"Jom kita keluar cari Fiona," ajak Tirah. Aku dan Kesha berpandangan. Hari ini tiada kelas kerana hari Sabtu. Okay jugak cadangan Tirah. Kami setuju. Sejurus selepas selesai sarapan pagi, kami pun bersiap-siap untuk keluar. Tetapi aku masih gelisah. Tempat ni besar, kat mana nak cari dia? Macam mana kalau tak jumpa? What if something bad happened to her? Aduhai, kenapa aku fikir bukan-bukan ni?

"Zee, don't worry okay. I'm sure Fiona will be okay."

Tirah peluk aku dari belakang. Dia tahu aku suka dipeluk bila aku dilanda kegusaran. Aku jadi lebih tenang begitu.

"Thank you, Tirah" aku pusing ke arah Tirah dan memeluknya ketat-ketat, "aku dah lama kenal Fiona. Kalau benda buruk jadi kat dia, aku tak boleh maafkan diri aku sendiri. She's a good friend."

"Hush hush.. Jom keluar sayang. Kita cari Fiona sampai dapat okay!" Tirah cium pipiku kemudian menarik tanganku keluar dari bilik. Saat pintu bilik dibuka, aku nampak Kesha berdiri di ruang tamu, bersama Fiona dan seorang yang tak dikenali kerana aku hanya dapat melihatnya dari belakang.

"Fiona??? Where have you been?" soalku pantas sejurus melihat wajahnya terpampang depan mata. Fiona terduduk di atas sofa dan kaki kirinya berbalut.

"Keluar kejap pergi pasar. Apasal? Korang nak pergi mana ni siap-siap nak keluar?"

"Laaa.. Yeke? Apasal tak bagitau kami? Risau lah." aku berjalan ke ruang tamu untuk mendapatkan imej orang asing itu lebih jelas. "Eh Shane?"

"Hai, Zee." Shane tersenyum menunjukkan giginya yang tersusun rapi. Hari ni Shane kelihatan berbeza daripada semalam. Mungkin sebab dia dah shave jambang yang tak berapa kemas tu. Dia nampak lebih feminin tanpa jambangnya.

Aku membalas senyuman Shane, "Hai Shane.. So you and Fiona...?" aku masih tertanya-tanya bagaimana Shane end up dalam rumah kami bersama Fiona.

"I met her kat pasar tadi. Tengah grocery shopping jugak. Time nak balik tadi, I saw her kat tepi jalan. She sprained her ankle while nak jalan balik. I dah bawa dia-"

"It's okay, Shane. You tak payah nak explain panjang. Nanti I cerita la kat diorang." balas Fiona kasar.

Shane hanya senyum dan mengangguk. Kalau aku mungkin dah blah. Dah tolong tapi nak buat garang. Namun, Shane nampak tenang sahaja. Dia seperti sudah biasa. Adakah kerana dia seorang waiter di sebuah restauran so dah masak dengan perangai orang yang berbeza-beza? Just saying.. haha.

"Wow.. You don't have to be so cold, Fiona. Shane dah tolong kau kot," kata Kesha. "Kalau dia tak ada tadi, entah macam mana keadaan kau sekarang."

Shane ketawa kecil. "It's okay. I faham. So, I'll be leaving now. If you need anything, just contact me okay Fiona. I dah save number I kat phone you time you jumpa doktor tadi." Shane melemparkan senyuman yang manis ke arah Fiona.

"Ehh waittt..." Tirah menghalang, "Since Shane is here, baik kita bagitau je keputusan meeting kita semalam." 

Betul juga kata Tirah. Kenapa aku tak terfikir langsung?

"Keputusan apa?" soal Shane.

"Welcome to your humble home, new housemate!" Tirah, Kesha dan aku serentak berkata. Nampak sweet sikit. Haha.. Fiona hanya bermasam muka. Ahh! Yang penting semalam dia dah iya kan.

"Seriously guys?" terukir kegembiraan di wajah Shane. Dia seperti sangat berharap dapat tinggal serumah dengan kami. Adakah kerana Fiona?? Atau kerana kami a bunch of open minded people?

"Yups, you can start moving in anytime Shane," balasku.

"Hari ni jugak I pack my stuff! HAHAHAHA." Shane terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretanya. Melambai sedikit dan terus pandu keluar dari pekarangan rumah kami.

"Wow, cepatnya." Kami tergelak dengan telatah Shane. Tak sangka orangnya macam tu. Dia nampak cool dan calm person. Nampak perangai dia macam tu tadi, terus tarik balik sangkaan itu.

Apabila suasana menjadi tenang semula, aku bertanya, "So Fiona... What's the story?"

"I just sprained my ankle and she took me to the clinic then hantar aku balik. That's all," jawabnya ringkas.

"HE.. Shane is a he," sampuk Kesha.

"She will always be a she for me...." Fiona cuba bangun dari sofa tapi dia terduduk semula. Kecederaan pada kaki kirinya membataskan pergerakkannya. Tirah cepat-cepat membantu Fiona untuk bangun. "Thank you, Tirah. Aku nak baring jap kat bilik."

***

Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Fiona masih berkurung dalam bilik. Aku, Kesha dan Tirah terbongkang di ruang tamu layan wayang hindustan, Dilwale. Aku tengok Shah Rukh Khan ni makin tua makin handsome. Untung dapat genetic Shah Rukh Khan ni. Badan pun masih berketul. I wish I have a body like that. I WISH okay so takkan dapat punya. Huhu.

Tidak lama kemudian, pintu rumah diketuk. Itu mesti Shane sebab aku dengar bunyi kereta masuk parkir ke dalam pekarangan rumah kami. Aku bingkas bangun lalu membuka pintu depan. Aku terkejut. Seorang lelaki tidak dikenali berdiri di depanku.

"Yes? Nak cari siapa?" soalku pantas.

"Kesha ada?"

Saat Kesha terdengar namanya diseru, dia cepat-cepat berjalan ke pintu depan.

"Mark??? Apa lagi kau nak? Aku dah ikut semua yang kau nak kan?!"

Suasana menjadi tegang.

BengkokWhere stories live. Discover now