88

35.2K 3.2K 535
                                    

              TUBIR senyuman dibibir Dato Idris saat berdiri di hadapan pintu masuk bangunan korporat itu.  Lamanya dia tak jejakkan kaki ke sini. Rindu pula rasanya nak bekerja. Duduk di rumah 24 jam pun bosan juga. Itu sebablah dia datang ke sini, ingin berbincang terus soal jawatan pengarah di hotel Paredise. Dia mahu ambil alih semula, manakala Datin Khadijah biarlah selayaknya di rumah. Harap-harap wanita itu akan setuju.

Namun sengaja juga dia merahsiakan kedatangannya, konon hendak buat kejutan kepada semua orang termasuk isterinya sendiri. Ingatkan, bila berdiri di hadapan pintu masuk akan ada beberapa staff yang bakal menyambut. Akan tetapi...

Tidak sama sekali.

Sebaik sahaja keluar daripada perut kereta, cuma Dato Idris sahaja yang tercegat di hadapan pintu automatik sendirian.  Tatkala pemandunya pula pergi mencari parking.

Terasa seperti ada sesuatu yang kurang.
Lantas Dato Idris berpaling ke belakang. Kening tebalnya automatik berkerut. Mengapa banyak parking yang kosong? Jarang sekali hotelnya kekurangan tetamu. Apatah lagi pada hari cuti seperti ini.

"Hei, kau tak faham bahasa ke? Aku cakap aku nak jumpa bos kau! Bukannya kau! Tengok dalam apps bukan main hotel lima bintang tapi cadar pun bau hapak!"

Tengkingan suara wanita itu menarik perhatian Dato Idris yang berada di luar. Punyalah kuat, sampaikan dia pun rasa bingit telinga. Inikan pula staff yang harus menadah telinga mendengar secara berdepan. Muka penuh tanda tanya bermain di wajah. Apa pula yang berlaku di sana?

Tanpa menunggu lama, Dato Idris mula menapak masuk ke dalam bangunan korporat itu saat pintu kaca automatik terbuka. Makin kuat suara wanita itu terpekik-pekik serupa dirasuk hantu. Bunyi hentakan pada meja berkali-kali menunjukkan amarahnya bukan dibuat- buat. Boleh mengundang pergaduhan besar jika tiada siapa yang menghalang.

"Maaf, Puan. Tapi bos saya tak nak turun ke bawah..."

"Apahal dia tak nak turun? Dia takut huh? Lebih baik kau panggil dia turun sebelum aku viralkan hotel kau ni! Jangan nak main-main dengan aku ek, kau tak kenal siapa aku lagi!"

Langsung Dato Idris melajukan langkah ke arah kaunter apabila mendengar ugutan seperti itu. Seriau dia dibuatnya. Dengan kuasa viral macam-macam perkara boleh jadi. Bukan mudah untuk dia membangunkan hotel Paredise ini suatu ketika dahulu, ambil masa bertahun-tahun! Tetapi untuk meruntuhkan semula takkan sampai satu minit pun boleh. Semuanya bergantung harap pada pelanggan.

Manakala staff yang terpaksa menghadap bebelan wanita itu hanya menekur kepala ke bawah. Tiada sebarang jawapan yang terkeluar. Tanpa sedar mata mula berair, tak pernah lagi dia dimarahi seteruk ini oleh pelanggan. Atas kesalahan yang bukan berpunca pada dirinya sendiri.

"Hei, kau tak payah nak nangis depan akulah! Panggil bos kau turun sekarang, cepatlah!" Bentak wanita itu, siap menghentak-hentak tangannya ke atas meja kaunter menunjukkan amukan.

"Saya pemilik hotel ni." Terus Dato Idris mengakui.

Wanita itu menoleh ke belakang. Oh, inilah pemilik hotelnya. Sempat lagi dia menilik pemakaian Dato Idris daripada atas hingga ke bawah. Amboi, pakaian bukan main lagi mewah. Siap berkot lagi. Tapi hotel macam tepi lorong!

Pandangan penuh sinis dilemparkan kepada Dato Idris.  Inilah orang kaya, tahu nak cepat dapat duit tapi hasil kerjanya tak seberapa!

"Boleh saya tahu apa yang tak kena pada puan tentang hotel saya?" Soal Dato Idris.

"Apa yang tak kena? Ni, kau tengok ni!" Salinan kertas daripada klinik terus dihempas ke muka Dato Idris. Habis berselerak jatuh ke lantai.

Bibir diketap. Rasa hendak marah dengan perangai biadap pelanggan itu. Akan tetapi situasi sekarang tidak berpihak kepadanya. Dia yang bersalah, dan wanita itu betul. Lantas Dato Idris menarik nafas dalam-dalam sebelum tunduk mengutip salah satu kertas di lantai.

MR PIRATEWo Geschichten leben. Entdecke jetzt