86

34.3K 3.7K 439
                                    

                  HAIH, kenapa pelik sangat hari ini? Semua orang berkelakuan aneh. Dan saat dia sedang mengemop lantai di hadapan kaunter pertanyaan, ada perasan mata-mata yang sedang memerhati ke arahnya. Daripada ekor matanya Husna dapat lihat mereka berbisik-bisik akan sesuatu, kemudian masing-masing tersengih. Dan apabila dia berpaling ke arah kaunter, laju sahaja pekerja di situ buat-buat menyambung kerja. Serius Dan fokus.

Hmm, kenapa dengan mereka ni ya?

Mengganggu fokus dia hendak bekerja pagi hari ini. Bahkan rasa tidak selesa apabila menjadi tumpuan semua staff. Ketika dia kembali menyambung mengemop lantai, tiba-tiba kedengaran suara Cik Suria menjerit daripada belakang.

Terhinjut bahu Husna akibat terkejut.

"Ya Allah, apa Puan buat dekat sini? Kerja ni sepatutnya kerja saya!"

Ha? Sejak bila pula? Dah berbulan dia bekerja di sini sebagai cleaner dan memang ditugaskan membersihkan bahagian tingkat lobi hingga ke tingkat tiga. Tak tahulah pula jika ada arahan bahawa dia dipindah ke tingkat lain.

Tanpa sempat Husna buka mulut menjawab pertanyaan Cik Suria, batang mop ditangan dirampas terus olehnya. Kemudian, Cik Suria pula yang menyambung kerja dia. Husna terdiam sejenak. Mata berkelip-kelip. 

"Tapi Cik Suria, saya memang ditugaskan di tingkat lobi. Saya rasa Cik Suria yang salah tempat sekarang. Ini memang waktu kerja saya..."

"Ish, kamu tu dah jadi isteri Ceo dekat sini. Takkanlah nak kerja cleaner? Nanti apa pula orang cakap dekat kamu." Bisik Cik Suria, siap menjeling-jeling ke arah staff korporat yang memandang ke arah mereka.

Terjuih bibir Husna mendengarnya. Baru sekarang dia faham mengapa orang-orang di dalam bangunan korporat ini berkelakuan aneh. Rupa-rupanya mereka sudah tahu tentang perkahwinan dia dan Raf. Tapi kalau benar sekalipun, patutkah sampai begini sekali layanan mereka?

Baginya, dia lebih selesa dilayan seperti biasa. Malah dia juga sengaja memiliki untuk terus bekerja di sini sebagai tukang bersih biarpun Raf pernah juga menawarkan jawatan yang lebih baik.

"Alahai, sebab ini aje ke orang asyik pandang saya? Suami saya pun tak kisah saya nak kerja ni, kenapa Cik Suria pula yang ambil kisah? Saya okay ajelah kerja ni..." Ujar Husna, dia cuba mengambil semula batang mop daripada tangan Cik Suria. Namun wanita itu lebih laju menariknya menjauh.

"Mana boleh. Kamu kenalah jaga nama kamu baik-baik. Tak mengapa, biar Cik Suria aje yang kemaskan bahagia lobi ni."

"Eh, tak payah. Ini kerja saya, biar saya yang buat!" Bidas Husna. Lantas batang mop itu cuba dirampas. Akan tetapi pegangan Cik Suria terlalu kuat. Seakan-akan berkeras tidak mahu melepaskannya.  Kemudian, boleh pula wanita itu menarik batang mop itu kearahnya semula bersama gelengan.

"Tak perlu, kamu duduk aje dekat dalam  bilik office Tuan Andikha tu! Buatlah apa yang patut. Urut bahu dia ke? Diakan banyak gunakan keyboard, pasti bahu dia tengah lenguh sekarang!"

Berkerut kening Husna tika ini. Dah kenapa pula dia kena jadi tukang urut pula? Langsung mop tadi ditarik kembali. Lebih kuat sehinggakan tubuh Cik Suria sekali terdorong ke arahnya. Namun, pegangan pada batang katu itu masih belum dilepaskan.

"Kerja saya bersihkan bangunan ni, bukan urut badan orang! Lepaskan mop ni, saya nak sambung kerja!"

"Tak boleh! Ini kerja Cik Suria!" Tekannya.

Husna geleng kepala.

"Tidak, ini memang kerja saya!"

Ah, sudah. Terjadi kes tarik-menarik mop pula di hadapan kaunter pertanyaan. Menarik perhatian staff dan beberapa pelanggan yang berada di sekitar mereka. Namun Husna tak peduli. Biarlah apa pun tanggapan mereka, dia tetap mahukan kerjanya semula.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now