BAB 29

22 3 1
                                    

"Baiklah. Saya nak kamu semua buat homework muka surat 22 dan 23"

"Baik teacher!" Ucap pelajar di dalam kelas 3 Mawar serentak. Selepas saja Teacher Alina keluar, Amir menghembuskan nafas perlahan sebelum dia bangun dan menuju ke meja Aira.

"Kau nak apa lagi, Amir?" Soalnya malas. Amir meletakkan satu plastik putih yang didalamnya penuh dengan paket coklat kegemaran Aira.

"Hari tu kau nak bagi aku bunga lepas tu klip rambut, hari ni coklat pula?" Benar, masuk kali ini sudah 3 kali Amir memberikan barangan kepada Aira.

"Aku takkan stop selagi kau tak maafkan aku" Aira menjulingkan matanya ke atas.

"Fine, aku maafkan kau. Puas?" Amir menggeleng kepala.

"Kau nak apa pula dah? Aku dah maafkan kau kan" macam macam lah lelaki ni. Amir menunduk sedikit supaya ketinggiannya sama seperti Aira.

"Kahwin dengan aku" Aira terus terbangun apabila mendengar ayat itu. Wajah Amir dipandang tidak percaya.

"What? No!" Suara Aira sedikit meninggi.

"Tak! Taknak. Kalau sebelum tunang pun kau dah curang apa tah lagi lepas kahwin. Entah entah kahwin 2 3"

"Aira, please..aku minta maaf. Aku nak kahwin dengan kau. Aku nak jaga kau" Pujuk Amir namun Aira masih lagi dengan pendiriannya.

"Taknak" bibir Amir memuncung.

"Alaa, jomlah kahwin Aira" Aira menggelengkan kepalanya.

"Please Aira..

Give me one more chance and I'll proof to you that I'm already change"

Semua pelajar termasuk Aayan, Aayash, Mikael dan Noah hanya melihat adegan Amir dan Aira.

Aira tersenyum manis sambil menundukkan kepalanya. Tangannya mengenggam hujung baju sukan yang Amir pakai.

"Kalau kita cakap pasal ni waktu balik nanti boleh? Sekarang ni orang tengok lah, malu" Amir tertawa kecil apabila dia memandang wajah Aira. Pipi gadis itu sudah berubah warna.

Kenapalah Aira ni comel sangat..rasa nak cubit cubit je pipi dia tu.

"Baiklah, pukul 2 nanti jumpa dekat kantin. Aku tunggu" dia duduk semula di tempatnya, namun matanya masih lagi merenung tepi wajah Aira.

"Sampai bila kau nak teruskan untuk ambil hati dia semula? Kalau dia taknak tu taknak lah. Tak perlu dipaksa" ujar Aayash.

"Sampai aku dapat dia sebagai isteri sah aku"

"Tapi, kalau dia reject kau lagi?" Amir terkedu. Dia memandang Mikael seperti ingin membunuh mangsanya.

"Kalau dia tak jadi isteri aku, dia tak boleh jadi isteri sesiapa pun" suaranya bergetar. Matanya tajam melihat ke arah tingkap sambil nembayangkan Aira bersama dengan seseorang.

********************************

"Mana dia ni, Aira?" Soal Nia malas. Dia dan Aireen dipaksa oleh Aira untuk menemani gadis itu berjumpa dengan Amir.

Masalahnya sekarang ni...Amir mana???

Dari jauh kelihatan Amir sedang berlari anak ke arah dia, Aireen dan Aira.

"Kau pergi mana hah? Lama gila kami tunggu kau. Nak kata kau dari makmal, kita ni sekelas. Sama sama keluar tadi" bebel Aireen panjang. Amir tersengih tidak bersalah.

"Maaf lah, tadi aku pergi jumpa Ace sekejap" tiga orang gadis itu mengangguk faham.

"Ha Aira, apa jawapan kau?" Soal Amir tidak sabar.

"Hmm...bawa family kau datang jumpa family aku. Kalau ayah dan abang aku setuju, kita kahwin"  Amir mengangguk pantas.

"Baik, malam ni juga aku suruh daddy aku datang rumah kau" Aira hanya bergumam.

"Erm Oklah, aku dah nak kena balik ni. Nanti abang aku tunggu. Byee" ujar Aira. Amir dan Aireen hanya melambaikan tangan ke arah Aira. Nia turut mengikut gadis itu.

To be continue..

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now