Chapter 12: Kejar

5.4K 411 30
                                    


EDITED

Di klinik, Tae Hyung menunggu bersama Seok Jin diluar sementara Cho Rong dirawat. Untung saja klinik ini milik sahabat rapat Seok Jin, jadi dia tidak perlu risau jika seseorang mengenali Cho Rong.

"Kim Tae Hyung?", panggil jururawat muda itu. Tae Hyung memandang Seok Jin sebelum masuk meninggalkan Seok Jin sendiri diluar.

"Haih. Apa lagi budak ni buat?", keluh Seok Jin. Bukannya dia kenal si Tae Hyung setahun dua, sudah lebih 7 tahun selepas kematian keluarga Tae Hyung sendiri.

Dia sendiri dengan rela hati untuk mengikuti Seok Jin. Haih. Pening. Pening.

Tae Hyung mengambil tempat dihadapan doktor  yang merawat Cho Rong. "Jadi macam mana, Su Ho hyung?", soal Tae Hyung.

Doktor atau lebih ramah dipanggil doktor Su Ho, sahabat rapat Kim Seok Jin, memandang tepat kearah Tae Hyung.

"Keadaan dia cukup lemah. Badannya kurang nutrisi. Kau tahu dia— mengandung? Kau suami dia ke?", soal Su Ho ragu-ragu.

Semasa dia memeriksa wanita itu, badannya ada lebam di serata tempat tubuhnya. Tae Hyung menelan air liurnya. " Err— ya, hyung. Aku suami dia dan aku tahu dia tengah mengandung anak aku. Kenapa? ", jawabnya dengan tenang.

Su Ho memandang Tae Hyung pelik tapi dibiarkan. "Kau tak jaga dia baik-baik ke? Kau dera anak orang mana ni? Dia dehydrated. ", ujar Su Ho.

Tae Hyung menelan air liurnya lagi. Vibe dari doktor Su Ho ni sebiji macam berjumpa Seok Jin pertama kali dulu.

"Aku bagi je.", tipu Tae Hyung. Mahu kena maki dengan doktor ni? Fuh, cukup bahaya! "Okey, kalau macam tu, aku nak kau bagi dia makan ubat ni dan suruh dia jangan buat kerja berat. Faham?", soal Su Ho. Tae Hyung mengangguk faham.

🔪🔪🔪🔪🔪

Setelah selesai, mereka bertiga kembali ke rumah. Tae Hyung mengangkat Cho Rong naik ke bilik lamanya dulu. Dia meletakkan perlahan-lahan tubuh Cho Rong agar dia tidak terjaga.

Selimut dibetulkan dan kedudukan bantal juga dibetulkan. Wajah pucat Cho Rong ditatap sayu. Pipinya dielus lembut.

"Cho Rong-ah, maafkan aku. Aku tak sedia nak kehilangan kau. ", seraya kata-kata Tae Hyung itu, air matanya perlahan mengalir.

Tapi, dia segera menghapuskan agar dia tidak kelihatan lemah. Dia bangun dan meninggalkan Cho Rong tertidur pulas di biliknya.

Dia kemudian turun ke bawah dengan langkah yang perlahan menuju ke ruang tamu. Yoon Gi dan Ho Seok yang baru selesai masak memandang Tae Hyung pelik.

"Tae Hyung-ah, kau okey tak ni?", soal Ho Seok prihatin. Tae Hyung duduk di sofa menghiraukan Ho Seok.

Nam Joon dan yang lain turut berkumpul di ruang tamu. "Mana Seol?", soal Yoon Gi. "Dia ada dekat atas. Katanya dia nak teman Cho Rong. Aku biarkan jelah.", jelas Nam Joon.

"Eh, mana Seok Jin-hyung? ", soal Tae Hyung apabila dia perasan tiada kelibatnya di ruang tamu itu.

"Dia nak keluarkan barang dari bonet kereta. Maklumlah, sekarang ada 'job'. Jadi, dia beli 'barang' dulu.", terang Ji min selamba.

Beberapa saat kemudian, Seok Jin masuk ke rumah bersama beberapa beg hitam lalu diletakkan di bawah tangga.

Dia kemudian mengikuti 'mesyuarat' itu. "Jadi, semua ada dekat sini, aku nak bagitahu yang aku nak balas dendam dekat keluarga tu tapi bukan dengan seorang diri. Aku perlukan bantuan korang.", rayu Tae Hyung.

"Sebelum tu, siapa ayah dia?", soal Jung Kook. "Dia anak Park Yoon Shik—", sebelum Tae Hyung menghabiskan ayatnya, Jung Kook kembali mencelah.

"Eh???? Tu bukan klien kita ke, Seok Jin-hyung? Park Yoon Shik, usahawan berjaya tu?", soal Jung Kook. Seok Jin hanya mengangguk mengiyakan.

Tae Hyung bingung. "Macam mana...?", Tae Hyung agak terpinga-pinga. "Beberapa minggu lepas ,Park Yoon Shik ada datang tempat ni. Katanya, dia perlukan kita untuk cari siapa penculik anak perempuan dia. Duit yang ditawarkan kurang lumayan. Tapi, dia tawarkan dengan harga yang tinggi lagi. Aku terimalah tawaran dia.", terang Seok Jin.

"Aku dengan Cho Rong hampir dibakar hidup-hidup oleh orang upahan lain. Tapi tulah, mereka cukup bodoh terus pergi sebelum pastikan dalam rumah tu ada kami berdua atau tidak.", jawab Tae Hyung angkuh.

"Aku rancang nak buat esok, tapi lepas aku dengar cerita kau, aku tukar fikiran. Kita akan tukar 'mangsa' kita. Park Yoon Shik, mangsa utama kita.", ujar Seok Jin sambil memberi senyuman menakutkan.

"Aku setuju dengan Seok Jin-hyung. Lelaki tak guna tu ingat kita ni perlahan ke? Ingat 'barang' tu sampai kawasan sini sekejap ke?", ujar Nam Joon tidak puas hati.

"Dia cuba main dengan api. Tapi, dia tak sedar api yang dia cuba main ni bukan api dapur masak. Tapi, api yang yang boleh membakar dia dalam 0.000001 saat.", sampuk Ho Seok.

"Kita akan selesaikan dia dalam masa 4 bulan sementara aku nak tunggu pembekal hantar 'barang' dekat kawasan sini. Kita kena rancang strategi dulu. Kitorang akan bantu kau balas dendam, Tae Hyung. Jangan risau.", ujar Yoon Gi.

Tae Hyung berasa terharu seketika apabila melihat sahabatnya sanggup membantunya untuk membalas dendam. Dia mula memasang tekad.

Tekadnya untuk menghapuskan lelaki tak guna tu dan cuba untuk hidup bahagia dengan keluarga baru, iaitu Cho Rong dan anaknya yang bakal lahir.

"Terima kasih, semua."

🔪🔪🔪🔪🔪

BERSAMBUNG

Psycho [K.T.H]✔Where stories live. Discover now