BAB 15

22 5 0
                                    

Qashaf memandang tajam ke arah seorang lelaki yang tenang saja sambil menghirup air teh yang dihidangkan.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Tak puas hati?" Soalnya sinis.

Qashaf semakin panas. "Kau ni kan, Arzel Qairel. Tadi, Amir call aku cakap yang Darius baru balik. Ini kau pula? Korang memang jenis yang tak reti nak balik awal ke apa? Tak ingat jalan rumah dah ke?" Tanya Qashaf sarkastik.

Arzel Qairel hanya diam memandang ke arah adiknya. Langsung tiada senyuman dicoret di wajah lelaki itu.

"Aku busy" balasnya ringkas. Qashaf mengeluh sebelum mengangguk faham.

Jikalau Darius adalah seorang doktor pembedahan, abangnya pula merupakan seorang peguam. Pasti banyak saja kerja Arzel. Di antara mereka semua, Arzel Qairel adalah yang paling tua. Tahun ini dia berumur 19 tahun.

"Banyak ke kerja kau tu?" Tanya Qashaf ingin tahu. Arzel mengiyakan.

"Hm"

"Mestilah banyak. Nak kena kaji kes la, baca tentang peraturan la. Macam macam lagi. Kalau aku bagitahu pun kau tak akan faham" ujar Arzel.

"Betul juga" balasnya tenang.

Tuan Elvis duduk di sebelah Arzel. Isterinya pula duduk di sebelah Qashaf. "Macam itu lah, papa dulu. Awal awal proses mesti susah" kata lelaki yang sudah berumur itu.

"Humaira mana? Tak nampak dia pun" tanya Arzel. Dia tahu bahawa ibu dan bapanya ada mengambil seorang adik angkat perempuan.

"Keluar dengan kawan kawan dia katanya" balas Tuan Elvis.

Arzel bergumam. Dia memandang ke arah adiknya. "Kau pula, nak jadi apa bila besar nanti?" Soalnya.

Qashaf tersenyum. Dia suka akan soalan ini.

"Aku nak jadi seorang suami yang baik kepada Ain-" terhenti kata kata Qashaf saat Arzel mengangkat tangannya.

"Itu bukan cita cita. Tak mendatangkan faedah. Yang lain" arahnya kasar. Qashaf menjelingnya tajam.

"Fine. Aku nak jadi wartawan bila besar nanti" balasnya. Arzel mengangguk.

"Ye la, kau kan suka sangat bergosip. Setakat nak jadi wartawan tu mesti senang kan" kata Arzel sambil tersenyum sinis.

Dia terus berjalan naik ke atas saat melihat wajah merah Qashaf. Tahu bahawa lelaki itu sedang menahan marah.

"Tunggu kau, abang. Tunggu kau" gumam Qashaf perlahan. Patut la Amir kata kalau ada abang ni kena sedia mental awal awal. Sebab ni rupanya.

Tuan Elvis menggelengkan kepalanya. Macam macam je karenah diorang ni.

To be continue..

 ZARIEL'SKde žijí příběhy. Začni objevovat