"Bagi Anis... Bolehlah even muka macam dah ada anak satu," kata Anis pula.

Awina pandang semua yang duduk di sekelilingnya termasuk maksu Intan. Mereka mengangguk setuju dengan pernyataan adik keduanya itu. Dia menghela perlahan. Ini bukan soal ada rupa atau tidak sampai nak menyesal.

"Ada gambar ke?"

Segera Intan keluarkan telefon dari kocek seluar dan buka galeri. Terus gambar itu ditunjukkan pada Awina.

Rahang Awina jatuh dan rampas telefon itu dari tangan Intan.

"Rahang dia pun jatuh juga macam kita," kata Aril dan mereka semua gelak besar.

"Dia? Haiqal!"

Semua melopong pula.

"Wina kenal ke?" tanya Intan.

"Boyfriend olok-olok gue..." Suara Awina perlahan. Dia akan jadi tunang lelaki ini? Nak pengsan kejap.


***



SELESAI upacara sarung cincin. Semua sibuk nak ambil gambar dengannya. Dia tidak kenal yang lain kecuali wanita yang seakan seusia ibunya tadi. Senyuman lebar menatapnya dan penuh teruja untuk sarung cincin di jari manisnya tadi.

Dalam sibuk bergambar, Awina terpandang ibunya di sudut sana. Tersenyum bahagia melayani dan berborak dengan tetamu yang datang. 

"Terima kasih Wina sebab setuju dengan pilihan ibu. Ibu minta maaf kalau ini mendadak. Tapi ibu nak ada yang boleh jaga anak ibu. Ibu janji dia boleh jaga Wina." 

Itulah apa yang dibicarakan ibunya pagi tadi sebelum dia bersiap untuk majlis hari ini. Entah bagaimana hatinya boleh selapang ini untuk menerima lelaki bernama Haiqal itu sebagai suami lepas sahaja dia lihat gambar semalam.

Sesi bergambar belum selesai. Kini bersama kedua ibu bapanya pula. Awina senyum. Matanya terpandang sosok tubuh yang dia sangat kenal berdiri tidak jauh dari jurugambar. Haiqal berpeluk tubuh di sana sambil tersenyum memandangnya.

Awina melarikan pandangan ke arah lain. 

Eiii! Apa perasaan dia bila tahu aku ni tunang dia? bisik hati Awina. Dia teringat satu perkara semasa di stesen pam minyak tempoh hari. Haiqal ada kata sesuatu.

"Jumpa nanti," 

Jumpa nanti tu... maksudnya hari ni ke? tanya Awina sendiri dalam hatinya.

"Haiqal, pergi duduk sana. Ambil gambar. Cepat-cepat." Datin Mariam menolak perlahan tubuh Haiqal untuk duduk di pelamin.

Haiqal turut dan melabuhkan dirinya di kanan Awina.

"Hai tunang," bisik Haiqal menyempat.

"Diam. Awak sebenarnya tahu kan yang kita nak bertunang?" bisik Awina keras. Rasa nak tumbuk lagi abdomen Haiqal saat ini.

"Tak, tak tahu. Saya tak kenal awak pun," balas Haiqal untuk kenakan Awina. Hari itu minta sangat dia pura-pura tak kenal kalau jumpa.

Awina toleh pada Haiqal dan mendengus geram.

Selesai majlis, kebanyakan tetamu sedang makan dan ada yang sudah balik. Kalau ada pun hanya keluarga dan saudara mara Haiqal. Awina hanya duduk di meja yang dekat dengan garaj rumahnya. Makan dengan kawan-kawan yang lain. Ingat tadi nak masuk terus dalam bilik tapi ditegah oleh Puan Hasmah. Katanya tak manis. Perlu layan tetamu sampai semua balik.

"Macam mana boyfriend tipu-tipu kau boleh jadi tunang kau ni. Oh my God! Untung la kau. Terpaksa la aku keluarkan dia dari list crush aku." Amira muncung.

"Mana la aku tahu. Entah macam mana mak aku dengan mak dia boleh jadi kawan." Awina menyuap makanan ke dalam mulutnya. Waktu itu, maksu Intan datang dan letak sepinggan kuih di atas meja mereka sekali gus duduk.

"Tapi kan, lain macam aku tengok family mentua kau. Orang kaya ke?" soal Ain berbisik. Mana tidaknya, gaya macam mak datin dengan kereta semua besar dan mahal. Nasib baik tak ada limousine.

"Haah. Haiqal tu CEO." Intan yang dengar soalan kawan Awina itu terus jawabkan.

Awina tersedak sementara yang lain sudah melopong.

"Weh Wina, mak kau dengar ke permintaan aku dulu suruh cari menantu CEO?" Syafina pandang Awina dan hampir tergelak.

"Umur dia berapa kak? Tua ke sangat ke?" Amira rapat ke Intan dan berbisik juga. Mana la tahu beza umur 30 tahun juga macam artis yang kahwin dengan CEO tua yang viral baru-baru ini.

"Erm... 27 atau 28 macam tu. Okay la tu. Nampak matang,"

Mata Awina beralih pada Haiqal yang duduk di meja sana sambil berbual mesra dengan ayah dan beberapa orang pakciknya. Haiqal yang perasan sempat kenyit mata. Awina tersentak dan cepat-cepat larikan pandangannya.

Malu!

Cinta Dalam Diam [TERBIT]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن