S P E C I A L P A R T ✨

587 40 1
                                    

Holla everyone! Your author is back 😹 First of all, ik im a bit late but..  HAPPY BIRTHDAY BRO!! (insert jin's voice) so ni adalah SPECIAL PART Kim Tae Hyung and Park Cho Rong life after married. Um by the way, this part maybe content 17+ . Enjoy! 😚✨

OUH AND THANK YOU FOR 100K! 🙏🏻

6 tahun kemudian..

Cho Rong membuatkan sarapan seperti biasa. "Soo Rin! Ji Kyung! Sarapan dah siap!", panggil Cho Rong. Kedua anak perempuannya turun setelah mandi dan menuju ke meja makan. "Yeay! Tak sabarnya nak pergi  lawatan ke Daegu! ", ujar Soo Rin gembira. Dia tidak sabar untuk pergi ke lawatan sekolahnya hingga tidak dapat tidur semalaman.

"Eomma! Ada tempat menarik tak dekat Daegu? Soo Rin curious la, eomma. ", tanya Soo Rin. Cho Rong mengambil tempat di hadapan Soo Rin dan mencedokkan nasi ke pinggan mereka. "Kalau pasal Daegu, baik kamu tanya appa. Dia lahir sana. Kampung asal dia pun dekat sana. ", balas Cho Rong.

"Tapi appa jarang ada dekat rumahlah. Sikit-sikit keluar. Balik pun lepas kami tidur.", ujar Soo Rin tidak puas hati. Bukannya dia tidak sedar yang appanya selalu pulang lewat. Dia makan dengan lahap agar tidak merosakkan mood gembiranya.

Cho Rong hanya tersenyum mendengar keluh anak sulungnya itu. Bukan Soo Rin seorang, malah dia juga agak kesal dengan Tae Hyung yang selalu pulang lewat malam. Mana dengan bau alkoholnya. Sejak dia kembali menjadi sebahagian mafia, dia kembali seperti dulu.

Risau jikalau penyakitnya kembali dan bakal menyakiti anak-anak mereka. Loceng rumah berbunyi. Cho Rong bangun dan bergegas membuka pintu. "Ouh, Seok Hoon rupanya. Masuklah dulu. Soo Rin tengah sarapan.", ajak Cho Rong.

"Terima kasih, eomma.", balas Seok Hoon ceria.

Itu Kim Seok Hoon, anak sulung Kim Seok Jin. Dia sahabat rapat Soo Rin. Jangan terkejut jika terdengar Seok Hoon memanggil Cho Rong dengan panggilan eomma kerana dia sering ke rumah mereka semasa Seok Jin dan isterinya keluar atas urusan. "Hey, Soo Rin-ah. Kau bawak apa je? ", soal Seok Hoon sambil memgambil sesuap roti yang ada ditangan Soo Rin. 

" Apa ni? Aduuu.. Aku bawak apa yang pentinglah. Kau ni pun. Sibuk! ", marah Soo Rin. Tae Hyung tiba-tiba muncul mengejutkan dua sahabat kecil itu. "Seok Hoon. Soo Rin. Kenapa marah-marah depan makanan ni? Soo Rin, habiskan sarapan kamu. Seok Hoon pun. Nanti uncle Ji Min yang datang hantar kamu berdua.", ujar Tae Hyung sekilas sebelum duduk di meja makan bersama. Cho Rong melihat suaminya pelik.

'Ni nak melenting semacam dah kenapa? Datang bulan ke? Aku yang marah ke dia yang nak marah ni? Ahh lantaklah.'

Beberapa minit kemudian, Ji Min tiba dan mengambil dua sahabat itu pergi ke sekolah untuk lawatan mereka. Ji Kyung turut dibawa Ji Min. Alasannya ingin masa tersendiri. Ji Min hanya tersengih. Tahu 'niat' sebenar sahabatnya yang satu itu. Kini, tinggallah Cho Rong dan Tae Hyung sendirian di rumah. Cho Rong kembali ke dapur untuk membersihkan apa yang patut. 

Tae Hyung menggigit tepi bibirnya. Dia berasa serba salah kerana kejadian beberapa hari ini. Bukannnya dia yang mahu. Ini semua arahan Seok Jin hyungnya. Nk honeymoon second time konon. Ingat dia sorang ada bini? Hmph! Dia menggaru tengkuknya yang tidak gatal. 'Nak jujur ke tak? Jujur ke tak? Kalau tak jujur, kena cerai pulak. Kalau jujur, merajuk pulak. Ishhh complicated betul lah perempuan ni. Hmmm.. nanti jelah aku pujuk.', gumamnya sendirian.

Psycho [K.T.H]✔Where stories live. Discover now