Chapter 13: Baby

5.7K 406 14
                                    

EDITED

Beberapa bulan kemudian, Cho Rong selamat melahirkan seorang anak perempuan di klinik milik Su Ho. Tapi, setelah dia melahirkan, Cho Rong sering bersendirian di bilik dan tak mahu di ganggu.

Anaknya pula diberikan kepada Seol Hyun untuk menjaganya. Itupun atas arahan Seok Jin apabila Tae Hyung berkata dia hampir membunuh bayi itu.

Cho Rong duduk diatas katil sambil memeluk lututnya.  Matanya membengkak akibat terlalu banyak menangis.

Sebenarnya, dia takut. Dia masih fikirkan keluarganya. Dia melahirkan anak yang bukan sah. Tae Hyung pula masih tidak mahu untuk menjalinkan perkahwinan dengannya.

Katanya, dia masih memerlukan masa. Lagipula, dia 'tidak sihat' dan bergantung dengan ubat penenang. Di menekup mukanya di antara lutut.


🔪🔪🔪🔪🔪


Seol Hyun ke hulur ke hilir sambil mendukung bayi kecil itu. "Tae Hyung-ah, kau nak bagi nama apa dekat budak kecil tu?", soal Ji Min.

Takkan nak panggil dia budak je setiap masa? Walaupun memang dia masih budak.

"Aku cadangkan nama dia Jung Kook! Mana tahu besar nanti dia jadi comel macam aku? ", Jung Kook memuji dirinya.

"Pernah rasa makan isi peluru tak?", perli Yoon Gi. Jung Kook mencebik bibirnya mendengar kata-kata Yoon Gi.

"Aku rasa aku nak bagi nama dia.. Kim Tae Rin. Nampak sesuai. Kalau letak Kim Tae Rong nanti jadi terung pulak bunyinya.", seloroh Tae Hyung.

Mereka semua ketawa mendengar gurauannya. "Boleh tahan juga. Kim Tae Rin. Tae Rin-ah, comelnya pipi ni.", ujar Seol Hyun sambil menyentuh pipi Tae Rin.

"Kalau nak ada anak, pergilah kahwin. Aku okay je kau nak kahwin dengan si Chan Yeol tu. Seok Jin hyung pun setuju je.", ujar Nam Joon selamba.

Seol Hyun melemparkan kasut runahnya ke wajah Nam Joon. "Amboi, bukan main kau, ya? Aku dengan dia kawan jelah. Kau tu. Chae Young kejar kau, kau taknak. Acah popular. Puih! ", bidas Seol Hyun.

"Eh mulut longkang kau ni kan—"

"Adik-adikku sayang, jangan bergaduh. Aku tembak nanti.", ugut Seok Jin sambil mengisi isi peluru di pistol miliknya.

Seol Hyun dan Nam Joon masing-masing mendiamkan diri. "Senyap pun akhirnya dua ketul ni.", ujar Ho Seok.

Hampir pekak telinganya apabila mendengar hampir setiap hari nereka bertekak.

"Ouh ya. Esok, Park Yoon Shik akan datang ke sini untuk selesaikan masalah untuk terakhir kalinya dengan kita.", ujar Seok Jin serius.

"Jadi, Cho Rong..?", soal Tae Hyung. Rasa takut juga jika Cho Rong dan ayahnya akan berjumpa setelah kejadian beberapa bulan yang lalu.

"Tentang tu jangan risau. Seol akan jaga dia dengan Irene, Sae Mi dan Chae Young. Buat sementara waktu, Cho Rong akan tinggal di rumah Irene. Jadi, Park Yoon Shik takkan tahu anak dia ada disini.", terang Seok Jin panjang lebar.

Dia sudah pun berbincang dengan Irene tentang ini. Memandangkan Irene wanita yang boleh dipercayai Seok Jin, dia menitipkan Cho Rong serta adik perempuannya bersama.

"Dan kau, Tae Hyung. Aku nak kau ikut sekali. Jangan risau. Dia takkan kenal kau. Aku ada bagitahu dulu yang ahli aku pergi luar negara atas urusan kerja. Jadi, aku nak korang ikut strategi yang kita pernah susun.", arah Seok Jin.

Mereka semua mengangguk faham. "Kemaskan peralatan korang. Pastikan semua mencukupi. Kita ada kerja yang perlu diselesaikan esok malam."

🔪🔪🔪🔪🔪

Keesokan harinya, Cho Rong menggeliat di atas katil. Dia melihat jam di atas meja.

8:38a.m.

Dia memandang ke siling rumah. Ada pelekat bintang. Dia tersenyum seketika. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu disebalik selimut. Dia menoleh.

Matanya membulat apabila kedudukan wajah Tae Hyung betul-betul dekat dengannya. Wajahnya ditilik. Dari dahi hingga ke bibir. Tangan Tae Hyung yang melingkari tubuh Cho Rong semakin terasa ditarik.

Mata Tae Hyung celik. "Puas kau tengok muka aku?",

" Hensem gak walaupun dalam keadaan kau tidur kan ?? ", kata Chorong perlahan lahan . Tiba tiba , pinggangnya terasa di tarik Taehyung . Chorong berhenti mengelus muka Taehyung .

" Sayang , dh puas ke tilik muka aku ni ?? ", perkataan sayang terpacul keluar dri mulut Taehyung .

Muka Chorong agak kemerahan akibat menahan malu . Taehyung membuka matanya . Pandangan mata Taehyung dengan pandangan mata Chorong bertaut lama .

Taehyung bergerak sedikit . Dan hampirkan bibirnya dengan bibir Chorong . Semakin dekat .. semakin dekat ... dann ...

" Annyeonghaseyo , Chorong uuuuunnnnnnnnnn ... Erk , mianhae , salah masa . "

seorang gadis tadi cepat cepat menutup pintu . Muka Chorong bertambah kemerahan .

Dia lantas bangun dan pergi ke bilik air . Taehyung hanya ketawa kecil melihat muka Chorong tadi .

•••• bersambung ••••

Okey . Saya tahu ff ni semakin bored dan hambar . Maybe part lepasni , part akhir . Idea kekeringannnn ...

Psycho [K.T.H]✔Where stories live. Discover now