BAB 39

73 5 0
                                    

"Macam mana kau boleh kahwin dengan Aireen? Kenapa aku boleh tak tau pasal ni?" Soal Amir hairan. Haikal memukul kuat belakang kepala rakannya itu.

"Apa banggang sangat kau ni, Amir Zariel oi. Dah kau tak sedarkan diri selama 2 bulan lebih. Memang lah kau tak tau apa apa" kata Haikal geram.

Amir tersengih. "Sorry sorry, lupa pula"

"Kalau dia tak masuk hospital pun mana dia nak ingat kita ni, asyik ingat Aira je. Sedar sedar tadi pun terus cari Aira macam lah bini dia nak lari" ujar Ace pula.

Kini mereka berada di dalam wad Amir tanpa sebarang gangguan. Aira pula turun ke bawah untuk membeli nasi goreng.

Nasib saja ada Tuan Ziyad dan Kayden, jadi Amir tidak perlu risau sangat. Dia tahu keselamatan isterinya terjamin.

"Itu la tu. Amir kan memang tak sayang kita" cemberut wajah Qashaf.

Amir menjulingkan bebola matanya ke atas sebelum dia mencubit lengan lelaki itu. Qashaf mendesis sakit.

"Sakit lah Amir"

"Padan muka kau" dia menjelirkan lidahnya ke arah Qashaf.

"Sudah, aku nak cerita ni." Mereka berdua kembali diam dan fokus dengan apa yang Haikal ingin sampaikan.

"Macam yang kauorang tau lah, Aireen dijodohkan dengan anak kawan parents aku iaitu Darwish. Pada awalnya aku terpaksa terima semua benda tu sampai lah satu hari ni aku berjalan nak balik rumah, aku park kereta jauh sikit dari rumah and then aku dengar suara Aireen menjerit dekat tepi lorong" jelas Haikal panjang lebar.

Masih teringat di fikirannya kejadian yang berlaku sekitar sebulan yang lalu.

Flashback.

"Tolong! Tolong!" Jerit satu suara.

Haikal yang sedang berjalan ingin pulang ke rumahnya itu terhenti. Dia memandang ke arah satu lorong gelap yang berada dekat dengan rumahnya.

"Siapa pula yang menjerit tengah tengah malam ni?" Dia angkat bahu sebelum kembali berjalan.

Baru beberapa langkah, dia terdengar kembali suara gadis tadi dan suara lelaki yang menengkingnya.

"Tolong!"

"Diam!"

Tak menunggu lama, Haikal terus berlari ke lorong itu. Membulat besar matanya saat melihat gadis yang sudah pengsan di tepi longkang itu.

"Aireen!" Darwish tersentak. Haikal terus menumbuk wajah lelaki itu.

"Kau memang tak guna lah Darwish! Apa yang kau dah buat hah?!" Berombak dada Haikal. Amarahnya langsung tidak dapat dikawal tika ini.

"Apa yang aku buat? Lagipun aku ni bakal suami dia, kau tak perlu masuk campur lah Haikal" kata Darwish sinis.

BANG!

Haikal menoleh ke belakang. Ace dan Darius. Ace yang sedang memegang pistol itu dipandang lama.

"You're gonna thanks me later but bawa Aireen pergi hospital dulu" kata Ace.

Haikal tersedar, dia meletakkan kotnya di atas badan Aireen yang terbuka sebelum tubuh kecil itu diangkat dan dibawa ke hospital.

End Flashback.

Haikal tersenyum lega saat mengingat kejadian itu lagi. Alhamdulillah, dia berjaya selamatkan Aireen dari lelaki durjana seperti Darwish itu.

Yang lain mengangguk faham.

"Tahniah atas perkahwinan kau Haikal. Jaga Aireen baik baik" kata Amir.

"Eh mesti lah. Dari dia kecil aku jaga dia tau"

"Kayden, Amir dengan Haikal dah kahwin. Lepas ni siapa pula?" Mereka semua berpandangan sebelum wajah Ace ditatap dengan senyuman mengusik.

"Kenapa kauorang pandang aku macam tu?" Soal Ace hairan.

"Amir dengan Farhan pernah bagitau kami yang kau pernah nyanyi satu lagu tapi yang pastinya lagu tu untuk perempuan yang kau suka," jelas Kayden.

Ace memandang tajam ke arah adik adiknya. Amir dan Farhan mengangkat kedua dua tangan tanda menyerah.

"Mana ada lah. Tu lagu kegemaran aku je" nafi Ace.

"Ye ke? Bukan lagu kegemaran si 'dia' ke?" Usik Qashaf.

"Bukan lah. Dah la, makin lama aku duduk sini makin lama kauorang usik aku. Aku balik dulu, bye!" Pamit Ace sebelum dia hilang disebalik pintu.

Mereka melepaskan tawa. Tau sangat yang Ace ingin mengelak dari topik ini.

To be continue..

Hi readers! Tak terasa pula yang story ni dah nak sampai penghujung. Tinggal lagi 4 chapter je.

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now