BAB 14

25 5 0
                                    

Khalish hanya melihat Amir dan Aira yang sedang berbual itu dari jauh. Dia tersenyum nipis apabila wajah Aira seakan merajuk dengan Amir. Dia berada di sini pun disebabkan Aira yang ajak. Lagipun dia risaukan keselamatan adik perempuannya.

Dia tidak kisah jikalau Amir betul betul sukakan Aira cuma, dia masih lagi tak berapa percaya dengan jejaka itu.

"Khalish, jom balik" ajak Aira selepas hampir 15 minit mereka berada di taman. Khalish bangun dari duduknya.

"Best dapat jumpa buah hati?" Soal Khalish bila melihat wajah gembira adiknya.

"Best"

"Khalishhh, kau sayang aku kan?" Terhenti langkah jejaka itu. Di pandang wajah polos di sebelahnya. Badan di tundukkan sedikit.

"Kenapa tanya macam tu hmm?"

"Aku..." Khalish setia menunggu ayat dari Aira.

"Aku nak kau belanja aiskrim" dia memeluk badan abangnya sebelum dia berlari ke arah satu kedai aiskrim yang berada berdekatan mereka. Terkaku tubuh Khalish.

"Eh eh lah dia ni. Aira!" Dia turut berlari mengejar adik perempuannya. Di pegang erat lengan halus itu selepas dia berada di tepi gadis itu.

"Abang, bayar" Aira duduk di salah satu kerusi yang ada di situ sambil menjilat aiskrim di tangannya manakala Khalish pula masih berada di tempat pembayaran. Sekeping not 10 ringgit dihulur ke arah penjual aiskrim itu.

"Keep the change" dia berjalan ke arah Aira.

"Makan janganlah comot comot" dia mengelap tepi bibir Aira dengan tisu. Tersengih gadis itu.

"Sorry. Hehe" Khalish menggeleng kepala. Aira adalah satu satunya adik yang dia ada jadi dia memang menjaga Aira betul betul.

"Jom balik nak?" Aira menyambut huluran tangan dari jejaka itu lalu bangun.

Mereka pulang ke rumah sambil berjalan dan ketawa bersama sama. Sesekali terdengar suara ketawa Aira bila diusik oleh abang keduanya.

**

"Huwaaaaaaa" Amir dan Farhan memeluk satu sosok tubuh lelaki sebelum mereka menangis teresak esak.

Lelaki misteri itu hanya pasrah. Dia melihat ke arah kembarnya. Ace hanya menggelengkan kepalanya sebelum mengangkat bahu.

Lelaki itu menjeling tajam ke arah abang kembarnya sebelum pelukan dileraikan.

"Korang ni dah kenapa sampai nangis bagai?" Soalnya dingin. Amir dan Farhan mengelap air mata mereka.

"Kami rindu kau la. Tanya lagi" ujar Farhan. Darius hanya diam sambil memandang ke arah kedua dua adiknya.

Tuan Ziyad memeluk bahu anak keduanya. Puan Arriella pula mengusap belakang tubuh Amir dan Farhan.

Darius? Yup. Arcy Xaivier Darius atau Darius merupakan adik kembar Ace. Selama ini dia tinggal di Spain bersama dengan Ace. Disebabkan itu dia jarang pulang ke Malaysia.

"Sudah la nangis tu. Tak macho siak lelaki menangis" ejek Ace. Darius mengangguk setuju dengan kata kata lelaki itu.

"Kenapa susah sangat kau nak balik sini hah?" Tanya Amir sambil kakinya melangkah ke arah sofa.

"Aku sibuk dengan sekolah lagi, kerja lagi" jelas Darius.

"Baiklah Doktor Muda Arcy Xaivier Darius" kata Amir dan Farhan serentak.

Darius merupakan seorang doktor. Dia mempunyai satu hospital di Spain yang merupakan miliknya. Darius dan Ace sama saja, dua duanya dingin. Bezanya Darius masih lagi boleh bawa bincang.

"Kamu belajar dekat sana macam mana, Dar?" soal Tuan Ziyad. Darius angguk sekilas.

"Alhamdulillah ok je daddy. Ni pun baru ada cuti"

Puan Arriella duduk di sebelah anak lelakinya. "Jaga diri baik baik dekat sana," pesan wanita itu.

"Korang bertiga pun sama" sambungnya lagi. Keempat empat jejaka itu mengiyakan.

"Aku dengar, kau ada suka seorang perempuan ni. Nur Lisa Aira tak silap aku nama dia kan?" Membulat mata Amir. Dia memandang ke arah Ace.

Ace hanya diam sambil menghirup kopi yang dibuat oleh ibunya. Langsung tidak tergugat dengan pandangan adiknya.

Amir bangun sebelum berjalan mendekati Ace. "Kau ni kannnn"

"Ha apa? Nak ajak gaduh? Meh sini lah" cabar Ace. Dia mengangkat keningnya sedikit.

Baru saja Amir ingin menumbuk abang sulungnya, Tuan Ziyad mencelah.

"Muhammad Amir Zariel, Arcy Xaivier Arjuna" Amir terus duduk di tempatnya semula.

Tergeleng kepala Darius. Dari kecil sampai besar sama saja perangai. Tak pernah berubah.

"Nothing's change" gumamnya perlahan.

To be continue..

New character unlock! Ada satu lagi watak lelaki yang masih lagi rahsia. Tunggu next chapter

 ZARIEL'SDonde viven las historias. Descúbrelo ahora