89

39.5K 3.8K 603
                                    

SETELAH lantai bahagian lobi kering, papan tanda yang bertuliskan amaran lantai basah itu dilipat oleh Husna. Kemudian diangkut bersama menuju ke bilik stor yang tidak jauh daripada situ lalu disimpan ke tempat asalnya semula. Siap! Tugas mop lantai sudah selesai.

Kini dia perlu mencari kain dan penyembur bakteria. Pasu besar yang menjadi hiasan di ruangan menunggu hampir dua minggu juga tidak dilap. Adakala Husna cuba mencalit hujung jari ke pasu itu, apabila diangkat melekat warna kelabu pada kulitnya.

"Dekat mana pula Cik Suria sorok kain buruk aku? Rasanya aku letak dekat sini haritu." Gumam Husna sendirian. Seingatnya kain buruk itu diletakkan berhampiran dengan botol penyembur. Tapi hari ini entah celah mana pula dia menyorok.

Melilau anak mata Husna mencari disegenap ruangan stor yang tidak terlalu besar itu. Kabinet penyimpanan botol sabun dibuka, tiada. Kemudian Husna meluru ke arah almari yang terletak disebelah kanan.

Dan saat kepalanya mendongak, kelihatan kain buruk berada dikabinet paling atas. Husna mendengus kecil. Ini pasti kerja Cik Suria! Sengaja wanita itu letak tinggi-tinggi supaya dia tidak berjaya mencapainya. Automatik kerja juga jadi tergendala.

Licik sekali!

Tetapi tidak semudah itu Husna mengaku kalah. Bibir menyenget penuh lagak sebelum anak mata melirik ke arah tangga aluminium yang dibiarkan tersandar ke dinding. Lantas Husna menuju ke situ, ditarik tangga aluminium yang agak berat itu dekat ke almari. Lipatan dibuka, menjadikan ia tegak berdiri.

Sesekali Husna menguji tangga itu dengan menggoncangkan bahagian kakinya, sekadar mahu pastikan ia kukuh. Karang tak pasal-pasal baru injak satu kaki dah menjunam ke bawah.

Perfect!

Kukuh dan kuat.

Nak tunggu apalagi? Langsung Husna panjat tangga itu dengan berhati-hati. Baru tiga anak tangga dia dah mula rasa gayat. Tak berani nak tengok ke bawah. Apatah lagi bila tangga itu bergoyang-goyang perlahan apabila dia semakin naik ke atas. Lagilah buatkan Husna kecut perut.

"Haih, Cik Suria ni... letak pun tinggi-tinggi. Nak sorok pun, soroklah tempat yang lebih selamat." Bebel Husna sendirian. Sampai sahaja ke kabinet paling atas, kain itu dicapai lalu disumbat masuk ke dalam poket baju yang berada di bawah. Kena sorok, nanti Cik Suria nampak. Bisik hatinya. Manakala sebelah tangan lagi masih kuat menggenggam tangga besi.

"Koupusan!"

Terhinjut bahu Husna tatkala namanya tiba-tiba diseru. Hampir sahaja pegangan pada besi itu terlepas, mujurlah Husna menguatkan cengkaman daripada tersembam ke bawah. Fuh! Nasib baik. Siapalah yang panggil nama dia kuat-kuat ni? Buat terkejut saja!

Rasa hendak marah, laju kepala Husna berpaling ke sebelah kiri, muncul Raf yang entah bila berdiri tercongok di situ. Terus riak wajah berubah. Tak jadi nak bertukar jadi singa betina.

Sekejap Husna tunduk melihat ke bawah, pelik apabila matanya dapat bertembung dengan sepasang mata hazel dan biru milik Raf tanpa perlu melangut kepala. Paras ketinggian mereka sama dek kerana Husna berdiri di atas tangga. Makin terasa dirinya yang pendek selama ini.

Tak sangka tangga pun mengejek!

"Apa abang buat dekat sini? Kenapa tak duduk dalam office?!" Soal Husna, adakala anak mata mengerling ke arah pintu bilik yang tertutup. Kalau ada staff yang masuk, pasti mereka fikir dia curi tulang untuk dating dengan big boss.

Perlahan-lahan Husna turun daripada tangga, dalam masa yang sama sempat telinganya menangkap keluhan berat yang keluar di bibir Raf. Seakan serabut dengan soalannya yang tadi. Dia datang ke sini mahu berjumpa dengan Husna, tapi bila dah sampai dihalau pula ke bilik pejabatnya semula.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now