SPECIAL CHAPTER

40 4 0
                                    

1 tahun kemudian..

"Iskandar Amsyar! Jangan lari la!" Laung Amir. Termenggah menggah dia mengejar si anak.

Dapat saja Iskandar, dia terus mengangkat Iskandar walaupun bayi lelaki itu meronta ronta ingin turun.

"Bie? Kenapa ni? Kenapa Iskandar menangis?" Tanya Aira yang baru keluar dari dapur bersama dengan Ammar.

Nampak saja si ibu mendekat, Iskandar terus menghulurkan tangannya ingin didukung oleh Aira namun Amir menarik tangan kecilnya.

Dia memandang wajah sang ayah dengan hairan.

"Heh, siapa kata Is boleh peluk isteri daddy?" Soal Amir. Aira menggelengkan kepala. Mula dah drama anak bapak ni.

Iskandar sudah ingin menangis namun Amir tidak kisah. Dia suka mengusik Iskandar sebegitu.

"Itu isteri daddy. Isteri daddy, bukan Is. Jadi Is tak boleh peluk isteri daddy dah lepas ni" kata Amir sambil menunjuk Aira.

Iskandar terus menangis. Amir memeluk tubuh anak lelakinya. Diusap usap belakang kepala kecil itu.

"Best pula ada anak. Boleh usik macam ni, boleh baling dari tingkat 14" gumam Amir perlahan tanpa sedar yang Aira turut mendengar.

Aira menepuk manja bahu suaminya. "Bie jangan macam macam eh. Belum sempat bie campak Iskandar dari tingkat 14, bie yang Aira campak dulu"

Amir mengangkat kedua dua belah tangannya tanda menyerah. Tahu yang dia tak akan menang jika bertengkar mulut dengan isterinya itu.

Dia meletakkan Iskandar di atas karpet bersebelahan dengan Ammar sebelum pinggang Aira dipeluk.

"Bie sayang isteri bie" ucap Amir ikhlas. Dia maksudkan itu.

Aira tersenyum manis. Dia berpaling ke belakang. Pelukan dari Amir dibalas lebih erat.

"Aira pun sayang Bie. Bie suami Aira. Terima kasih sebab terima Aira" Amir menggelengkan kepala menimbulkan kerutan didahi Aira.

"Kenapa?"

"Bie yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada sayang sebab sayang sudi jadi isteri bie, lahirkan anak anak bie, terima kekurangan bie dan sudi maafkan bie. Terima kasih banyak banyak sayang" ucap Amir. Dia membawa tangan kanan Aira ke bibirnya dan dicium sebelum tubuhnya dipeluk kembali oleh Aira.

"Ku yakin kaulah jawapan, di setiap pintaku, walau ku belum tahu namamu." Nyanyi Amir. Aira memeluk pinggang suaminya. Dia suka mendengar suara Amir.

"Bisikan di sujudku disepertiga malamku. Untuk, kehadiranmu sempurnakan imanku."

"Saat kau memilih aku yang pantas untukmu hati ini berikrar tuk slalu menjagamu"

Amir mendukung Aira dan dibawa ke arah anak anak mereka. Amir memeluk ketiga tiga insan yang paling dia sayang selepas Tuan Ziyad dan Puan Arriella.

"You know what, Nur Lisa Aira?" Aira mengalihkan pandangan.

"What?" Soalnya.

"Love is just like a war. Easy to start but hard to stop"

• THE END •

Alhamdulillah, dengan ini tamat juga Zariel's buat kali kedua. Saya minta maaf kalau ada tersalah kata mahupun tatabahasa di dalam cerita ini.

Boleh kembali semula ke RZ 2 sebab saya akan habiskan story tu dengan segera sebelum masuk ke Series seterusnya.

Itu saja dari saya, bye bye semua.

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now