BAB 13

16 4 0
                                    

Ace bersandar pada pintu bilik Amir yang terbuka sambil memandang jejaka itu yang sedang tersenyum ke arah telefonnya.

Sudah hampir 5 minit dia berada di situ, agak terkejut juga dia bila Farhan bagitahu yang Amir ajak Aira couple. Terus saja dia datang ke sini.

"Ehem" Amir tersentak. Dia memandang ke arah pintu biliknya.

"Chat dengan siapa tu?" Soal Ace sebelum dia berjalan mendekati adiknya.

"Aira" matanya masih lagi memandang skrin telefon itu.

"Kau betul betul sukakan dia ke?" Amir mengerutkan dahi. Wajah Ace di tatap.

"Kenapa kau tanya?"

"Jawab je lah" gesa Ace. Lembab betul la adik sorang ni.

"Ye ye aku jawab. Kalau aku tak suka dia, aku takkan ajak dia couple"

"Habis tu, Raihana?"

"Dia tu kawan aku je lah. Walaupun dulu aku pernah suka dia" Ace memandang curiga ke arah adik bongsunya. Dia tahu perangai adiknya ini macam mana.

"Kau dah tak suka dia kan?" Amir menggeleng.

"Baguslah kalau macam tu. Fokus pada satu perempuan ja. Erm oklah aku nak masuk tidur dah ni kau jangan tidur lambat pula" dia berjalan menuju ke pintu.

"Ye, kejap lagi aku tidur lah"

"Ouh ya" Ace memusingkan badannya ke belakang.

"Lelaki yang betul betul mencintai seorang perempuan, takkan ajak perempuan tu buat maksiat. Sebaik baiknya kahwin terus."

Ace terus berjalan ke biliknya meninggalkan Amir yang sedang tersentak.

"Uish sejak bila mulut dia boleh jadi savage macam ni? Sentap aku" kata Amir sendirian. Diurut dadanya sebelum dia mengangkat bahu. Tidak dihiraukan pesanan abangnya itu.

Ace yang berada di sebalik pintu itu hanya menggeleng kepala. Dia tahu betapa keras kepala adik adiknya. Dia cuma takut. Takut Amir akan kehilangan Aira satu hari nanti disebabkan kesalahan Amir sendiri.

Selagi boleh, dia akan terus memastikan hubungan adiknya itu tiada masalah.

********************************

Amir turun ke bawah dengan kelam kabut. Ternaik kening Farhan, Ace, Tuan Ziyad dan Puan Arriella memandangnya.

"Kau dah kenapa, Riel?" Soal Farhan. Amir tersengih.

"Aku nak keluar.."

"Nak jumpa Aira la tu" cantas Ace cepat. Amir memukul bahu abang sulungnya.

"Diamlah Ace" Farhan ketawa mengekek.

"Aira?" Soal Puan Arriella. Terdiam mereka bertiga.

"Siapa Aira?"

"Bakal menantu mummy dengan daddy" seloroh Farhan. Kedua ibu bapa mereka memandang Amir.

"Betul ke Riel?" Soal Tuan Ziyad pula.

"Errr" teragak agak Amir ingin mengatakan hal itu. Dia menoleh ke arah Ace dan Farhan.

"Ace pergi office dulu mummy daddy" Ace bingkas bangun menyalam tangan ibu bapanya sebelum dia menuju ke arah McLaren P1 miliknya.

"Erm Ahan kena ikut Ace, ada meeting harini" jejaka itu turut bangun mengikut langkah abangnya. Sekarang hanya tinggal Amir sahaja.

'Wahh dasar abang abang tak guna!'

Matanya memandang ke arah Tuan Ziyad dan Puan Arriella sebelum dia tersengih dan lari dari situ.

To be continue..

 ZARIEL'Sजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें