Bab 2

17.1K 238 17
                                    



Keinginan. Jatuh cinta. Alam percintaan. Banyak benda bermain dalam fikiran aku. Bagaimana rasanya hidup berpasangan? Aku dah puas jatuh cinta tapi tak pernah bercinta. Mungkin aku akan ditakdirkan hidup sendirian sampai mati. Kenapa aku tak miliki perasaan yang normal seperti perempuan-perempuan lain? Kenapa hati aku tak dapat menerima cinta daripada seorang lelaki? Kata orang, belum ada jodoh. Tapi ada ke jodoh untuk aku? Aku serahkan pada Tuhan.

Dear God, please write me a romantic & normal love story.

Fiona menggoyangkan bahuku. Aku sedar daripada lamunan. Ternyata aku sudah jauh hanyut ke alam imaginasi. Kelas dah tamat. Sepatah haram pun aku tak dengar tadi. Nota daripada Fiona menjadi penyelamat sewaktu ada test atau kuiz.

"Ko nie tak habis-habis berangan kan," Fiona mengemas barang-barangnya. Bersiap untuk ke kelas seterusnya. Aku hanya membalas Fiona dengan seukir senyuman.

Fiona. Dia cantik dan pandai. Rambutnya hitam pekat panjang aras bahu. Aku dikira bertuah menjadi teman rapatnya kerana ramai lelaki yang ingin berada di tempatku. Sejak Fiona putus dengan kekasihnya setahun lalu, dia sudah malas untuk hidup berpasangan. Dia lebih suka hidup single dan ditemani kawan rapatnya. Kesha, Tirah dan aku. Disebabkan aku berkawan rapat dengan Fiona, dia juga dicop sebagai lesbian. Tetapi dia tak pernah ambil peduli. Nak tutup mulut semua orang susah, jadi terpaksalah redha sahaja.

Kami berjalan ke kelas yang sebaris dengan yang tadi. Kelas dengar lecture. Aku tak suka dengar lecture. Aku nak belajar seni tetapi ayah aku tak setuju. Menurutnya, lepas habis belajar nak jadi apa? Pelukis tepi jalan? Aku masih ingat setiap perkataan yang keluar daripada mulut ayah. Sejak hari itu, aku terpaksa akur. Kini aku belajar kursus Business & Management. Kemahuan ayahku. Sekarang dah semester 4. Walaupun tak suka, aku mesti lulus juga. Jaga hati ayah.

"Duduk kat tingkap sket, Fiona."

"Hmm.. taknak ah," balas Fiona, lalu menarik aku duduk di baris hadapan. Adoii. Depan sangat nie. Aku menarik muka masam. Aku tahu, Fiona. Ini untuk kebaikan aku juga, kan?

"Ko pun nak kenakan aku juga ke, Fiona?"

"Hellooo.. you should thank me. Baru la boleh focus study!"

Aku hanya mampu mengeluh. Mungkin ada hikmah nie nanti. Kita kenalah sentiasa positif. Tak lama selepas itu, lecturer pun masuk. Seorang pelajar mengekorinya. Aku tak pernah nampak student tue. Siapa agaknya?

"Hai. Boleh panggil saye May."

May. Tak banyak aku tahu pasal dia. Baru jumpa. Luaran nampak baik. Kulit gebu putih melepak. Chinese, I think. Rambutnya terikat rapi kebelakang. Mempamerkan dahinya yang luas. Cermin mata yang berbingkai tebal cocok dengan raut wajahnya yang runcing. Pendek kata, she's fine.

Selepas memperkenalkan diri, May mencari tempat untuk duduk. Tuah menyebelahi aku, dia langsung melabuhkan punggung di kerusi sebelahku. Kami berbalas senyuman. Sejujurnya, I'm not good with strangers. Aku susah nak berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali. Mungkin sebab itu juga aku tak memiliki ramai kawan.

"Zee, pegi la kenal-kenal. She's cute," Fiona menyiku aku sambil mengenyitkan matanya. Aku harap May tak dengar dan nampak. Aku mencuri sekilas pandang. Dia tekun membelek buku sambil menyalin beberapa nota daripada lecturer.

* * *

Aku, Fiona, Kesha dan Tirah duduk berkumpul di sebuah pondok sekitar kolej. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2 petang. Kelas aku dan Fiona dah habis untuk hari itu. Kesha dan Tirah belajar kursus lain, maka kelas juga lain-lain. Tetapi kami tinggal di rumah sewa yang sama. Itulah membuatkan kami akrab.

"Zee..." Tirah memecahkan kesunyian. Aku mengalihkan pandangan. Dari tadi aku asyik termenung jauh. Sunyi atau aku yang hilang sebentar?

"Yes, Tirah?"

"Fikir apa?"

"Nothing much. Why?"

"Aku tengok ko nie selalu lost. Ada masalah ke?"

Aku diam sebentar. Lost? Yea, aku sedar. Kini aku semakin kerap hilang dalam kepala sendiri. Jasad ada tapi fikiran dah jauh melayang entah ke mana. Tapi aku tak tahu pula kronik sampai kawan-kawan pun perasan.

"Confim dia lost contact dengan kite lagi!" Kesha bersuara setelah selang seminit. Aku tersentak. Sedar daripada lamunan.

"Eh, manade masalah. Aku ok. Jangan risau k," aku tersengih-sengih, menggaru kepala yang tidak gatal. Aku bersyukur dapat kawan yang caring macam mangkuk-mangkuk nie. Walaupun selalu kenakan aku, mereka sentiasa ada. Susah dan senang.

Tirah. Gadis molek berambut perang. Warna original katanya. Rambutnya ikal paras dada. Dia dah berpunya, milik seorang lelaki bergelar anak Dato. Tirah pendiam orangnya, tak banyak cakap. Dia lebih selesa menjadi pendengar daripada berucap. Dia sangat baik dengan semua orang. Saat pertama aku mengenali Tirah, dia selalu ambil berat tentang aku. Aku demam, dia belikan ubat. Aku sangkakan dia menaruh hati pada aku tetapi ternyata aku silap. Kesha memberitahu yang Tirah memang sangat mengambil berat tentang rakan-rakannya. Tirah sekelas dengan Kesha.

"Zee, tue May, kan?" Fiona memuncungkan bibirnya ke satu arah. Kami berpaling. Kelihatan May sedang membaca buku seorang diri di bawah sebatang pokok rendang. Iya, itu May. Dahinya yang luas dan licin berkilau dari jauh. "Pergilah ajak dia ke sini, Zee," sambung Fiona lagi. Dia menolakku bangun. Amboi, dia pula yang excited.

Aku berjalan perlahan, menghampiri May. Aku tak rasa apa-apa saat itu. Segan? Malu? Nothing. Just biasa-biasa sahaja. Mungkin May bukan taste aku, so tak ada tindak balas kimia antara kami berdua. May mengalihkan pandangannya. Dia nampak aku dah.

"Hi, May. Nak join kitaorang ke?"

May merenungku dalam-dalam sebelum memberikan jawapan. Ada benda ke kat atas muka aku? Hmm.. May bangun, menepuk punggungnya, menghilangkan kotoran yang melekat.

"Zee right?"

Aku mengangguk. Mungkin dia ternampak aku menconteng buku di dalam kelas tadi. Mencoret nama sendiri sebesar alam. Menunjukkan bakatku dalam seni yang tak kesampaian. "Jom lah join kami kat sana," aku menunding jari. Kawan-kawanku melambai dari jauh.

"OK!" May memberikan aku seukir senyuman. Hati aku berdebar. Macam artis Korea pun ada dia nie. Kalau buat video Gwiyomi, confirm ramai orang masuk meminang. Termasuk aku! Ehh...    

BengkokWhere stories live. Discover now