Chapter 2: Nafsu

8.2K 538 15
                                    

E D I T E D

Cho Rong mencelikkan matanya apabila terasa sesuatu cahaya menusuk matanya. Penglihatan yang kabur melambatkan proses Cho Rong melihat sekeliling.

Apabila semakin jelas, dia mula takut. Dia cuba bangun tapi tangannya digari di tiang katil dan kakinya diikat kemas dan ketat. Dia mula meronta meminta pertolongan.

Dia melihat sekelilingnya semula. Seperti sebuah bilik tidur. Tapi, mengapa keadaannya sangat berantakan? Dia semakin takut. Ini rupanya sebab mengapa keluarganya tidak membenarkan dia keluar dari rumah selain paparazzi.

Dia mula menangis. " Eomma! Appa! Mianhaeyo. Cho Rong salah. Tolonglah Cho Rong! Cho Rong takut! ", ujarnya sambil menangis. Dia tidak dapat memikirkan sesuatu.

Ketika Cho Rong menangis, pintu biliknya dibuka dari luar. Seorang lelaki bertopeng masuk bersama sebuah plastik hitam. Fikirannya mula teruk.

Lelaki bertopeng itu berjalan menuju ke arah Cho Rong. Dia duduk mencangkung dihadapan gadis itu.

"Lepaskan aku! ", jerit Cho Rong. Lelaki itu seakan terkejut apabila gadis itu sudah sedar. " Baby kita dah bangun ke? Baguslah. ", ujar lelaki itu selamba.

" Siapa kau? Apa kau nak dari aku? Kenapa kau culik aku? Apa salah aku? ", soal Cho Rong bertubi-tubi. Dia cuba beranikan diri.

Lelaki itu gelak secara tiba-tiba. Cho Rong pelik. ' Gila ke apa tetiba gelak?', monolong Cho Rong. Dia berhenti gelak dan memandang Cho Rong tajam.

" Eh! Kau tanya aku sape?! Kenapa kau tak tanya dekat bapak tua kau tu je?! ", gertak Tae Hyung sambil menunjal-nunjal kepala Cho Rong.

" Eh kau! Jangan sentuh aku lah! Kau siapa nak tunjal kepala aku?! ", marah Cho Rong semula. Suka hati mak bapak dia je nak tolak kepala aku ni!

Tangan Tae Hyung mencengkam rahang Cho Rong. Wajahnya kini menghadap Tae Hyung. " Nak tahu kenapa aku culik kau? Aku culik kau sebab... ORANG TUA KAU DAH MUSNAHKAN HIDUP AKU! BIAR AKU MUSNAHKAN HIDUP ANAK DIORANG PULAK!! HAHAHAHAHAHA!!! ", ujar Tae Hyung sambil gelak jahat.

Mata Cho Rong membulat. Dia cuba melepaskan cengkaman Tae Hyung. Akhirnya, dia ditampar kuat oleh Tae Hyung menyebabkan pipinya terasa kebas dan terbaring mengiring.

Cho Rong yang seakan lemah itu hanya mampu menahan sakit. Tae Hyung mengusap kepala Cho Rong. " Sayang, saya taknak sakiti awak. Tapi, awak buat saya macam ni. ", ujarnya lembut.

Dia bangun dan kembali bersama beg plastik tadi. Dia letakkan dihadapan wajah Cho Rong. " Saya belikan makanan dan minuman untuk awak. Awak makan eh? ", soal Tae Hyung lembut.

Cho Rong menggeleng perlahan. Tae Hyung berang dengan jawapan Cho Rong segera dia menyuapkan makanan di mulut Cho Rong secara ganas. Air pula dituang di atas muka Cho Rong.

" Aku buat baik, kau balas macam ni kan?! Tak guna punya perempuan! ", marah Tae Hyung.

Dia bangun dan menuju ke pintu. " Kau tidur! Jangan berani nak buat apa-apa kalau taknak mati awal! ", Tae Hyung memberi amaran sebelum dia keluar lalu mengunci pintu bilik itu.

Cho Rong yang berada di dalam hanya mampu mengeluarkan air matanya. Dia menyesal kerana keluar dari rumah. Dia menyesal menyuruh Han Mi pergi membelinya aiskrim. Dia menyesal kerana melanggar arahan keluarganya. Akhirnya, dia terlelap dengan air matanya.

🔪🔪🔪🔪🔪

Puan Park duduk di rumah memikirkan keadaan anaknya yang entah dimana. Encik Park pula keluar bermain golf seolah-olah tiada apa yang berlaku. "Ya Tuhan, mana anak aku?", ujar Puan Park lemah.

Sudah seharian dia menangis memikirkan anaknya yang hilang. Kereta Encik Park masuk ke kawasan rumah agam itu. Dia masuk bersama beg golf dibahu.

" Abang! Kenapa abang macam tak kesah anak kita hilang?", marah Puan Park. "Awak ingat saya ni tak sayang anak ke? Saya keluar nak jumpa kawan-kawan. Mana tahu mereka nampak anak kita. ", Encik Park mempertahankan dirinya.

" Tak habis-habis! ", gertak Puan Park sebelum naik ke bilik. Encik Park hanya menaikkan bahunya sebelum menonton televisyen.

🔪🔪🔪🔪🔪

Cahaya matahari yang terang membuatkan Cho Rong mencelikkan matanya. Dia melihat tangannya sedikit kemerahan akibat meronta.

Kedengaran pintu cuba dibuka dari luar. Wajah Tae Hyung tersembul di balik pintu itu. " Selamat pagi, sayang. Indah tak mimpi tadi? ", soal Tae Hyung sambil menghampiri Cho Rong.

Cho Rong mengesot ke belakang sedikit demi sedikit sehingga terlanggar dinding. Wajah Tae Hyung agak seram walaupun dia senyum.

" Sayang, saya nak keluar dulu. Ada hal. Jangan buat perkara bodoh ye? Kalau tak.. ", kata-kata Tae Hyung tergantung seketika. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam jaket hitam miliknya.

" Kalau tak, 'anak' dalam ni akan keluar dan tembus dalam kepala sayang. ", sambung Tae Hyung sambil mengacukan pistol di kepala Cho Rong.

Mahu tak mahu, Cho Rong mengangguk. Tae Hyung memasukkan semula pistol itu ke dalam jaketnya dan keluar dari bilik lalu mengunci seperti semalam.

🔪🔪🔪🔪🔪


Pada masa yang sama, Encik Park mula mengarahkan anak buahnya mencari Cho Rong. " Cari anak aku sampai dapat. Kalau boleh, bawa sekali penculik tu! Hidup-hidup! Faham? ", arah Encik Park. " Faham tuan! ", jawab mereka serentak lalu pergi dari situ.

Puan Park keluar dari bilik bersama beg tangan mewahnya. " Abang, saya nak ke spa, ya? Ada hal dengan kawan-kawan. ", ujar Puan Park. Dia mengambil kunci kereta kemudian pergi dari situ.

🔪🔪🔪🔪🔪

BERSAMBUNG

Psycho [K.T.H]✔Where stories live. Discover now