Chapter 8: Takdir

5.8K 409 28
                                    

EDITED

🔪🔪🔪🔪🔪

Di rumah Tae Hyung.

Setelah berjumpa dengan doktor tadi, Cho Rong hanya mendiamkan diri. Akhirnya, apa yang dirisaukannya selama ini akan tiba.

Sampai sahaja di rumah, dia meluru masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam. Cho Rong mula memberontak. Dia tidak mahu makan mahupun minum.

Tae Hyung sudah banyak kali memujuk wanita itu supaya tidak melakukan perkara yang bodoh. Dia ketepikan niat untuk menghancurkan keluarga wanita itu.

Apa yang dirisaukan sekarang adalah keadaan wanita serta kandungan di dalam perutnya.

" Cho Rong—ah, aku tahu kau lapar, dahaga. Marilah keluar. Kalau kau taknak keluar, aku letak dulang depan bilik kau.", ujar Tae Hyung cuba mengumpan Cho Rong keluar dari biliknya.

Namun hampa. Cho Rong yang berada di penghujung bilik hanya memeluk erat tubuhnya. Air matanya terus menerus gugur.

"Eomma. Appa. Jeongmal mianhaeyo. I'm not deserved to be your daughter. ", rintih Cho Rong.

Pintu masih belum dibuka. Tae Hyung akhirnya menyerah kalah. Dia turun ke bawah lalu mengambil kunci motosikalnya.

🔪🔪🔪🔪🔪


" Soo In—sshi, awak jangan risau. Saya akan cuba untuk uruskan kes perceraian awak. Esok ni kita jumpa? Okey, baiklah. "

Shin Hye melepaskan nafas berat. Semakin hari, semakin banyak kes yang harus dia uruskan.

Jam di pergelangan tangan dibelek. Jarum jam menunjukkan pukul 3:15 pm. " Beli barang dapur dululah. Alang-alang belum balik rumah. ", ujarnya sendirian.

Dia pergi ke pasaraya yang sering dikunjungi. Semasa Shin Hye sedang melihat barangan di rak bahagian bijirin, dengan tiba-tiba dirinya dilanggar seseorang.

" Hey! Tak reti tengok jalan ke hah? ", Shin Hye mula angin. Suka hati je langgar orang! Huh! Ingat ni pasaraya kau ke? Hormat sikitlah!

" Kau tu yang halang jalan aku. ", ujar figura itu lalu berlalu pergi. Shin Hye tercengang seketika.

Dia mengetap giginya. " Hish! Tak guna betul. Bukan nak minta maaf, tapi pergi macam tu je? Tak ada adab langsung! ", marah Shin Hye.

Tapi pergerakannya mula terhenti seketika apabila dia ternampak sesuatu di lantai. Mulanya, dia cuba mengabaikan 'itu'. Namun, dia terkedu seketika apabila 'itu' adalah...

sebutir peluru.

" What?! Peluru?? Ahhhh.. Lelaki ni mesti anggota polis. Mana ada orang bawak pistol dekat supermarket macam ni melainkan— ", Shin Hye terdiam.

Wajahnya mula pucat. Niat untuk membeli makanan ringan dilupakan. Segera dia menuju ke pintu keluar. Dalam hatinya mula berdoa agar dirinya selamat.

🔪🔪🔪🔪🔪

" Ughhh.. Laparnya. ", ujar Cho Rong. Perutnya dari tadi berbunyi. Sudah beberapa hari dia cuba untuk tidak bersemuka dengan Tae Hyung.

Namun, dia tersedar bahawa bukan dirinya yang patut dirisaukan tetapi kandungan yang ada dalam perutnya.

Dia memuka pintu perlahan-lahan dan mengintip jika Tae Hyung ada di sekitar. Cho Rong turun ke bawah sambil anak matanya meliar ke seluruh rumah.

" Okay. Rumah tengah kosong. ", ujar Cho Rong lega. Dia mula menuju ke dapur. Belum sempat dia membuka pintu peti sejuk, kepalanya mula terasa berpinar-pinar.

Kerusi di sebelahnya dipegang kuat. Badannya terus jatuh dan pengsan di situ.

Tae Hyung membuka pintu. Kedua tangannya agak penuh dengan beg plastik hitam yang berisi barang dapur.

Dia perasan pintu bilik Cho Rong di atas terbuka. "Oh?? Dia dah keluar dari bilik?? ", soalnya sendiri.

Tae Hyung memanggil nama Cho Rong berulang kali namun tiada jawapan. Dia melangkah ke dapur dan tergamam apabila melihat tubuh Cho Rong terbaring di lantai.

Segera dia mendekati tubuh itu. "Hey! Hey! Cho Rong–sshi! Bangunlah! Hey! ", arah Tae Hyung sambil menampar lembut pipi Cho Rong namun tubuh itu seolah-olah terkulai lesu.

Dengan sekuat tenaga, dia mengangkat Cho Rong ke biliknya.

🔪🔪🔪🔪🔪

Binokular dialihkan dari wajahnya. Seseorang sedang mengintip rumah Tae Hyung dari jauh. Kemudian, telefon di poket kanan seluar dicapai lalu mendail nombor seseorang.

Maafkan saya, tuan. Saya baru sahaja jumpa lokasi Park Cho Rong. Dia ada di sebuah rumah agam yang sedikit usang di Cheongdam-dong. [lelaki misteri]

Baiklah.  Uruskan dia. [tuan]

Tuan jangan risau. Anak gadis tuan tu saya takkan cederakan. [lelaki misteri]

Alang-alang kamu tamatkan riwayat dia, saya nak kamu tamatkan juga riwayat budak perempuan tu. [tuan]

Tapi kan tuan... Dia tu anak perem [lelaki misteri]

Jangan banyak tanya. Budak perempuan tu dah tak ada guna dengan aku lagi. Jadi, 'habiskan' hidup mereka berdua. Jangan lupa hapuskan bukti. Faham? [tuan]

Baiklah kalau begitu. [lelaki misteri]

Panggilan ditamatkan. Wajahnya keliru seketika. Namun, itu bukan urusannya. Dia telah menerima upah yang cukup lumayan, jadi dia terpaksa lakukannya.

" Maafkan saya, Cho Rong–sshi. Ini semua atas arahan ayah cik sendiri."


Panggilan dimatikan .

🔪🔪🔪🔪🔪


Cho Rong telah sedarkan diri. Dia menoleh ke kiri. Tangannya telah di pasang saluran IV. Dia menoleh ke kanan. Tae Hyung tertidur pulas sambil memegang tangan kanannya dengan erat.

' Kim Tae Hyung–sshi, aku tahu kau dah ambil semuanya dari aku. Kehidupan aku, Maruah aku. Tapi, aku tertanya. Kenapa hati aku cukup tenang bila kau ada disini dengan aku? Adakah aku telah berpaut dengan hati kau? Aku rasa aku dah mula sukakan kau. ',  monolog hatinya.

Tangan kirinya diletakkan di atas perutnya yang kempis. Matanya kembali tertutup. Sesaat kemudian, air matanya tumpah perlahan-lahan.

' Adakah aku cukup egois untuk menggugurkan kandungan dalam perut aku? Adakah aku layak untuk dipanggil seorang ibu? Anak ini bukan aku yang pinta. Sayang, maafkan mama. Mama bukan yang terbaik untuk kamu. Kamu juga tidak pantas untuk hidup di dunia yang cukup bahaya. ' , monolognya lagi.

Dia menarik nafas dalam lalu dihembuskannya semula. Air matanya masih mengalir. Dia menutup matanya rapat apabila terasa Tae Hyung terjaga.

Kasihan anak itu. Kehadirannya bukan disambut bahagia, tetapi disambut dengan kesedihan. Kesakitannya ditanggung oleh ibunya yang merupakan mangsa keadaan.

🔪🔪🔪🔪🔪

BERSAMBUNG

Psycho [K.T.H]✔Where stories live. Discover now