BAB 18

19 5 3
                                    

Seorang perempuan keluar dari pintu keluar masuk lapangan terbang itu. Dia memandang lama ke arah bangunan yang berada dihadapannya.

"Amir..Amir. HAHAHHAHAH tunggu I tau, I akan pastikan you jatuh cinta pada I dan kita akan kahwin tak lama lagi" katanya sambil tergelak sinis.

Tudungnya yang berwarna maroon itu diselak ke belakang. Dia mengipas wajahnya yang berpeluh sambil berjalan ke arah satu kereta.

"Panasnya Malaysia ni" perempuan misteri itu teŕsenyum sinis saat mengingat rancangannya tdi.

"Just wait and see, Muhammad Amir Zariel"

**

"Weh, cepat lah" laung Farhan dari bawah. Amir cepat cepat menyikat rambutnya sebelum tali leher dan beg sekolah dicapai. Dia bergegas turun ke bawah.

"Baru turun, Riel" sapa Tuan Ziyad. Amir tersengih. Dia mengambil tempat di sebelah Farhan.

"Hari tu kau cakap aku yang lambat la apa la. Ha, harini kau pula yang lambat" bebel Farhan. Amir hanya membuat wajah selamba sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

Puan Arriella mengosok lembut kepala anak anak lelakinya sebelum dia duduk di tepi suaminya.

"Kejap lagi pergi sekolah jaga diri. Belajar rajin rajin" Amir dan Farhan mengangguk faham akan pesanan ibu mereka.

"Abang? Tak ada apa apa pesanan ke?" Soal Tuan Ziyad. Puan Arriella menepuk bahu suaminya. Memerah wajahnya kerana malu.

"Apa abang ni" Tuan Ziyad tergelak kecil manakala Amir dan Farhan menjulingkan bebola mata mereka ke atas.

"Ye la, bunny asyik lebihkan anak anak je habis tu abang ni mac-" kata kata Tuan Ziyad dipotong oleh Amir.

"Ah mummy, nak tanya ni. Bila Darius dengan Ace nak balik Malaysia lagi?" Tanya Amir. Tuan Ziyad pasrah. Nasib baik anak kalau tak dah lama kena buang kat tong sampah.

"Ace ada kata yang dia ada exam sekarang. Darius pun sibuk dengan sekolah dia. Lagipun diorang baru je balik sana minggu lepas kan" balas Puan Arriella.

Amir dan Farhan mengangguk mengiyakan. "Dah dah, pergi masuk dalam kereta. Dah lambat dah ni" halau Tuan Ziyad.

"APA DADDY NI?!" marah kedua dua jejaka itu serentak. Puan Arriella tergelak kecil.

"Iri bilang bos" gumam Amir perlahan sebelum dia dan Farhan masuk ke dalam Lamborghini Vaneno milik ayah mereka.

Setibanya di sana, membulat mata Farhan saat melihat seorang perempuan yang berdiri dihadapan pejabat sekolah.

"Weh weh weh Amir" dia menarik lengan kekar adiknya. Amir memandang ke arah abangnya.

"Dah kenapa kau ni?" soal Amir. Farhan memuncungkan bibirnya ke arah pejabat. Melopong mulut Amir.

"Itu....."

To be continue...

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now