yang kau buat tadi?! Pekak ke?! ", marah Tae Hyung sambil menggenggam kuat pergelangan tangan Cho Rong.

" Agh! Sakit.. Tae Hyung, lepaslah. Sakit. ", rintih Cho Rong cuba merayu melepaskan tangannya dari genggaman Tae Hyung sendiri.

" Kalau taknak sakit, jawab pertanyaan aku! ", suara Tae Hyung mula mengendur. Genggaman terhadap tangan Cho Rong juga dilepaskan.

Cho Rong mengurut sedikit di pergelangannya yang sedikit kebiruan. " Kenapa ada ubat untuk pesakit mental? Dan kenapa pemilik ubat tu atas nama kau? Kau sakit ke? ", soal Cho Rong.

Tae Hyung terdiam seketika. " Kau tak perlu tahu semua tu. ", Tae Hyung cuba menafikan.

" Tae Hyung–sshi, kau— ", belum sempat Cho Rong menghabiskan kata-katanya, pipinya ditampar Tae Hyung.

" Aku tak gila! Aku tak gila lah! Arghh!! ", gertak Tae Hyung. Dia menekup mukanya dengan kedua tapak tangan. " Aku tak gila lah... ", rintihnya lagi.

Sekarang giliran Taehyung pula terduduk . Air mata jantannya keluar . T^T alolo . Kesiannya Taehyung kite niyy ..

Cho Rong cuba menghampiri Tae Hyung. Dia cuba melawan rasa takutnya. Dengan keberanian yang ada, dia memeluk Tae Hyung supaya reda. Dalan tidak sedar, Tae Hyung turut menbalas pelukannya.

" It's okay. Kau boleh menangis sampai puas. Aku pinjamkan bahu aku untuk kau. ", ujar Cho Rong lembut. Tae Hyung pun melepaskan segalanya dengan air mata.

15 minit berlalu.

Tae Hyung menarik nafas sedalamnya dan lepaskannya semula. Dia mengumpul tenaga setelah menangis tadi.

Dia melihat ke sisinya. Cho Rong terlena seketika. Tae Hyung perasan ada kesan tamparannya di pipi gadis itu. Pipi gadis itu dielus lembut.

" Cho Rong–ah, im so sorry for slapped you just now. Bukan niat aku nak tampar kau, tapi emosi aku tak dapat stabil. ", luah Tae Hyung.

" Aku sebenarnya tak sanggup perlakukan kau sebegini rupa. Hanya kerana dendam aku terhadap keluarga kau, kau yang menjadi korban. Aku rasa bersalah masa pukul kau sedangkan kau tak buat apa-apa kesalahan. ", ujarnya lagi.

Dia memandang tepat pada wajah Park Cho Rong. Dia meneliti wajah itu yang masih ada kesan lebam akibat perbuatannya. Tanpa dia sedar, matanya tertuju pada bibir Cho Rong tang sedikit pecah.

Perlahan-lahan dia merapatkan wajahnya dengan wajah Cho Rong. Matanya dipejamkan. 

CHU!

Bibirnya ditekap pada bibir Cho Rong. Cho Rong yang merasakan ada sentuhan pada bibirnya, perlahan-lahan dibuka kelopak matanya. Wajah Tae Hyung sangat dekat pada wajahnya.

Dirinya mula rasa segar daripada mengantuk apabila dia sedar 100% bahawa Tae Hyung sedang mencium dirinya. Mukanya mula kemerahan.

Tiada rasa untuk menolak mahupun membalas daripada perbuatan mengejut si Kim Tae Hyung.

Tae Hyung merasakan dirinya diperhatikan. Kelopak matanya dibuka dan dia terpandang tepat pada mata tunak Cho Rong.

Segera dia melepaskan ciumannya. Wajahnya mula kemerahan. Tangannya menggosok belakang tengkuknya untuk menghilangkan rasa berdebarnya tadi.

🔪🔪🔪🔪🔪

~BERSAMBUNG~

Psycho [K.T.H]✔Where stories live. Discover now