62

34.4K 3.3K 594
                                    

               TUK! TUK!
Hujung meja kerja itu diketuk perlahan beberapa kali. Cukup untuk menarik perhatian Mia melangut kepala ke arah Nathan yang berdiri di hadapan meja. Sedang menayang senyuman. Automatik bibir Mia turut tersengih. Selepas menerima lamaran menjadi teman wanita Encik Nathan, terus tiap-tiap hari rasa seronok apabila bekerja.

Akan tetapi, sebagai seorang pekerja dan bos yang profesional, mereka tak boleh terbawa-bawa status itu ke sini. Nanti apa pula pandangan pekerja yang lain. Oleh sebab itu, hubungan mereka perlu disorok terlebih dahulu.

Bila dah kahwin nanti, barulah heboh satu kampung. Tak begitu?

"Ya, Encik Nathan?"

"Wanna lunch with me today?" Soalan berbalas soalan. Nathan menyeluk sebelah tangan ke dalam poket.  Matanya masih merenung Mia yang duduk di kerusi.

Cuping telinga digaru Mia sebentar. Dia tak mahu menghampakan hati Nathan, tetapi...

"Rasanya hari ni Encik Nathan boleh makan seorang diri kut?" Kata Mia, perlahan.

Wajah tampan itu langsung berubah. Pertama kali, ajakannya ditolak. Selalunya Mia setuju sahaja untuk makan berdua setiap kali tiba waktu makan tengah hari.

"Why? Saya dah tempah meja untuk kita berdua. Takkan awak nak saya makan seorang diri?" Soal Nathan, nada suaranya kedengaran tidak puas hati.

"Maaflah, Encik Nathan. Tapi kita ni selalu sangat keluar makan bersama-sama.  Encik cakap nak rahsiakan hubungan kita daripada staff tahu. Tapi kalau begini tiap-tiap hari, alamatnya akan kantoi juga. Lebih baik kalau Encik Nathan keluar seorang pula." Ujar Mia, bukannya dia tak perasan ada mata-mata staff yang memandang pelik kearahnya setiap kali mereka berdua-duaan.

Nathan mendengus nafas penuh sabar. Sebelah tangan buat-buat naik memicit kepala, sambil anak mata mengerling ke setiap sudut. Sedang memastikan tiada staff yang tinggal di tingkat ini melainkan dia dan Mia. Kosong. Jelas semua staff sudah pun keluar pergi ke kafe.

Line clear!

Terus Nathan melutut di tepi meja Mia. Bibir mencebik. Muka seposen ditayang.

"Bolehlah, sayang... sanggupnya awak nak tengok saya makan sorang-sorang? Awak cakap awak teringin nak makan spageti oglo lio, saya dah pesan tau!" Rayu Nathan.  Entah sejak bila perangainya berubah setelah mengenali Mia. Lebih manja barangkali.

Mia menggigit bawah bibir. Tak keruan dia dibuatnya apabila Nathan mula keluarkan perangai sebenar ditempat kerja. Sekilas dia menoleh memandang sekeliling.  Nasiblah tiada orang!

Wajah Nathan kembali dipandang.

"Awak ni, saya cuba nak jaga nama baik awak! Bukannya saja-saja nak tolak. Nanti lepas balik kerja, kita makanlah sama-sama." Bisik Mia, tak boleh kuat-kuat.

"Kali ni aje, bolehlah..." Rungut Nathan. 

"Tak boleh!"

"Sekejap aje, selepas itu saya hantarlah awak balik cepat."

Mia tarik nafas. Sabar ajelah melayan perangai bos yang seorang ini.

"Saya cakap tak boleh, tak bolehlah!"

"Tapi awak dah..." Tak sempat Nathan mahu menghabiskan bicaranya, deringan telefon mencelah terlebih dahulu. Dia terus menunduk ke bawah. Mengeluarkan telefon canggih yang berada di dalam poket seluarnya. Sebaik sahaja melihat nama Papa tertera di skrin, langsung Nathan mengangkat panggilan.

"Ya, pa?" Nathan menunggu suara daripada corong speaker. 

Tatkala Mia pula cuma diam memerhati. Dalam masa yang sama, ada rasa ingin tahu apa yang Tan Sri Raqib sedang bercakap-cakap di dalam telefon itu. Lama juga dia lihat Nathan senyap, jelas sekali Tan Sri Raqib sedang panjang lebar memberitahu sesuatu.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now