50

35.8K 3.1K 807
                                    

                         ALAMAK! Bibir nampak merekah pula pada cermin poketnya. Seraya Mia menarik beg tangan yang berada di atas meja kerja bersebelahan dengan komputer. Mengeluarkan pelembap bibir yang dibawa setiap masa lalu disapukan sedikit pada bawah bibir yang kelihatan kering.

Kemudian, Cermin poket diangkat selari dengan wajah. Mia tersenyum.

Perfect!

"Amboi, amboi Cik Mia yang seorang ni. Bukan main sapu lipbam setiap saat. Selalunya orang macam ni sedang dilamun cinta. Haa... dah ada buah hati ek?" Tegur Laila, front office disini. Dengan selamba dia meletak beg duitnya di atas meja kerja milik Mia. Dia menopang kedua belah tangan disitu, memandang Mia dengan tersenyum-senyum. 

Mia buat-buat ketawa. Cermin poket ditutup.

"Mana ada! Sapu lipbam pun salah ke?"

"Memanglah tak salah. Tapi engkau yang nampak lain hari ni. Sepanjang kerja nampak tersenyum aje. Ke sebab bos kita bukan Tan Sri Raqib lagi? Sebab itulah kau makeup cantik-cantikkan? Kau nak ngorat bos baru kita ek?" Laila mengecilkan mata dengan senyuman nakal. 

Tanpa sedar pipi Mia sudah berona merah. Kepala ditunduk. Ish, Laila ni... macam tahu-tahu je!

"Heh, kau ingat Encik Nathan tu pandang ke orang macam kita ni? Bersiaplah cantik mana pun, lelaki macam bos kita tu takkan tengok pekerja bawahan dia. Apatah lagi, pembantu peribadi sendiri?"

"Apa yang kau cuba nak maksudkan sebenarnya?"Mia kembali melangut. Riak wajah terus berubah apabila Laila seakan-akan cuba merendahkan dirinya. 

"Kau tengoklah Encik Nathan tu anak siapa? Anak Tan Sri kut! Walaupun kau rapat dengan Tan Sri Raqib,  tak bermakna dia akan terima kau jadi menantu dia. Orang kaya, kenalah kahwin dengan orang kaya juga. Kalau kahwin dengan pembantu peribadi sendiri, aku rasa akan viral satu Malaysia." Ujar Laila.

Setiap bait yang keluar daripada mulutnya, seolah-olah membakar hati Mia. Rasa panas pula, padahal dalam bangunan korporat ini sudah dipasang penghawa dingin disetiap penjuru.

"Lainlah kalau kawan kau tu, siapa nama dia? Husna ek? Ha, yang itu barulah sesuai dengan Encik Nathan!"

"Well..." Bibir Mia mengherot sinis.  Kedua belah tangan menyilang ke tubuh dengan penuh gaya.

"Itu kalau kau bandingkan aku dengan Husna. Tapi, kalau nak dibandingkan pangkat personal assistant dengan front office, rasanya Encik Nathan akan pandang siapa dulu?" Soal Mia penuh sindiran. Wajah Laila yang jelas membahang dipandang dengan senyuman bersahaja.

Puas hati!

Mereka saling berbalas pandangan tajam. Seakan-akan ada panahan kilat yang keluar daripada iris menikam sesama sendiri. Bibir Laila nampak mengetap, jelas menunjukkan geram. 

"Tahulah pangkat kau lebih tinggi, tapi kau kena sedar yang..."

"Ehem!"

Suara berdehem mematikan bicara Laila. Serentak pandangan mereka beralih ke arah kiri, sebaik saja tersedar lelaki tinggi bersut hitam berdiri hujung meja langsung Mia bangkit dari kerusi dan berdiri tegak. Begitu juga dengan Laila.

Seketika mereka berdua menunduk tanda hormat sebelum menatap wajah serius itu semula.

"Bo... Bos buat apa dekat sini?" Soal Laila sedikit gagap. Sedangkan staff yang lain sudah keluar berehat pada waktu tengahari, manakala Nathan pula masih berada di dalam kawasan pejabat.

"Kenapa? Saya tak boleh berada di dalam bangunan syarikat saya sendiri ke?"Kening Nathan terjongket sebelah.

Dalam diam Mia mengemam bibir. Menahan diri daripada tergelak.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now