58

38.5K 3.4K 645
                                    

   
                      SUASANA bangunan korporat paling tinggi itu agak bingit tika ini dengan bunyi alat gerudi. Semua staff tidak dapat melakukan kerja dengan tenang. Fokus mereka terganggu. Asyik tertarik ke arah bilik pejabat milik Datin Khadijah yang sedang dikawal oleh pihak bomba. Agak terkejut juga apabila tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba bomba datang ke sini.

Sangkakan ada insiden buruk yang berlaku, rupa-rupanya Datin Khadijah yang menghubungi mereka untuk memecah peti berkunci itu kononnya kerana terlupa password.

"Ini ke kad yang Datin maksudkan?" Soal lelaki memakai T shirt bomba itu, sambil menayang sekeping kad bank berwarna hitam kepada Datin Khadijah. Setelah penat menggerudi peti berkunci itu sehingga terbelah, akhirnya berjaya juga dikeluarkan.

Bersinar matanya tatkala melihat kad yang ditangan pemuda itu. Kotak fikiran automatik  terbayang macam-macam.  Dengan kad itu, dia boleh beli apa sahaja!

"Betul. Inilah kadnya." Terus kad itu diambil. Dilekapkan ke dada sambil mata dipejam.

"Ya Tuhan, nasib baiklah ada bomba yang boleh tolong bukakan. Kalau tidak, tak tahulah cara apa lagi yang saya ada." Keluh Datin Khadijah, bergetar suaranya seakan hendak menangis. Tapi sebab apa? Sebab lega atau sebaliknya?
Dalam diam, dia tersenyum sinis.

"Saya sarankan Datin boleh simpan kad tu di tempat yang lebih selamat dan senang untuk dibuka. Atau lebih baik, Datin pegang sahaja. Tak adalah nanti terlupa password lagi." Ujar bomba itu, sekadar memberi pendapat.

Kepala Datin Khadijah mengangguk. Buat-buat faham. Sudah semestinya kad ini akan berada di dalam genggamannya.

"Terima kasih sangat sudi bantu saya. Maaflah kerana menyusahkan tuan pada hal remeh macam ini."

"Tak apa, Datin. Memang tugas kami pun untuk bantu, tak kesahlah hal kecil ataupun besar. Kalau dah tiada apa-apa, kami minta diri dulu." Pamitnya selaku ketua, sebelum mengarahkan ahli bomba yang lain mengemas peralatan mereka yang bersepah di lantai. Setelah selesai, barulah mereka melangkah pergi.

Pintu automatik tertutup rapat. Hilang sahaja kelibat bomba daripada pandangan matanya, langsung dia mengoyak senyuman jahat. Kad ditangan ditatap semula.

"Akhirnya..." Dia melabuh punggung di atas kusyen mahal itu. Sebelah kaki kanan disilang ke atas paha kirinya. Penuh angkuh.

"Dapat juga aku pegang kad ni. Harap aje berkahwin dengan lelaki kaya, tapi nak beri aku pegang kad ni pun payah. Tengok. Terpaksa juga aku cari sendiri."
Bicaranya sendirian.

"Apa aku nak buat lepas ni ya?" Datin Khadijah bersandar ke belakang. Kepala terdongak ke atas. Sedang memikirkan rencana yang seterusnya. Kalau Husna tiba-tiba dijumpai, pasti kad ini akan kembali ke tangan wanita kolot itu.

Dia perlukan jerat yang bagus untuk mengumpan Husna. Atau lebib baik... suami sendiri? Bibirnya mengherot sinis.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu diketuk semerta mematikan bayangan difikirkannya. Kelam-kabut kad milik syarikat itu disorok ke dalam beg mahal yang terletak di atas meja. Jantung tiba-tiba berdebar dek keresahan.  Takut pula jika yang datang itu adalah Dato Idris.  Apa dia nak jawab kalau orang tua itu tanya mengapa peti besi itu rosak?

"Masuk!" Arah Datin Khadijah, langsung berlakon seperti seorang yang profesional menguruskan kerja. Fail paling dekat dicapai, buat-buat menyelak walaupun satu benda pun tidak masuk ke kepala.

"Maaf kalau saya menganggu masa Datin." Rayu Mei. Dia menunduk hormat apabila tiba ditengah ruang bilik sebelum mendekati meja.

"Ini proposal tentang makanan yang Datin suruh saya siapkan. Semuanya dah lengkap. Tapi lebih baik kalau Datin check dulu. Takut ada yang saya tersilap." Ujarnya, kemudian proposal itu dihulur.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now