Bab2

21.6K 720 3
                                    

(Nabella POV)

Melia mana kau?

Aku nak kepastian.

Nasib baik harini kelas habis awal.

"Hm mana Melia ni. Kenapa seharian aku tak nampak dia" kataku sendirian sambil duduk di cafeteria. Sedang asyik membuang masa di cafeteria tiba tiba kelihatan Melia sedang tergesa gesa. Aku apa lagi kejarlah.

"Melia, wait!" Jeritku ingin Melia berhenti. Dia menoleh sekejap dan makin laju pergerakannya.

"Melia!" Jeritku lagi kerana melihat pergerakan Melia semakin laju aku juga melajukan pergerakanku. Akhirnya aku berjaya mendahului Melia. Nak lumba lari dengan ratu pecut Uitm Serdang jugak.

"Melia, aku ada benda nak cakap dengan kau" kataku tercunggap cunggap. Muka Melia kelihatan gelisah atau mungkin cuak.

"A..apa?" Balasnya lambat lambat sambil gagap. Dia tak selalu macam ni.

"Aku nak tau macam mana aku boleh kahwin dengan Zafran." Aku mengajukan soalan. Melia kelihatan tersentak. Melia terus menunduk.

"Melia. I'm asking you" Geram. Aku semakin kurang kesabaran. Melia seperti teragak agak untuk menjawab soalan ku.

"Ni semua sebab Fa..Farith" jawabnya dalam keadaan tergagap gagap. Ada yang tak kena.

"Farith? My crush?" Aku menyoal satu satu. Melia mengangguk.

"Ok aku akan tanya dia. Thank ok sebab bagi kerjasama" Kataku sambil melemparkan senyuman. Melia hanya mengangguk sambil memandang ke bawah. Melia jiran aku and of course kawan baik aku.

"Weh aku nak pergi rumah family aku lah petang ni, aku tumpang kau boleh?" Sambungku. Dia seperti terkejut dan terus memandang tepat kearahku.

"Why?" Aku bertanya untuk mendapat kepastian kenapa muka dia macam terkejut sangat.

"Family kau dah buang kau. Diaorang dah pindah" hampir saja aku rebah ke bumi apabila mendengar apa yang di kata oleh Melia sebentar tadi. Air mata ku tahan seupaya mungkin.

"Kenapa.."

"Kenapa..dioarang sanggup buang aku" kali ini aku yang menunduk. Aku tak mampu nak tengok reaksi Melia bila menjawab soalan aku.

"Sabar ye Bella. Kau kena tanya Farith sendiri. Setan tu yang dah rosakkan hidup kau." Nada suara Melia kedengaran seperti marah. Melia mengetap giginya.

"Aku taknak dengar apa apa lagi. Aku nak balik rumah Zafran dan amek baju aku kat sana. Aku nak duduk hotel buat sementara ni" kataku lemah sambil menghayun kaki untuk berlalu pergi. Aku tinggalkan Melia keseorangan. Baju aku? Ye aku tak tau macam mana semua baju aku boleh ada dekat rumah Zafran. Aku tak boleh hidup dalam keadaan macam ni. Aku ni kategori separuh gila sebab tak ingat apa apa.

Aku mula mendail nombor yang tertera nama Zafran. Ku tekan button call di phone ku.

--------

Sorry sebab bab ni pendek sikit. Now dah habis final exam so boleh lah update this story secepat mungkin.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now