Sayang Papa Saya Tak? 16

Start from the beginning
                                    

Melihat kelibat Farish, bibirnya melarik senyum sedikit.

"Dah makan?,"sapanya ramah. Farish yang melintasinya, menoleh seketika. Tanpa menjawab soalan itu, dia terus melangkah menuju ke dapur. Raisya terus mengangkat punggung. Melangkah mengekori Farish.

"Nak minum apa-apa? Saya buatkan?,"

Farish mengeluarkan bekas air masak dari dalam peti lalu dituang ke dalam cawan. Bekas air disimpan semula.

"Tak payah,"balasnya pendek sambil meneguk air. Tanpa mempedulikan Raisya, dia menapak keluar dari ruang dapur.

Raisya pula, terus mengekori dari belakang.

"Awak,"

Farish berpaling.

"Kita sembang, jom,"

Farish kerutkan kening. Raisya tersengih panjang.

"Bosanlah. Tak ada siapa nak sembang dengan saya. Qalish pun dah tidur,"

"Pergilah tidur,"

"Tak mengantuk. Jomlah. Kita sembang-sembang,"ujar Raisya sambil bergerak menuju ke sofa. Punggung dilabuhkan sambil sebelah tangannya menepuk sofa meminta Farish duduk di sebelahnya.

Farish menggosok hidung. Mahu menolak tetapi melihat wajah Raisya, tidak sampai hati pula rasanya.

"Jomlah,"

Sekali lagi Raisya mengajak dan langkahnya diatur ke arah sofa. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di hadapan gadis itu. Cawan di tangan diletakkan ke atas meja.

"Apa yang kamu nak sembangkan?,"

Raisya tersenyum sambil menjongket bahu.

"Entah. Apa-apa sajalah. Saya bosan duduk kat rumah ni. Tak ada kawan nak ajak bercakap. Awak pun, berkurung macam anak dara. Pagi pergi kerja. Malam balik terus berkurung dalam bilik. Tak bosan ke?,"

Farish menjongket bahu.

"Qalish dah laju merangkak tau,"cerita Raisya penuh teruja.

"Hari ni, dia merangkak sampai ke hujung tangga sana dah. Nyaris-nyaris nak terbalikkan pasu bunga tu,"sambung Raisya.

Farish diam. Mendengar nama Qalish, mendengar cerita Raisya tentang Qalish, hatinya tiba-tiba sayu. Kalaulah yang sedang bercerita itu adalah Kasih.

"Qalish tidur ke?,"Farish bersuara sebelum dia lebih larut dalam emosi.

"Dah tidur dah. Siang tadi, langsung tak tidur. Penat saya tahu tak? Kalau bolehlah, elaun bulanan saya dinaikkan dua puluh... tiga puluh ringgit setiap bulan pun, okay juga. Qalish makin besar, makin aktif tahu tak? Kalau dulu saya boleh rehat-rehat sambil jaga dia. Sekarang ni, dua puluh empat jam mata kat dia saja, tau,"

"Sekarang mata kamu kat mana?,"

"Kat awak,"

"Bohonglah dua puluh empat jam kat Qalish,"

Raisya tergelak halus. Terkena dia.

"Tapi, masih perlukan perhatian yang semakin lebih, kan?,"

Farish menggeleng.

"Hujung minggu ni kita pergi jalan-jalan, nak? Kasihan Qalish asyik terperap saja kat rumah,"

"Qalish atau kamu?,"

"Saya pun kasihan juga. Qalish pun kasihan juga. Awak tak kasihankan kami ke? Macam kena kurung aje kat rumah ni. Sesekali bawalah saya pergi jalan-jalan. Shopping ke... makan angin ke...,"

"Kita balik rumah mama hujung minggu ni,"putus Farish akhirnya.

Raisya bulatkan mata.

"Betul ni?,"

"Nampak macam saya main-main ke?,"

Raisya tersengih girang.

"Best,"ujarnya sambil mengangkat ibu jari.

"Okay? Dah habis sembang?,"

Raisya sekadar menyambung senyum. Farish mengangkat punggung.

"Awak,"

Farish tidak jadi melangkah. Pandangan kembali teralih pada wajah Raisya. Wajah gadis itu sudah sedikit serius.

"Kenapa?,"

Raisya berdiri. Bergerak mendekati Farish. Perlahan menggosok tengkuk mencari keberanian untuk bersuara.

"Kenapa? Nak minta tambah elaun mana pula ni?,"

Raisya kerutkan kening.

"Bukanlah. Saya tak nak minta tambah elaun apa-apa pun. Lagipun sejak jadi isteri ni, semua elaun saya dah tukar jadi duit nafkah tu aje. Jadi elaun untuk isteri aje,"

"Aje? Duit tu dua kali ganda lebih dari gaji kamu yang termasuk semua elaun mengarut kamu. Kamu tahu tak? Belajar bersyukur sikit. Jangan jadi tak pandai bersyukur bila nampak duit banyak sikit,"

"Saya bersyukurlah. Tiap-tiap hari lepas solat, saya selalu mohon supaya Tuhan terus murahkan rezeki saya. Bersyukur dengan apa yang saya dah dapat. Harap-harap lepas ni dapat lebih banyak lagi,"

Farish menahan nafas. Menahan geram. Jawapan Raisya betul-betul buat dia menyirap.

"Kamu... memang... mata duitan,"dalam geram sepatah-sepatah kata-kata dihamburkan.

Raisya tayang muka tidak bersalah.

"Pergi masuk bilik... tidur. Itu lagi bagus,"ujar Farish sedikit keras.

"Eh, tak boleh. Saya nak minta sesuatu ni,"

"Apa dia?,"

"Saya nak gambar arwah isteri awak, boleh?,"

Farish terdiam. Tidak berkelip memandang wajah Raisya.

"Boleh ya? Saya nak tunjuk dekat Qalish. Biar dia kenal siapa mama dia. Nanti awak bagi saya gambar arwah isteri awak ya,"

Farish menelan liur. Entah kenapa permintaan Raisya begitu meruntun hatinya. Tidak menunggu lama, dia terus berlalu. Laju meniti anak tangga bersama bibir mata yang panas tiba-tiba. Meninggalkan Raisya terkebil-kebil.

"Lari macam tu, maknanya boleh ke tidak tu?,"sambil menggaru kepala yang tidak gatal, Raisya tertanya-tanya sendiri.



Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now