"You what?" Theresa masih menanti jawapan daripada aku. Matanya yang menawan itu manja merenung aku yang sudah menggelabah. Aku rasa seram sejuk...

"Hi guys..."

Tirah tiba-tiba muncul. Aku tengok Kesha dan May nampak terkejut dengan ketangkasan Tirah berlari ke tempat aku dan Theresa sedang bersantai.

"Ehh.. Hi Tirah. Just now I saw you kat dalam air tadi.. So fast!"

"Yea, tadi macam nampak ikan jerung. Tu yang lari laju keluar dari air." Tirah melemparkan senyuman tawar dan bermakna kepada Theresa.

"Jerung?? Are you sure? You better panggil Kesha dan May keluar juga!" Theresa tangkas berdiri.

"You panggil diorang. I nak pergi makan," Tirah menarik aku bangun lalu membawa aku ke tempat Shane dan Fiona yang sedang sibuk memanggang sayap ayam. Tirah sempat menjeling ke arah aku. Mampus lah.

Aku nampak Theresa merenung gelagat aku dan Tirah dari jauh. Sejurus aku tiba di tempat memanggang, Theresa berjalan menuju ke tempat Kesha dan May. Dia lucutkan selendang di pinggangnya. Kini hanya bikini sahaja yang ada di badannya. Mata aku tak berkelip, terpegun dengan bentuk badan Theresa yang cantik. Damn! Look at those curves. Aku meneguk air liur perlahan.

"Nak mampus awal?"

Satu cubitan yang sangat pedih hinggap di lenganku. Aku mengaduh kesakitan. Rupa-rupanya Tirah nampak aku sedang mencuci mata tak berkelip. Aku menggosok-gosok bekas cubitan tadi. Aku tak berani nak menjawab. Nanti ada yang tidur kat luar lagi. Cukuplah sekali. Huhu..

Fiona dan Shane hanya ketawa melihat gelagat kami. Aku tak sangka Tirah jenis yang kuat cemburu. Dia nampak cool je time couple dengan Eman. Hmm..

"Bagi lagi, Tirah. Zee usha Theresa lagi tu.." hasut Fiona. Dia nampak terhibur melihat aku dalam kesakitan. Dia memang selalu begitu. Dah masak sangat dengan perangainya.

"OIII.. Manada-"

*PINCH*

"ADOIHH!!!" belum sempat aku menghabiskan ayat, satu cubitan lagi hinggap di tempat yang sama tapi kini lebih pedas.

"Usha lah.. USHA!!!"

"Aduhh Tirah.. Manada aku usha..." aku menggosok-gosok bekas cubitan tu. Aku nampak kulit aku dah lebam. Kalau kena cubit lagi sekali, confirm koyak kulit ni. Then boleh lah masak atas pemanggang. Makan ramai-ramai. Hmm.. Ok, aku merepek je. Aku tengah geram ok!

"Are you okay, Zee? Dah lebam teruk tu." soal Shane. Dia melihat lenganku lalu mengenakan sebungkus beg plastic kecil berisi ais ke atas lebam tadi.

"Err.. Thank you, Shane." aku tergamam sikit dengan tindakan Shane. Walaupun dia ikut gelak tapi dia masih risaukan keadaan aku. I wish my girlfriend like him! Huhh.. Aku jeling sikit kat Tirah. Sikit je, tak lebih-lebih tau.

"Apa jeling-jeling? Nak kena cubit lagi?" balas Tirah.

Walaupun dia kecil daripada aku, aku tetap takut dengan dia. Aku akan tunduk dengan semua permintaan dia dan kalau boleh, aku akan tunaikan apa saja kehendaknya. Aku tak tahu kenapa. Adakah kerana aku sayangkan dia atau aku memang jenis 'Pak Turut'? Aku tak menjawab, aku cuma menggeleng ketakutan.

Sedang kami sibuk berborak, seorang lelaki menghampiri kami. Aku orang pertama yang nampak lelaki itu. Semakin dia hampir, semakin berapi aku rasa. Muka yang aku benci sangat-sangat. Tirah tak perasan sebab lelaki itu datang dari arah belakangnya. Aku yakin Fiona juga sedang melihat gelagat lelaki itu. Aku dan Fiona berpandangan antara satu sama lain. Tirah pelik melihat kami.

"Sorry ganggu...." tegur lelaki itu. Aku nampak dia tersenyum sinis.

"What do you want, dickhead?" aku berdiri lalu menarik Tirah jauh dari lelaki itu. Tirah berdiri belakang aku.

It's Eman, bekas kekasih Tirah yang sudah beristeri. Kini dia kembali depan mata. Takkan dia nak dapatkan Tirah semula? Dia tak reti bahasa ke?

"Woahh.. Rilek ler, bro." Eman ketawa. "Aku datang bukan nak cari gaduh."

"Jadi kau nak apa kat sini?" soalku.

"You guys know each other?" Tiba-tiba Theresa muncul. Kami semua memandang Theresa kemudian beralih ke Eman. Masing-masing bingung.

"Yea, some old friends."jeling Eman. Aku dah panas tengok muka Eman yang dari tadi buat muka bodoh sombong. Aku rasa nak sepak je.

"I see... Anyway, I'm sorry if kehadiran Eman buat you all tak selesa. Dia datang just nak hantar barang." Theresa cuba mengurangkan tegangan antara kami lalu menghampiri Eman dan membawanya pergi dari tempat kami. Theresa nampak tenang sahaja.

Aku terkejut tak mampu berkata apa-apa. Apakah hubungan mereka? Aku nampak mereka berborak tidak jauh dari kami. Di sebelah sebuah kereta hitam yang diparkir di tepi jalan. Eman memberikan sesuatu pada Theresa. Tidak lama kemudian, mereka bersalaman lalu Eman pun memandu pergi dari kawasan ini. Theresa kembali ke tempat kami. Nampak dia basah-basah macam tu, buat aku rasa sejuk terus. Hati yang panas pun boleh jadi berbunga-bunga. Dugaan dugaan.....

"Zee, that guy is our business partner for our upcoming project. So, be good to him okay." Theresa senyum pada aku sambil menepuk lembut bahuku.

Mampuslah......

BengkokWhere stories live. Discover now