Bab 3

41.4K 2.7K 544
                                    

                   “KAU memang boleh bernafas lama ke dalam helmet tu? Tak lemas ke?" Tegur Nathan sambil berpeluk tubuh. Memandang abangnya yang duduk di kerusi hadapan. Masih lagi mengenakan helmet di dalam cafe. Pelayan yang menghantar minuman ke meja mereka tadi pun turut memandang pelik ke arahnya.

Malahan, ada mata-mata yang menoleh ke arah meja mereka dengan pandangan tertanya-tanya.

Tatkala lelaki yang digelar Raf tadi hanya menjongket bahu.

"Dah biasa." ringkas dia membalas.

Nathan mengeluh kecil. Apa-apa sajalah.

"Berapa lama kau ada dekat sini? Kau tahu kita kena uruskan ocean resort tu sama-sama, kan?" Soal Nathan.

Dia mengangguk kepala. "Ya. Aku tahu. Tapi aku dah cakap dengan papa, aku cuma nak uruskan bahagian laut. Aku tak nak masuk campur dalam urusan resort. Lagipun aku tak boleh lama dekat sini, kampung tu perlukan aku."

"Tak habis-habis lagi dengan kampung tersorok tu? Bukannya diaorang boleh beri apa-apa pun kepada kau."

"Orang yang pentingkan pembalasan memang akan rasa perbuatan dia sia-sia. Sebab itu aku tak harapkan apa-apa." Katanya dengan nada sinis.

Bibir Nathan terbuka hendak mengatakan sesuatu, namun kehadiran Tan Sri Raqib membatalkan niatnya untuk meneruskan ayat. Akhirnya dua-dua pilih untuk membisu. Masing-masing membuat hal sendiri. Seorang sedang mengacau air latte panas, seorang lagi pula buat-buat memandang ke tempat lain.

Tan Sri Raqib mengerut kening. Dia memandang dua orang anak lelakinya itu silih berganti.

"Dah kenapa kamu berdua ni macam orang asing pula?" Tegur Tan Sri Raqib.

Mereka diam. Tidak menjawab.

"Ha, Nathan. Dah tak reti nak salam tangan abang sendiri? Dia tu bukannya selalu balik sini. Salam cepat!" Tegas Tan Sri Raqib.

Nathan mengeluh. Kalau dia tidak ingin bersalam sekalipun, ayahnya pasti akan paksa juga. Tidak mahu tidak, dia terpaksa. Namun disebalik helmet yang dipakai lelaki itu, dia tahu abangnya sedang tersenyum mengejek. Sukalah tu bila dia terpaksa menunduk pada arahan Tan Sri Raqib!

Laju sahaja si Raf menghulur tangan, konon menanti untuk disalam. Siap goyang-goyang tangan lagi apabila Nathan masih teragak-agak untuk menyalaminya.

Dalam tidak ikhlas, Nathan menyambut tangan itu. Tak lama. Sekejap sahaja. Namun saat dia ingin menarik tangan semula, Raf menggenggam.

"Salam cium tangan." Arahnya dengan nada mengejek.

"Ish!" Nathan mendengus. Tangan Raf terus sahaja ditepis. Dia memeluk tubuh. Nak salam pun geli, apatah lagi dengan pakej cium!

Tergeleng-geleng kepala Tan Sri Raqib melihat mereka berdua. Dah serupa anjing dengan kucing.

"Kamu pun satu hal, Raf. Dah tak reti nak buka helmet? Kamu ingat kamu tu artis K-pop nak tutup muka 24 jam?" Giliran Raf pula yang ditegur.

Nathan menutup mulutnya. Menahan tawa. Padan muka!

"Buka helmet tu." Arah Tan Sri Raqib. Serius.

"Alaa... Pa..."

"Buka. Helmet. Tu." Sekali lagi Tan Sri Raqib mengulangi arahannya. Lebih tegas. Bersama renungan garang.

Keluhan kedengaran berat dibibir Raf. Buat seketika dia menoleh memandang sekeliling ruang cafe itu. Memastikan tiada mata-mata yang melihat ke arah meja mereka. Nampaknya semua pelanggan disini buat hal masing-masing. Setelah itu, perlahan-lahan tangannya bergerak membuka clip helmet dibawah dagu sebelum menariknya keluar.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now