BAB 3

43 7 0
                                    

“Ace!” panggil Farhan dan Amir serentak sebelum mereka berdua memeluk tubuh abang sulung mereka yang baru masuk ke dalam rumah.

“Rindunya dekat kau" Farhan mengetatkan pelukan mereka. Ace diam. Tangannya naik menolak kepala adik adiknya.

“Hishh blah la. Menyemak" kata Ace dingin. Dia melepaskan pelukan itu lalu duduk di sofa rumah mereka.

“Macam mana belajar dekat Spain? Ok?” Tanya Puan Arriella. Ace angguk sekilas.

“Alhamdulillah ok" balas Ace sopan.

“Tak jumpa jodoh lagi? Aahhh aduh aduh Ace” usik Amir. Dia tertawa kecil sebelum mengaduh sakit.

“Aku ni baru 15 tahun tau tak? Kau dah suruh aku cari jodoh? Lambat lagi" kata Ace dingin.

“Entah entah kau tu yang dah jumpa jodoh tak dekat sekolah tu" terhenti tawa Amir. Farhan mula mentertawakannya.

“Dah ada la tu" balas Farhan. Amir memukul bahu abang kembarnya.

“Apa kau ni? Sejak bila pula aku ada suka mana mana perempuan ni?” marah Amir. Puan Arriella tergelak kecil melihat karenah anak anaknya.

“Ikut kauorang la. Aku nak naik atas dulu.” Pamit Ace. Tak menunggu lama, Amir dan Farhan turut mengikut langkah Ace. Tergeleng kepala Tuan Ziyad. Dari waktu kecil sampai sekarang, sama je. Perangai macam budak budak.

“Ace" panggil Amir. Ace berdehem. Matanya masih lagi fokus menyiapkan kerja sekolahnya.

Amir duduk di atas katil abangnya. “Kau pernah tak, suka seseorang tu tapi masalahnya kau baru jumpa dia tak sampai seminggu?” tanya Amir.

Tangan Ace terhenti. Dia memandang ke arah adik bongsunya.

“Kenapa? Kau dah jatuh cinta sekali lagi ke?” soal Ace. Melihat Amir yang hanya diam tidak berputik, tahu lah dia bahawa tekaannya benar.

“Kau dah boleh move on dari si ‘dia' tu ke?” soal jejaka itu lagi. Amir tersentak.

“Riel, Ace. Turun bawah, makan" laung Tuan Ziyad dari tingkat bawah. Ace bangun. Dia menepuk bahu adiknya.

“Nasihat aku, kalau kau still tak selesai dengan masa lalu kau, jangan berangan nak suka orang lain. Nanti kau akan sakitkan hati dia” pesan Ace sebelum dia keluar dari biliknya.

“Tuan Muda Muhammad Amir Zariel Bin Tuan Muhammad Ziyad Xaqriel” panggil Ace. Amir terus bergegas turun ke bawah.

**

S

KIP MALAM

Amir terbaring di atas katilnya sambil mata merenung siling bilik. “Bosannya” keluh Amir.

Tiba tiba dia teringat akan kertas yang mengandungi nombor telefon Aira sewaktu di sekolah tadi. Dia mencari kertas itu di dalam beg sekolahnya. Setelah jumpa, dia menyimpan no itu ke dalam telefonnya.

Dia kembali baring di atas katil namun matanya memandang ke arah telefon ditangannya.

“Kalau aku chat, tak apa kan?” soalnya sendiri. Dia menggelengkan kepala sebelum menghantar satu mesej kepada Aira.

TING

Aira yang sedang mengscroll instagram itu terus membuka aplikasi WhatsApp. Berkerut dahinya tatkala melihat nombor tidak kenali yang menghantar pesanan padanya.

UNKNOWN NUMBER
Hi Assalamualaikum. Aira. Aku Amir, classmate kau.

YOU
Amir? Yang mana satu ni?

UNKNOWN NUMBER
Yang duduk tepi kiri Mikael.
Aira menganggukkan kepalanya berkali kali. Ouh yang itu.

YOU
Ouh. Ingat ingat. Nak apa ya chat aku ni?

UNKNOWN NUMBER
Saja ja. Nak wish good night.
Good night, little girl. Sweet dreams.

YOU
Ouh ok, good night juga.


Amir menutup telefonnya dan diletakkan di atas meja belajarnya. Dia tersenyum nipis saat mengingat wajah manis Aira.

To be continue..

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now