SPECIAL CHAPTER 2

33 3 0
                                    

"Mana la dia ni? Kata nak jumpa la apa la nak cakap something la tapi batang hidung pun tak nampak sampai sekarang padahal sekelas kot" bebel Farhan keseorangan di tepi pagar belakang sekolah.

Dia sememangnya balik menggunakan pintu belakang sekolah kerana dia membawa basikal sendiri. Amir pula sudah disuruh balik dari pukul 2 petang tadi.

Sesekali Farhan memandang ke arah jam yang berada di tangan kirinya. Dia mengeluh. Baru saja dia ingin berpusing, satu suara yang amat dikenalinya memanggil.

"Farhan!" Dia melihat ke hadapan, memandang Arsyana yang berlari anak ke arahnya itu.

Arsyana berhenti berlari. Tercunggap cunggap dia mencari nafas. Dia kemudiannya mengambil botol air yang terletak di sebelah tepi beg sekolahnya sebelum dibuka dan diminum.

Farhan hanya diam sambil menunggu.

"Ha dah ok pun" kata Arsyana perlahan. Dia menyimpan kembali botol airnya.

Alahai comelnya perkataan botol air tu.

"Kenapa kau nak jumpa aku dekat sini, Syana?" Soal Farhan tanpa basa basi.

Arsyana memandang ke arahnya. Dia tersenyum kekok.

"Kau nak cakap ke tak ni? Kalau kau tak nak cakap, aku balik ha" ugut Farhan. Dia berura ura ingin berpusing balik.

"Eh eh ok ok aku cakap" Arsyana menahan Farhan. Farhan kembali menatap gadis itu.

"Ha cakap lah aku ada 10 minit je sebelum aku kena balik ni" ujar Farhan.

Arsyana menunduk. Dia menggengam erat kedua dua tangannya.

"Aku..." Arsyana berfikir. Patut ke dia berkata tentang hal itu sekarang?

"Kau apa, Arsyana Nur Syazana?" Tanya Farhan.

Jeda. Tiada satu pun balasan daripada gadis di hadapannya ini.

Farhan menjentik dahi Arsyana. Gadia itu mendesis kesakitan.

"Ah sakit lah Farhan. Kau ni kenapa?"

"Kau tu yang kenapa? Kata ada benda nak cakap dengan aku. Cakap lah, aku ada depan kau sekarang ni kan" desak lelaki itu lagi.

"Aku suka kau" terkedu Farhan.

"Apa kau cakap tadi?" Pinta Farhan.

"Aku suka kau!" Ulang Arsyana dengan nada yang sengaja dikuatkan. Ni kalau tak dengar juga tak tahu lah.

Farhan memberikan sehelai tisu kepada Arsyana. Arsyana memandang ke arah Farhan hairan.

"Kenapa ni?" Soalnya namun dia tetap mengambil tisu itu.

"Aku minta maaf tapi aku tak boleh terima kau. Aku minta maaf sangat sangat, aku hanya anggap kau sebagai kawan saja" balas Farhan sebelum dia meninggalkan Arsyana di situ.

Arsyana menunduk memandang tisu yang Farhan berikan tadi.

He know what she need.

HAHHAHAH siapa kata dah end? Ni baru last chapter. Saya bagi full scene for Arsyana dan Farhan but don't worry, diaorang tetap akan bersama. Kalau yang dah baca story Ace: The Devil tu dia tau la.

Satu je nak pesan, anak anak Tuan Muhammad Ziyad Xaqriel & Puan Arriella Xandrea memang redflag ya.

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now